Assalamualaikum,
Kisah yang aku ingin kongsikan ini adalah kisah benar yang pernah terjadi kepada diriku di suatu masa dulu. Tanggal 24 Julai 1995 (Isnin), tinggal lagi sehari untuk aku menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Debaran semakin terasa memandangkan inilah peperiksaan besar yang pertama aku akan hadapi dalam hidup aku.

Gambar sekadar hiasan |
Perhimpunan Isnin diadakan seperti biasa. Namun cuaca yang tadinya cerah bertukar mendung dan hujan gerimis mula menitis. Guru Besar mengarahkan kami semua masuk ke kelas masing-masing kerana dikhuatiri hujan akan bertambah lebat.
Kelas hari itu berjalan seperti biasa. Di saat-saat akhir ini cikgu banyak memberikan tips menjawab soalan peperiksaan dan kata-kata motivasi. Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. Di luar jendela, hujan masih turun mencurah-curah.
Aku kusyuk menyiapkan latihan tubi Matematik. Tiba-tiba aku dikejutkan oleh kehadiran Cikgu Manan bersama jiran aku, pak su. "Za, diminta awak pulang ke rumah dengan segera. Ayah awak jatuh sakit secara tiba-tiba." kata cikgu Manan. Usia ayahku sudah mencecah 65 tahun, kemungkinan dia jatuh sakit adalah tinggi. Pak su hanya menganggukkan kepalanya. Pak su adalah jiran yang terdekat dengan rumah aku dan juga kawan baik ayahku.
Aku dan adik aku berkemas dan mengikut pak su pulang ke rumah kami. Setibanya di rumah, kelihatan ramai saudara-mara berkumpul di rumah. Mereka hanya terdiam ketika melihat aku berlalu. Hujan yang tadinya lebat telah berhenti.
Aku mencari ayah dan mak, namun kelibat mereka tidak ditemui. Hati aku mula berasa tidak tenteram. Apa sebenarnya yang terjadi? "Mak za temankan ayah ke hospital." Tok Ayah (datuk) aku seolah-olah dapat membaca fikiran cucu kesayangannya. Aku hanya menganggukkan kepala dan terus masuk ke bilik menukar pakaian.

Tiba-tiba pintu bilik aku diketuk oleh seseorang. Kelihatan Tok Ayah berdiri di muka pintu. "Kakak dan adik, Tok Ayah harap kalian bersabar dengan apa yang Tok Ayah nak sampaikan ni." Tok Ayah memulakan bicara. Air mata Tok Ayah telahpun bergenang di kelopak matanya. Aku dan adikku berpandangan antara satu sama lain.
"Kenapa Tok Ayah? Apa yang terjadi?" soal aku ingin tahu. "Dari Allah SWT kita datang, kepada Allah SWT kita kembali. Ayah kamu sudah pergi menemui Allah SWT. Dia terlibat dengan kemalangan jalan raya pagi tadi. Motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan seekor kerbau yang melintas secara tiba-tiba." sambung Tok Ayah lagi.
Aku rasakan seolah-olah sedang bermimpi, namun apabila kucubit tanganku memang terasa sakit. Deraian air mata aku dan adikku sudah tidak tertahan lagi. Teringat lagi, pagi tadi ayah masih sihat ketika menghantar aku dan adik ke sekolah, tapi petang ini aku telah berpisah dengannya buat selama-lamanya.
Jenazah arwah ayah yang tiba dari Hospital Ipoh dimandikan, dikapan, disembahyangkan dan di bawa ke tanah perkuburan. Alhamdulillah, segala urusan berjalan lancar. Subhanallah, terpancar sinar di wajah ayah yang masih kemerah-merahan walaupun sudah 5 jam meninggal dunia.
Hidup mesti diteruskan walau apapun terjadi, itulah yang aku fikirkan. Peperiksaan UPSR aku teruskan seperti biasa. Mak aku begitu tabah di saat berita sedih ini terjadi, sehingga tiada setitis pun air mata yang mengalir.
Bermulalah episod baru dalam hidup kami, tiada ayah di sisi bermakna hilangnya tempat untuk kami bergantung. Seawal jam 5.00 pagi mak telah bangun membuat persiapan untuk aku dan adik ke sekolah. Bas sekolah tiba pada jam 6.30 pagi dan mak akan pergi menoreh getah setelah kami menaiki bas.

Tabahnya mak aku membesar dan mendidik aku dan adikku yang masih kecil tanpa kehadiran seorang insan bergelar suami di sisinya. Dialah mak dan dialah ayah. Begitulah rutin yang mak buat sehingga aku dan adikku berjaya menjejakkan kaki ke menara gading dan mendapat segulung ijazah.
Semoga arwah ayahku di tempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Aku doakan semoga pengorbanannya menuju ke tempat kerja (demi mencari rezeki) untuk keluarga dianggap syahid di sisi Allah SWT. Pak su dan Tok Ayah aku juga telah meninggal dunia. Al-Fatihah untuk mereka semua.
Benarlah kata-kata, "Kadang-kadang Allah SWT sembunyikan matahari., Dia datangkan petir dan kilat, kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar, rupa-rupanya Allah SWT nak hadiahkan kita pelangi yang indah."

Allah, tabah ya kak aiza. Ujian kehilangan insan tersayang, jujur sangat berat untuk kita pikul. Tabahnya ibu akak meneruskan kehidupan sbg ibu, dan juga sebagai bapa, demi meneruskan perjuangan membesarkan anak2 nya.
ReplyDeleteMoga arwah ayah akak berbahagia dan mpga tergolong dalam golongan orang yang soleh dan beriman.
Hargailah ibu bapa kita selagi mereka masih ada. Sungguh, mereka tiada galang gantinya. :'(
Tabahkan hati ye kak aiza. Rasa sedih baca kisah kak aiza ni .. semoga arwah ayah kak aiza ditempatkan bersama kalangan orang yang beriman, Amin2x ya robbalalaminn...
ReplyDeletehmm..byakkn bersabar ye kakAiza..yg hidup pasti akan pergi..kita sbgai anak doa bnyak2 utk ke2 ibu bapa kita..smoga roh arwah kakAiza tenang disana dan tergolong dikalangan org yg beriman..
ReplyDeletesdh baca kisah akak...:'(
ReplyDeletemoga terus tabah...pengorbanan ibu n ayah memang besar n bermakna dalam hidup kita...
rasenya terlalu perit untuk terima sedang kan sis baru upsr jer...ketabahan ibu sis yang sy x dapat nak bayangkan,semoga arwah mereka semua sentiasa dirahmati serta penuh doa dari anak-anak tercinta...kekadang sy melawat kubur arwah menitis air mate betapa sy rindu arwah walaucuma baru setaun arwah tinggalkan sy...thanx coz kate-kate semangat dr sis..walaupon sy baru mengalami...thanx ya!!
ReplyDeleteTouching plak baca nie.. emm.. semoga tabah kak.. :(
ReplyDeleteSedih sangat kisah ni Kak Aiza.. kata2 last sekali pun buat saya sedih..padahal selalu je terbaca sebelum ni..Semoga Kak Aiza sekeluarga sentiasa bahagia dan diberi kesenangan dunia dan akhirat.
ReplyDelete