21 Julai 2003
Berjalan lagi hari ini. Bos mengajak kami semua menghantar benih ikan lagi. Kali ini benih ikan Keli kepada penternak kecil di Kg. Teras, Ijok, Batu Kurau, Perak. Perjalanan ke kawasan berkenaan mengambil masa selama lebih kurang sejam setengah dengan menaiki kenderaan Jabatan Perikanan.
Di awal pagi, seperti biasa benih ikan Keli dibungkus dengan beg plastik yang diisi dengan gas oksigen. Benih ikan dimasukkan dalam van dan sedia untuk dihantar. Turut mengiringi kami, Pegawai Perikanan dari Pejabat Perikanan Daerah Batu Kurau.
Sebenarnya aku ada sejarah sendiri tentang destinasi yang akan dituju ni. Arwah ayah aku berasal dari Kg Teras, Ijok. Sejak ayah meninggal hampir 8 tahun yang lalu, aku tidak lagi menjejakkan kaki di situ. Datuk, opah dan adik beradik ayah pun sudah meninggal. Yang tinggal mungkin sepupu-sepupu yang aku sendiri tak pernah kenal pun.
Kembali pada cerita tadi, kenderaan kami tiba ke kawasan kolam penternak. Seperti biasa, plastik berisi benih ikan akan direndam seketika di dalam air kolam bagi menyesuaikan suhu. Benih ikan dilepaskan sedikit demi sedikit ke dalam kolam.
Kolam ternakan |
Ketibaan benih di kolam ternakan |
*********************************************************************************
Lawatan ke Ladang Ikan Keli di Pantai Remis, Perak21 Julai 2003
Perjalanan kami tidak terhenti di situ saja. Bos mengajak kami membuat lawatan ke kolam ternakan ikan Keli di Pantai Remis, Perak. Ladang ni milik seorang pengusaha berbangsa India. Konsep ternakan secara bersepadu di mana benih dan makanan ikan dihasilkan sendiri. Kolam dibina di di kawasan ladang Kelapa Sawit dan ternakan Lembu juga diintegrasikan bersama.
Bos memaklumkan, pengusaha berkenaan merupakan salah seorang daripada pengusaha berjaya di negeri Perak. Cara penyediaan makanan untuk ikan Keli yang diternak sangat mudah iaitu ayam mati diproses menggunakan mesin dan diberi makan kepada ikan Keli. Terus terang cakap, aku tak suka cara tu sebab langsung tak hygine.
Lawatan ke kolam ikan Keli |
Proses menuai ikan Keli |
Kisah Diari Praktikal Mizz Aiza:
- Part 1 (Praktikal di PPA Enggor, Perak)
- Part 2 (Mandi Lumpur Kolam Ikan)
- Part 3 (Jom Biakkan Ikan Keli Sendiri)
- Part 4 (Jom Buat Artemia Sendiri)
- Part 5 (Budi Baik Sentiasa dikenang Jua)
- Part 6 (Sesi Mengenali Bos - Family Day)
- Part 7 (Karnival Sure Heboh Ipoh, Perak)
- Part 8 (Memukat Sepat)
- Part 9 (Menghantar Benih Tilapia ke Zoo Taiping)
- Part 10 (Sepucuk Surat Cinta)
- Part 11 (Lawatan Ke PPBUK di Pulau Sayak, Kedah)
- Part 13 (Jalan-jalan Pulau Pinang)
- Part 14 (Trip ke ladang Ikan Hiasan di Sg. Siput, Perak)
- Part 15 (Memungut Rumpai Air di Kuala Sepetang)
- Part 16 (Bercuti di Selama, Perak)
- Part 17 (Last Day di PPA Enggor, Perak)
^_^
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi komen.. ^_^