Assalamualaikum,
Tahun ini adalah tahun ke dua saya memperbaharui roadtax kereta Viva saya menggunakan perkhidmatan MYEG. Berdasarkan kepada pengalaman saya, memperbaharui roadtax kereta melalui MYEG adalah mudah dan menjimatkan berbanding melalui agen insurans.
Sebelum ini saya menggunakan khidmat agen insurans setiap kali ingin memperbaharui roadtax kereta. Masuk tahun ke-6 saya terfikir untuk mencuba perkhidmatan MYEG. Berikut saya kongsikan cara kali pertama saya memperbaharui roadtax dan insurans kereta melalui MYEG:
Menghubungi MYEG
Saya telah menghubungi MYEG di talian 03-7801 8888. Pihak MYEG meminta maklumat berkenaan nombor kereta, nombor kad pengenalan dan alamat emel. Saya meminta sebutharga nilai kereta yang diinsurans dan tambahan insurans untuk cermin kereta.
Menerima emel dari MYEG
Saya menerima emel sebutharga bagi roadtax dan lesen. Pada tahun ini kereta Viva saya telah menjangkau usia 6 tahun. Setakat ini saya belum pernah membuat tuntutan insurans, jadi NCD (no claim discount) telah mencecah 55%. Jumlah yang perlu dibayar hanya RM420 (berbanding harga yang ditawarkan oleh agen insurans RM600). Jadi saya sudah jimat sebanyak RM180.
Membayar kepada MYEG
Setelah bersetuju dengan harga berkenaan, saya membayar melalui perbankan internet (saya menggunakan CIMB Clicks). Lebih kurang sejam selepas pembayaran, pihak MYEG menghubungi saya dan meminta maklumat iaitu no. casis kereta dan alamat.
Menerima roadtax dari MYEG
Pada keesokan harinya saya sudah menerima roadtax kereta berkenaan. Ianya dihantar terus oleh runner MYEG ke pintu rumah mengikut alamat yang diberikan (tempoh masa penghantaran tertakluk kepada hari cuti umum).
Setakat ini saya berpuas hati dengan perkhidmatan memperbaharui roadtax kereta yang disediakan oleh pihak MYEG. Selain daripada mudah dan menjimatkan wang, saya boleh fokus melakukan kerja seperti biasa kerana tidak perlu risau memikirkan roadtax kereta.
Nota: Harga insurans kereta pada tahun ini tidak banyak berbeza dengan tahun lepas disebabkan wujudnya GST.
^_^
Penah try tp ade error last2 g agent je. Huhu
ReplyDeletekak aiza terus call myeg di talian 03-7801 8888.. kalau buat melalui website tu memang error..
Deletekenapa harga tak sama dengan syarikat insurans..
ReplyDeleteselalunya syarikat insurans akan mark-up harga..
Deletetak pernah guna..sebab biasa suami akak je yang buat semua tu hehehe teruk sungguh la
ReplyDeletekalau ada suami buatkan lagi mudah..
Deletealhamdulillah....lapang hati bila dah selesai urusan dengan lancarkan aiza..
ReplyDeleteAlhamdulillah urusan selesai.. tak perlu lagi fikir bila nak renew..
Deletelbh mudah cara gitu ya aiza...kalau tiada masalah oklh tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah cepat dan mudah setakat ini kak paridah..
DeleteSelalunye MYEG ni ada masalah server tapi tu kekadang je lah , ALhamdulillah setakat guna perkhidmatan ni banyak jimat duit minyak :D
ReplyDelete- Syamsid Blog -
betul tu.. banyak duit dapat dijimatkan..
DeleteXbestnye.. Ade gst jugk.. Huhuhu.. Klu xmsti dh boleh jimat..
ReplyDeletegst tu sebab perkidmatan.. nak tak nak kena bayar juga..
Deletewahhh thanks share ni kak aiza hehe :D
ReplyDeletesemoga bermanfaat qila.. ;)
DeleteJika ada cara yg mudah dan menjimatkan masa...sepatutnya menjadi pilihan. Thanks Aiza
ReplyDeletebetul tu fidah.. yang penting menjimatkan masa dan wang..
Deletesaya belum pernah mencuba perkhidmatan yang mereka sedia..biasa renew roadtax guna agen
ReplyDeleteguna agen pun ok juga.. tapi aiza lebih selesa dengan myeg..
DeleteSalam Aiza. mmg mudah lah. Tapi KA ni tetap nak bawa geran tu g post office n print kat belakang tu he3
ReplyDeleteSalam KA.. Rajinnya KA pergi post office..
DeleteSy lom penah wat dgn myeg sbb sblm ni buat kt bank je ;)
ReplyDeleteBuat kat bank pun ok juga anies.. ;)
Deletetahnia Aiza..terbaik lah infor ni...cepat pantas ya selesai
ReplyDeleteYang penting cepat dan jimat masa..
DeleteSda kirimkan hadiah ..cuma no phone tak ada harap sampai lah tu
ReplyDeleteAiza belum terima hadiah.. lupa nak bagi no. phone pada cikgu.
Deletebaru tahu...tapi kereta lom habis bayar..
ReplyDeleteKereta aiza pun belum habis bayar..
Deletetak pernah buat lg sbb takda kereta sndiri. hehee
ReplyDeletenampknya senang
Bolehlah nina buat apabila ada kereta sendiri nanti..
Deletetq akak.. nanti senang boleh refer sini :)
Deletemak aih!!! byk nye agen insuran tu ambil..beza RM180 tu...hadoiii kejam!
ReplyDeleteItu la JM.. banyak dia mark-up..
Deleteadik sis JM un renew roadtax guna myEG tetapi caranya x sama cam Aiza ni..dia buat online...register online pastu nanti dorang pos roadtax tu ke rumah...sama je mana2 pun..tp mmg jimat lah byr RM400 je
ReplyDeleteAiza pernah cuba register online, tapi error.. terus aiza call myeg dan alhamdulillah selesai urusan.. memang jimatkan JM..
Deletejadi mudah urusannya ya mbak, simple lagi :D
ReplyDeleteYa.. urusannya cepat dan mudah..
Deletesis JM nk kongsi sikit berkenaan byr renew roadtax ni..utk sharing kpd kawan yg lain supaya x follow what im doing. Roadtax tamat bln 10 hari tu then pergi byr insuran..after 2 baru sis JM pegi revew roadtax..asyik leka je..pegi pej pos nak renew pastu staff tu ckp boleh renew 6 bulan je..walhal seatutnya setahun kan..alasan! sbb lambat pegi renew selepas byr insuran sepatutnya dlm tempoh 2 mggu byr insuran perlu clearkan roadtax..jadinya skrg rugilah 6 bulan..sedih! bertangguh lagi uhuhu
ReplyDeleteBaru aiza tahu.. rugi 6 bulan la ya.. jangan sedih sis JM.. Pengalaman juga tu..
Deleteterima kasih di atas perkongsian pengalaman ini..
baru tahu lah pasal ni JM ... memang rugi, pasni kena beringat lah kan
Deletesaya amankan dulu ya mb, tq mb sukses selalu
ReplyDeleteTerima kasih..
Deletebyk penjimatan kat situ..try guna myeg plak la..
ReplyDeleteCuba la gunakan myeg nanti jie..
DeleteSalam berblogging... lama tak berblog nie. Tak pernah lagi guna myeg... tp pilihan yg bijak dan memudahkanlah. Thanks sharing Aiza
ReplyDeleteAiza pilih myeg kerana ia mudah dan cepat..
DeleteAnak bunda pun guna MYEG ni Aiza..cepat.... dorang datang antar terus kerumah...selalunyer bunda lah yang tukang ambil...bunda duduk kat rumah kan..
ReplyDeleteMemang mudah dan cepat kan bunda..
DeleteAsalam ..tahnia ya dapat lesen baru,
ReplyDeleteHadiah Etuza dah sampai ke? tak ada phone Aiza bagi..harap dah sampai ikut alamat. Aiza ni Azizah kan nama tu..
Harap alamt tak salah ..kalau sebaliknya anggap bukan rezeki aiza ya..sebab pernah rakan blogger tak dapat hadiah dari Etuza tercicir sebab alamat ada kesilapan.
Assalam.. tak ada sampai pun lagi hadiah tu cikgu.. aiza pun baru duduk rumah ni..
Deletesaya start guna myeg lepas dah 5 kali renew (tahun lepas). stanby untuk bulan januari pulak...alahai...nampak dah duit terbang
ReplyDeleteTak lama dah nak masuk januari..
DeleteWah...baru tahu lebih jimat ye.IbuNoey setakat ni xpernah renew roadtax melalui myeg lagi.selalunya renew kat pejabat pos je.maybe tahun depan leh cuba la.
ReplyDeleteWah.. ada cara lbih cpat.. thanks kak.. bartu tahu
ReplyDeleteFiza tak pernah guna lagi khidmat myeg nie.. tp kalau dlm talian sememangnya jimat masa dan tenaga...
ReplyDeletebanyak dah jimat kat situ.. nnti boleh try
ReplyDeleteshawal singgah + follow sini ye.. ^^
ReplyDeletejemput join segmen shawal.. :)
http://akubukaninnocent.blogspot.my/2015/12/SegmenBlogwalking.html
encik suami pun setiap tahun guna myeg :)
ReplyDeletejimat dan cepat guna myeg kan :)
ReplyDeletepasni setiap tahun guna myeg lah kan aiza :)
ReplyDeleteabg ipar aida buat insurans kereta and jual kereta.
ReplyDeleteso mr.asben da manja, asyik dok suruh abg dia yg buat.
sedang kan mudah aje kalau nak buat sendiri dgn myeg kan?