26 May 2011

Seimbangkan Dunia dan Akhirat

Assalamualaikum,

Ada pepatah menyatakan, Masa Itu Emas. Masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. Betapa bernilainya tempoh 24 jam kurniaan Allah SWT. Kenapa la cepat sangat masa berlalu? Adakah kita yang terlewat dikejar waktu? 


Rutin setiap hari keluar rumah awal pagi sebelum matahari terbit, pulang ke rumah matahari dah terbenam. Asyik bekerja, sedar-sedar hari dah gelap. Balik rumah, rehat dan tidur. Ulangi lagi rutin yang sama tiap-tiap hari tanpa rasa jemu. 

Demi mencari rezeki dan meneruskan kelangsungan hidup, ada insan yang sanggup korbankan masa dan hak diri sendiri. Apa tidaknya, zaman sekarang nak masuk ke tandas pun kena bayar 30 sen. Semua barang dah naik harga, duit dah jadi macam Raja. 

Namun, sedarkah kita dalam keasyikan mengejar nikmat dunia, seringkali kita melupakan hak diri kita sendiri dan hak Allah SWT yang perlu ditunaikan? Betapa banyak kita berhutang dengan Allah SWT. Solat dah terbabas ntah ke mana. Nak bayar zakat pun rasa rugi sebab takut harta semakin berkurangan. 

Sedarilah bahawa kita hanya memperuntukkan masa 5-10 minit untuk satu sesi solat dan jika didarab dengan 5 waktu sehari semalam tak sampai sejam pun. Sedangkan kita sanggup untuk bekerja sehingga 8-12 jam sehari. Betapa rugi orang yang tidak sedar. 

Apalah nak dikirakan sangat jika hanya membayar 2.5% dari pendapatan tahunan (setelah ditolak keperluan diri sendiri dan keluarga) kepada Pusat Pungutan Zakat? Kalau nak bershopping sanggup berhabis duit RM1,000.00 sehari. Tahukah anda, berzakat itu salah satu cara untuk menyucikan harta kita. Memang rugi orang yang tidak tahu. 

Sedar dan insaflah sebelum terlewat. Hak Allah SWT perlu ditunaikan agar hidup berasa tenteram dan jiwa berasa lapang. Harta yang diagungkan tu tak boleh pun menjamin hidup kita di akhirat, kecuali jika kita bersedekah dan beramal jariah. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen.. ^_^