Assalamualaikum,
Disember bulan yang penuh dengan aktiviti. Pagi ini baru saya berpeluang membuka blog dan menulis sesuatu. Sebelum ini saya pernah ceritakan mengenai kesibukan saya dengan peperiksaan dan kursus. Keputusan Peperiksaan Undang-undang Kerajaan telah keluar.
Seperti yang dijangkakan, keputusan untuk Kertas dua saya kandas. Teringat kembali ketika saya menjawab soalan kertas dua tempoh hari, saya rasa nak menangis ketika membaca soalan. Walaupun peperiksaan ini open book, adalah perlu saya membawa bahan rujukan yang tepat.
Bila difikirkan semula memang saya kurang persediaan. Sepatutnya saya membawa buku Perlembagaan dan Undang-undang untuk kertas dua. Namun saya tidak berjaya mendapatkan buku itu kerana sold out di beberapa kedai buku dan MPH sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Keputusan peperiksaan Undang-undang Kerajaan |
Buku yang sepatutnya saya beli untuk kertas dua
Sumber gambar
|
Saya ada juga bertanya pada senior yang pernah menduduki peperiksaan ini, namun buku mereka juga telah dipinjam lebih awal oleh rakan-rakan yang lain. Akhirnya saya dapat meminjam buku bertajuk Panduan Undang-undang Umum dari rakan kakak saya.
Namun maklumat di dalam buku berkenaan tidak dapat membantu saya menjawab soalan sepenuhnya. Selepas ini saya perlu mencari buku rujukan berkenaan lebih awal kerana semestinya saya akan mengulangi peperiksaan ini pada tahun hadapan.
Namun maklumat di dalam buku berkenaan tidak dapat membantu saya menjawab soalan sepenuhnya. Selepas ini saya perlu mencari buku rujukan berkenaan lebih awal kerana semestinya saya akan mengulangi peperiksaan ini pada tahun hadapan.
^_^
Asalam rupanya tengah sibuk ya exam..Mizz Aiza dah dapat hadiah ke tempoh hari harap dah dapat ya
ReplyDeleteAssalam.. aiza belum terima lagi hadiah cikgu..
Deletelama menyepi ya
ReplyDeleteDah lama aiza tak buka blog..
Deletelepas exam bolehlah aktif tulis blog
DeleteInsyaAllah Raihanah Ahmad..
DeleteUmi harap dear akan lulus peperiksaan .. amin2
ReplyDeleteTerima kasih umi.. amin.. ;)
Deleteaaaa takpe kak aiza!!! <3 u can do it ok? :)
ReplyDeleteInsyaAllah qila.. Terima kasih.. ;)
DeleteSalam kak , moga dipermudahkan segala urusan ye
ReplyDeleteSalam yana.. InsyaAllah.. ;)
DeletePadanlah dah lama Aiza tak ke udara...
ReplyDeleteSemoga berjaya Aiza...
Aiza kena ulang untuk kertas dua tu bunda.. terima kasih doakan aiza..
DeleteinsyaAllah akan berjaya nanti, semoga dipermudahkan ya
ReplyDeleteinsyaAllah.. terima kasih doakan aiza..
DeleteHallo Mba Aiza...
ReplyDeleteSemoga selalu sukses... :)
Salam perkenalan... :D
Hello Dedy Akas.. Salam perkenalan dan terima kasih sudi berkunjung di sini..
DeleteMIzz aiza hari tu tak sertakan no phone, saya pun segan nak minta..blogger lain serta kan phone..rasanya tak ada masalah bagi no phone ya...bagi lagi alamat ya..rezeki mazia tu ..kena juga bagi. yang hadiah tu tak apa lah biarkan ja.
ReplyDeletecikgu tak minta nombor telefon aiza hari tu.. aiza pun lupa nak bagi.. hehe..
Deleteharap bagi alamat kat blog sekali lagi ya...sertakan phone baru sampai tu dek
ReplyDeleteok cikgu.. terima kasih.. ;)
Deletetape aiza ... cuba lagi go! go!
ReplyDeleteInsyaAllah zie.. Terima kasih.. ;)
Deleteso ni exam repeat untuk kertas 2 ke?
ReplyDeletebetul tu zie has.. aiza kena repeat untuk kertas dua tu tahun depan..
Deletegood luck yer aiza
ReplyDeleteThanks zie has.. ;)
Deletekalau repeat tahun depan ... kena cari buku tu dari sekarang lah kan aiza
ReplyDeletebetul tu zie has.. dah cari di MPH.. tapi takde stok.. aiza baru order..
DeletePerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Terima kasih..
DeleteSalam,
ReplyDeleteMy name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com
Thanks :)
Terima kasih..
Deletemungkin tak de rezeki lagi kan..tak pe2..gudluck kak aiza syg! :)
ReplyDeletemungkin juga miza.. terima kasih miza.. ;)
DeleteJangan berputus asa..cuba lagi pada masa yang akan datang..ada hikmahnya tu!
ReplyDeleteInsyaAllah.. terima kasih..
DeleteMoga dimudahkan segala urusan serta diberikan kejayaan cemerlang. Aamiin
ReplyDeleteInsyaAllah fidah.. terima kasih.. ;)
Deletexmengapalah aiza gagal satu paper nanti ambil lagi...dgn usaha akan sukses juga akhirnya.
ReplyDeleteTerima kasih kak paridah.. InsyaAllah.. ;)
DeleteNnti kak aiza mesti boleh buat jugak tu. All the best and semoga dipermudahkan semuanya ye! :-)
ReplyDeleteInsyaAllah Aisya.. Terima kasih.. ;)
Deletealahai...takziah ye kak...takpe...insyaAllah ada rezeki yg lain utk akak nnt :)
ReplyDeletegood luck sis..semoga jumpa nanti buku tu ye..
ReplyDeleteAiza..tak apa...ulang semula..kalau tak silap setiap tahun ada peluang untuk ulang peperiksaankan...
ReplyDeleteTak mengapa, Aiza. Pengalaman. Insya-Allah next time Aiza akan lebih bersedia :)
ReplyDeletemay Allah ease everything akak :)
ReplyDeletesbnr nyer exam open book ni lg susah drpd close book... da penah rs mcm mn terseksanya nk buka buku nak cari jawapan...edezzzz buang ms gitu je. lom tulis jawapan lg ms dah nk abes
ReplyDeleteapapun aiza, aida wish good luck dulu ye utk next exam.
ReplyDeletenasihat aida, tag buku tu ikut tajuk. mudah nak cari.
exam open book ni kekadang amik masa lama tang nak cari jawapan.
and akta ni mudah aje, tgk tajuk kat depan tu.
ada senarai tajuk, kena dgn soalan terus buka page :)
jgn putus asa akak.. boleh cuba lg. tahun ni cuba sebaik boleh ya :) ada rezeki tak kemana
ReplyDelete