29 August 2011

Diari Praktikal Mizz Aiza - Part 17 (Last Day di PPA Enggor, Perak)

29 Ogos 2003

Sedar tak sedar dah 3 bulan aku and the gang menjalani latihan praktikal di Pusat Pengembangan Akuakultur Enggor, Perak. Pelbagai kenangan manis dan pahit yang kami semua tempuhi sepanjang berada di sini. Pastinya memori itu tetap terpahat di hati ini. 

Bergambar kenangan bersama anak staf di sini
Bergambar kenangan bersama anak staf di sini
PPA Enggor
PPA Enggor
Pemandangan di waktu senja di tepi kolam
Pemandangan di waktu senja di tepi kolam
Malam itu bos mengajak kami makan-makan di rumahnya yang terletak di Karai. Sedap menjamu selera bersama keluarga bos. Menu utama sate ayam dan daging membuka selera. Terima kasih kerana menganggap aku sebahagian daripada keluarga bos. Jasamu dikenang selagi hayat dikandung badan.

Di hadapan rumah bos
Di hadapan rumah bos
Semoga pengalaman sepanjang berada di sini dapat mematangkan diri aku dan seterusnya ianya amat berguna untuk dipraktikkan di alam pekerjaan kelak. Pengalaman di sini mengajar aku mengenai perasaan bagaimana menjadi pekerja bawahan. Sebagai pegawai atasan, kita hanya tahu mengarahkan sahaja tanpa memikirkan perasaan staf bawahan kita.

Seharusnya seorang pegawai atasan (bos) sama-sama turun padang bersama-sama staf di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan atau tugasan. Pekerjaan itu adalah satu tanggungjawab dan semestinya satu amanah yang harus dilaksanakan dengan hati yang ikhlas dan hasilnya Insya-Allah sempurna. 

26 August 2011

Diari Praktikal Mizz Aiza - Part 15 (Memungut Rumpai Air di Kuala Sepetang)

7 Ogos 2003

Kawasan sawah padi yang menghijau menyejukkan mata yang memandang. Bos membawa kami ke Kuala Sepetang bagi memungut sampel rumpai air untuk dibawa balik ke PPA Enggor. 

sawah padi
Berposing di sawah padi
memungut sampel rumpai air
Bos memungut sampel rumpai air
^_^

Diari Praktikal Mizz Aiza - Part 16 (Bercuti di Selama, Perak)

Bercuti di Selama, Perak

16 Ogos 2003

Minggu ini kami tiada aktiviti yang khusus. Zai mengajak kami semua pulang ke kampungnya yang terletak di Selama, Perak. Dari Pusat Perikanan Enggor, kami menaiki bas ke Kuala Kangsar. Dari Kuala Kangsar kami bertolak ke Taiping dan seterusnya ke Selama. 

Perjalanan menaiki bas henti-henti dirasakan begitu jauh. Kami melalui kawasan ladang kelapa sawit dan pokok-pokok yang menghijau. Yang paling unik dan menariknya terdapat monyet melompat di pokok-pokok dan tepi jalanraya. 

Setibanya di Pekan Selama, kami menunggu kereta sewa untuk ke rumah Zai. Memang begitu cara ke kampung Zai yang terletak di Rantau Panjang. Family Zai memang peramah dan baik melayan tetamu yang datang. 

Petang itu Zai membawa kami Lata Tebing Tinggi iaitu 5 minit menaiki motosikal. Kami bermandi-manda bersama Zai dan adik perempuannya yang comel. Air yang sejuk dan segar. Rasa hilang segala kepenatan kami seharian. 

Lata Tebing Tinggi
Lata Tebing Tinggi
*********************************************************************************
Jalan-jalan ke Zoo Taiping

17 Ogos 2003

Esok kami semua akan mula bekerja seperti biasa. So, hari ini kami harus pulang ke Pusat Perikanan. Dari rumah Zai, kami menaiki kereta sewa ke Pekan Selama. Cadangannya sampai di Taiping nanti kami akan terus ke Zoo Taiping. Jika sebelum ini kami masuk ke Zoo Taiping untuk menghantar benih ikan, kali ini kami akan melihat haiwan-haiwan lain juga.

Masa kami tiba di Zoo Taiping, rupa-rupanya Night Safari baru diperkenalkan iaitu pada 1 Mac 2003. Pengunjung berpeluang untuk melihat haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam dengan menggunakan lampu-lampu khas. Namun disebabkan kami perlu pulang ke Pusat Perikanan sebelum malam, maka kami tidak berpeluang untuk menghayati Night Safari.

Zoo Taiping
Posing kat depan pintu masuk Zoo Taiping
Tiket masuk ke Zoo Taiping beharga RM10.00 untuk dewasa dan RM6.00 untuk kanak-kanak. Memang berbaloi sebab banyak binatang yang ada kat dalam ni untuk dilihat. Ada Buaya, Zirafah, Gajah, Badak Air, Berunang, Harimau, Singa, Babi Hutan, Ular dan macam-macam lagi la.

Sesekali cuci mata tengok haiwan best  juga. Nak tengok haiwan tak payah susah-susah masuk hutan, hanya datang je ke Zoo Taiping je. Memang happening dan puas hati dapat tengok sendiri. Cuma tak dapat la nak sentuh-sentuh haiwan liar ni.


Kisah Diari Praktikal Mizz Aiza:

^_^

20 August 2011

Diari Praktikal Mizz Aiza - Part 11 (Lawatan Ke PPBUK di Pulau Sayak, Kedah)

16 Julai 2003 

Hari ini bos sengaja mengajak kami ke Pusat Penyelidikan Benih Udang Kebangsaan di Pulau Sayak, Kedah. Terdapat 8 orang rakan aku yang sedang menjalani Latihan Praktikal di sana. Rasa rindu sebab sudah lama tidak bertemu mereka.

Singgah makan
Singgah makan
Pelbagai projek dan kajian yang mereka laksanakan seperti kajian terhadap ikan dan rumpai laut. Yang uniknya rumpai laut cuba diternak dalam tangki. Memang sesuatu yang baru bagi aku pada masa tu. Kami semua berbual-bual sehingga petang. 


Bertemu rakan-rakan di Pulau Sayak
Bertemu rakan-rakan di Pulau Sayak
^_^

15 August 2011

Diari Praktikal Mizz Aiza - Part 13 (Jalan-jalan Pulau Pinang)

28 Julai 2003

Banyak benda yang first time aku buat sepanjang menjalani latihan praktikal di sini. Pagi-pagi lagi bos mengajak kami semua menghantar benih ikan Keli. Kali ni bukan kepada pengusaha, tapi kepada Pusat Perikanan Pulau Pinang. Dalam banyak-banyak negeri, aku memang tak pernah sampai Pulau Pinang, tentu peluang ini takkan aku lepaskan.

Perjalanan dari Pusat Perikanan ke Terminal Feri Sultan Abdul Halim mengambil masa lebih kurang satu setengah jam dengan menaiki van Jabatan Perikanan. Bos mengajak kami menaiki feri untuk ke seberang Pulau Pinang (Terminal Feri Raja Tun Uda).

Excited menaiki feri
Excited menaiki feri
Memang excited dapat naik feri disebabkan inilah first time aku berpeluang. Van bergerak masuk ke dalam feri dan perjalanan mengambil masa selama 15 minit merentasi perjalanan sejauh lebih kurang 3 kilometer. 

^_^

07 August 2011

Diari Praktikal Mizz Aiza - Part 12 (Lawatan ke Kolam Ternakan Ikan Keli di Kg. Teras, Ijok)

21 Julai 2003

Berjalan lagi hari ini. Bos mengajak kami semua menghantar benih ikan lagi. Kali ini benih ikan Keli kepada penternak kecil di Kg. Teras, Ijok, Batu Kurau, Perak. Perjalanan ke kawasan berkenaan mengambil masa selama lebih kurang sejam setengah dengan menaiki kenderaan Jabatan Perikanan. 

Di awal pagi, seperti biasa benih ikan Keli dibungkus dengan beg plastik yang diisi dengan gas oksigen. Benih ikan dimasukkan dalam van dan sedia untuk dihantar. Turut mengiringi kami, Pegawai Perikanan dari Pejabat Perikanan Daerah Batu Kurau. 

Sebenarnya aku ada sejarah sendiri tentang destinasi yang akan dituju ni. Arwah ayah aku berasal dari Kg Teras, Ijok. Sejak ayah meninggal hampir 8 tahun yang lalu, aku tidak lagi menjejakkan kaki di situ. Datuk, opah dan adik beradik ayah pun sudah meninggal. Yang tinggal mungkin sepupu-sepupu yang aku sendiri tak pernah kenal pun.

Kembali pada cerita tadi, kenderaan kami tiba ke kawasan kolam penternak. Seperti biasa, plastik berisi benih ikan akan direndam seketika di dalam air kolam bagi menyesuaikan suhu. Benih ikan dilepaskan sedikit demi sedikit ke dalam kolam.

Kolam ternakan keli
Kolam ternakan
Ketibaan benih di kolam ternakan
Ketibaan benih di kolam ternakan
 *********************************************************************************
Lawatan ke Ladang Ikan Keli di Pantai Remis, Perak

21 Julai 2003

Perjalanan kami tidak terhenti di situ saja. Bos mengajak kami membuat lawatan ke kolam ternakan ikan Keli di Pantai Remis, Perak. Ladang ni milik seorang pengusaha berbangsa India. Konsep ternakan secara bersepadu di mana benih dan makanan ikan dihasilkan sendiri. Kolam dibina di di kawasan ladang Kelapa Sawit dan ternakan Lembu juga diintegrasikan bersama. 

Bos memaklumkan, pengusaha berkenaan merupakan salah seorang daripada pengusaha berjaya di negeri Perak. Cara penyediaan makanan untuk ikan Keli yang diternak sangat mudah iaitu ayam mati diproses menggunakan mesin dan diberi makan kepada ikan Keli. Terus terang cakap, aku tak suka cara tu sebab langsung tak hygine

Lawatan ke kolam ikan Keli
Lawatan ke kolam ikan Keli

Proses menuai ikan Keli
Proses menuai ikan Keli
Pengusaha tu juga membiakkan sendiri ikan Keli diladangnya melalui kaedah pembiakan aruhan iaitu guna hormon Ovaprim. Makanan untuk benih ikan Keli disediakan sendiri iaitu makanan hidup Artemia. Semua tu pastinya memerlukan pelaburan yang tinggi. Yang penting beliau ada keinginan untuk berjaya, jadi pasti ada jalannya.


Kisah Diari Praktikal Mizz Aiza:

^_^

02 August 2011

Diari Praktikal Mizz Aiza - Part 14 (Trip ke ladang Ikan Hiasan di Sg. Siput, Perak)

4 Ogos 2003

Tempat aku praktikal terletak dekat dengan Sg. Siput. Majoriti penduduk di Sg. Siput terdiri daripada kaum India dan Cina. Hari ini bos akan membawa kami membuat lawatan ke salah satu ladang ikan hiasan di Sg. Siput. 

Pemilik ladang tiba dengan pacuan 4 rodanya dan kenderaan kami mengikutnya dari belakang. Kehadiran kami disambut oleh empat ekor anjing yang sememangnya setia menjaga kawasan berkenaan dari penceroboh. Ladang yang dimiliki oleh pengusaha Cina ini sangatlah luas. Saujana mata memandang.

Saujana mata memandang
Saujana mata memandang
Pelbagai jenis ikan hiasan diternak di sini. Ada ikan Guppy, Tiger Barb, Emas, Kelisa/Arowana dan Flower horn pun ada. Pengusaha berkenaan memaklumkan, ikan hiasan dari ladangnya dieksport ke Taiwan, Jepun dan China. Nampak je pengusaha tu pakai baju selekeh, tapi poket penuh berisi duit. Beliau merupakan salah seorang daripada pengusaha ikan hiasan berjaya di negeri Perak. 

Sesi penerangan
Sesi penerangan

tumbuhan akuatik
Antara tumbuhan akuatik yang ditanam di sini
Lawatan kami di sekitar tangki ternakan dan kolam yang menempatkan pelbagai jenis ikan hiasan yang cantik. Kami juga dibawa melawat ke tempat pembungkusan ikan berkenaan bagi tujuan eksport di dalam dan luar negara. Kebanyakan pekerjanya memang terdiri daripada warga asing. Memang aku kagum cara kerja beliau menguruskan ladang berkenaan.


Kisah Diari Praktikal Mizz Aiza:

^_^