06 December 2015

Kisah Lawak

Assalamualaikum,

Salam hujung minggu kepada anda semua. Kali ini saya kongsikan beberapa kisah lawak untuk bacaan santai di hujung minggu. Kisah ini hanya rekaan dn tiada kena-mengena dengan individu yang hidup atau yang telah meninggal dunia.

Kisah Lawak 1: Motosikal

Tiga orang lelaki menaiki sebuah motosikal dan telah ditahan oleh polis trafik. Namun penunggang motosikal tidak berhenti dan menjerit kepada polis trafik berkenaan. 


Penunggang motosikal : Dah tak muat, kami dah bertiga. Jalan dulu tuan!!!
Polis trafik : ???


Kisah Lawak 2: Mangga

Seorang suri rumah pergi ke pasar untuk membeli barangan dapur. Tiba-tiba dia ternampak buah mangga.


Suri rumah : Berapa harga sebiji buah mangga ini?
Penjual : RM2.50 kak..
Suri rumah : RM2.50? Mahalnya harga..
Penjual : Harganya memang mahal kerana dijamin manis.
Suri rumah : Bagaimana kalau rasanya masam?
Penjual : Kalau masam tak perlu membayar.
Suri rumah : Kalau begitu, minta sepuluh biji mangga yang masam.
Penjual : ???


Kisah Lawak 3: Panadol

Sam melihat Joe membancuh kopi dan memasukkan sebiji panadol ke dalamnya. Dia berasa hairan dan segera bertanya kepada Joe. 


Sam : Kenapa kau masukkan panadol ke dalam air kopi itu?
Joe : Ooo.. Kopi inikan panas. Letak panadol kurang la sikit panasnya.
Sam : ???

Kisah Lawak 4: Cermin Mata

Ben mengalami masalah rabun dan telah berjumpa dengan doktor mata. Doktor mencadangkan supaya Ben memakai cermin mata bagi mengatasi masalahnya.


Ben : Selepas pakai cermin mata nanti, bolehkah saya membaca seperti orang lain?
Doktor : Oh, sudah tentu boleh.
Ben : Gembiranya saya. Sebenarnya sudah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca.
Doktor : ???


Kisah Lawak 5 : Singa

Pada suatu hari seorang pemburu pergi memburu di hutan. Tiba-tiba dia ternampak seekor singa. Kerana terkejut, pemburu itu tidak sempat mengangkat senapangnya. Pemburu hanya mampu berdoa. Dia menjeling ke arah singa dan ternampak singa juga sedang berdoa. 


Pemburu : Ah, leganya. Singa baik rupanya. Tolong lepaskan aku.
Singa : Singa baik selalu baca doa sebelum makan.
Pemburu : ???


Semoga terhibur membaca kisah lawak ini.. 

Diolah dari sumber asal lawak2u.wordpress.com

p.s: Maaf tidak dapat blogwalking kebelakangan ini kerana agak sibuk dengan kerja dan kursus. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda nanti.

^_^

62 comments:

  1. lawak yg menghiburkan dihari minggu

    ReplyDelete
  2. Terima kasih aiza...senyum sorang2 PC dibuatnya...

    ReplyDelete
  3. hiks hiks, kisah lawak nya seru banget ya mb, hahaha, menunggu yang lainnya :)

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Salam yana.. bahaya tu sengih sorang-sorang.. hehe..

      Delete
  5. Lawak petang Ahad :D
    Moga segala urusan Aiza dipermudahkan

    ReplyDelete
  6. Spontan mengocok perut saya mbak..... Itu gambar yang pertama sepertinya orang pulang habis main sepak bola,....kelihatan tuh kaos seragam nya.....

    ReplyDelete
  7. ps. ganassz erk romen2 blog wak tuuu.,tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali singgah blog wak, aiza komen pukal.. hehe..

      Delete
  8. Replies
    1. sangat terhibur..
      kopi panas diberi panadol, mungkin jadi mabuk tuh yang minum :D

      Delete
  9. hihi. btw kerja elok-elok dan selamat berkursus kak aiza :D

    ReplyDelete
  10. hahaha,.
    bisa bikin ngakak trus nie,.

    ReplyDelete
  11. Cikna rabun tapi xbuta huruf,huhuu..... Slmt b'kursus

    ReplyDelete
  12. Yang cermin mata tu kesian. haha :P

    ReplyDelete
  13. Alamat dah ada inshaAllah akan hantar secepatnya ya..

    ReplyDelete
  14. memang lawak..tapi hati ini terasa sukar pulak nak gelak

    ReplyDelete
  15. lawak motosikal tu pernah dgr..mmg lawak...ahaha...x muat katanya..adoi

    ReplyDelete
  16. hadoi!!! boleh plak mcm tu..panadol boleh kurang kan panas heheh

    ReplyDelete
  17. ahahahaha sakit perut lah baca lawak cermin mata ni

    ReplyDelete
  18. ahahaah lawak singa tu agak tak masuk akal lah

    ReplyDelete
  19. Panadol buat sejukkan kopi huhu... :D :D

    ReplyDelete
  20. Yg kat pasar tu kita blh praktikkn..kih3

    ReplyDelete
  21. ha ha ha :)
    kala ngantuk,memang gelak ni satu ubat.

    ReplyDelete
  22. kalau dibuat buku komik mesti laku ni. hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^