26 August 2011

Diari Praktikal Mizz Aiza - Part 16 (Bercuti di Selama, Perak)

Bercuti di Selama, Perak

16 Ogos 2003

Minggu ini kami tiada aktiviti yang khusus. Zai mengajak kami semua pulang ke kampungnya yang terletak di Selama, Perak. Dari Pusat Perikanan Enggor, kami menaiki bas ke Kuala Kangsar. Dari Kuala Kangsar kami bertolak ke Taiping dan seterusnya ke Selama. 

Perjalanan menaiki bas henti-henti dirasakan begitu jauh. Kami melalui kawasan ladang kelapa sawit dan pokok-pokok yang menghijau. Yang paling unik dan menariknya terdapat monyet melompat di pokok-pokok dan tepi jalanraya. 

Setibanya di Pekan Selama, kami menunggu kereta sewa untuk ke rumah Zai. Memang begitu cara ke kampung Zai yang terletak di Rantau Panjang. Family Zai memang peramah dan baik melayan tetamu yang datang. 

Petang itu Zai membawa kami Lata Tebing Tinggi iaitu 5 minit menaiki motosikal. Kami bermandi-manda bersama Zai dan adik perempuannya yang comel. Air yang sejuk dan segar. Rasa hilang segala kepenatan kami seharian. 

Lata Tebing Tinggi
Lata Tebing Tinggi
*********************************************************************************
Jalan-jalan ke Zoo Taiping

17 Ogos 2003

Esok kami semua akan mula bekerja seperti biasa. So, hari ini kami harus pulang ke Pusat Perikanan. Dari rumah Zai, kami menaiki kereta sewa ke Pekan Selama. Cadangannya sampai di Taiping nanti kami akan terus ke Zoo Taiping. Jika sebelum ini kami masuk ke Zoo Taiping untuk menghantar benih ikan, kali ini kami akan melihat haiwan-haiwan lain juga.

Masa kami tiba di Zoo Taiping, rupa-rupanya Night Safari baru diperkenalkan iaitu pada 1 Mac 2003. Pengunjung berpeluang untuk melihat haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam dengan menggunakan lampu-lampu khas. Namun disebabkan kami perlu pulang ke Pusat Perikanan sebelum malam, maka kami tidak berpeluang untuk menghayati Night Safari.

Zoo Taiping
Posing kat depan pintu masuk Zoo Taiping
Tiket masuk ke Zoo Taiping beharga RM10.00 untuk dewasa dan RM6.00 untuk kanak-kanak. Memang berbaloi sebab banyak binatang yang ada kat dalam ni untuk dilihat. Ada Buaya, Zirafah, Gajah, Badak Air, Berunang, Harimau, Singa, Babi Hutan, Ular dan macam-macam lagi la.

Sesekali cuci mata tengok haiwan best  juga. Nak tengok haiwan tak payah susah-susah masuk hutan, hanya datang je ke Zoo Taiping je. Memang happening dan puas hati dapat tengok sendiri. Cuma tak dapat la nak sentuh-sentuh haiwan liar ni.


Kisah Diari Praktikal Mizz Aiza:

^_^

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen.. ^_^