Assalamualaikum,
Semenjak dua menjak ni macam-macam produk dihasilkan dari inovasi buah durian. Keropok, ais krim dan cucur perisa durian memang dah lama orang buat. Tapi baru-baru ni ada produk baru iaitu durian goreng dan durian crepe. Durian crepe begitu popular dan mendapat permintaan tinggi.
Aku nak share resipi durian crepe yang aku dapat dari kawan baik aku jugak.
Durian Crepe hijau |
Bahan-bahan Crepe:
250 gm tepung gandum
3 biji telur500 ml santan
1 sudu teh esen pandan
1 sudu teh pewarna hijau atau kuning
Cara Membuat Crepe:
- Semua bahan disatukan dalam mangkuk dan digaul.
- Kisar sehingga halus dan tapis.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
- Tuangkan 1 senduk adunan (nipis). Ia tak perlu dibalikkan.
- Ulangi langkah 4 sehingga habis.
Bahan-bahan Filing:
Isi durian secukupnya - diasingkan dari biji dan dilumatkan sedikit
1 cawan non dairy whipping cream- Pukul whipping cream dalam mixer sehingga kental.
Cara Membungkus Crepe:
- Letakkan sekeping crepe di atas dulang.
- Letakkan whipping cream di atasnya.
- Kemudian letakkan isi durian di atasnya.
- Tutup semula dengan whipping cream.
- Lipat crepe.
- Ulangi langkah 1 hingga 5 sehingga semua kepingan crepe habis.
- Sejukkan dalam peti sejuk dan sedia untuk dimakan.
Duriannn crepe! Sedap ni! Favorite taw! Hee~
ReplyDeletetak pernah tgk lagi resepi durian crepe walaupun tgh hot dan hebat diperkatakan. Teringin jgk nak makan..nak buat, durian pulak tak ada..
ReplyDelete