30 December 2015

Stesen Minyak Shell dan Kereta Axia

Assalamualaikum, 

Ini bukan entri untuk promosi stesen minyak Shell atau kereta Axia. Petang itu saya pulang dari tempat kerja dan saya perasan minyak kereta sudah hampir habis. Jadi saya singgah di stesen minyak kegemaran saya iaitu Shell untuk mengisi minyak kereta. 


Selepas memberhentikan kereta, saya membuka tempat mengisi minyak dan keluar dari kereta. "Kakak bawa kereta baru ke? Berapa mahu isi minyak?" pekerja warga Bangladesh menyoal saya. Saya selalu singgah di stesen minyak itu, mungkin dia sudah kenal muka saya. 

"Ya, isi RM50.00 saja." Saya membalas sambil menghulurkan duit RM50.00 dan kad Bonus Link kepadanya. "Macam mana mahu isi minyak?" Tiba-tiba pekerja itu menyoal saya sambil tersenyum. Saya bingung seketika. Baru saya perasan, rupa-rupanya saya tidak membuka tempat minyak, tetapi bonet. 

Saya terpaksa membeli kereta Axia ini disebabkan tempat kerja saya dan adik saya tidak sama dan jaraknya jauh di antara satu sama lain. Kereta Viva saya serahkan kepada adik. Hanya kereta Axia yang mampu saya beli sebagai kereta kedua memandangkan Viva masih berbaki dua tahun untuk habis dibayar. 

Nota: Jika terdapat pengangkutan awam seperti LRT atau ERL ke tempat kerja saya atau adik saya, pasti saya tidak membeli kereta Axia berkenaan. Namun kini tambang pengangkutan awam juga sudah naik. 

^_^

38 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah kak ida.. Beli sebab keperluan.. ;)

      Delete
  2. HEH..HEH..GITU PULA KISAH PAGI2 NI YA AIZA...XPALAH BELUM BIASA LAGI DGN AXIA TU...SEMUA TERTEKAN DGN KEADAAN RENTAK HIDUP SEKARANG KECUALI MRK YG BERADA N KAYARAYA...BERSABARLAH SETIAP YG BERLAKU ADA HIKMAH SEBALIKNYA...INSYA ALLAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedudukan tempat minyak axia dan viva berbeza.. hehe.. insyaAllah aiza akan terus bersabar, terima kasih kak paridah..

      Delete
  3. Haha. Berlapiknya dia cakap. Nasib baik akak perasan. :D

    ReplyDelete
  4. Salam kak aiza. Lama x mngomen hehe. Dlu pon saya pakai viva jugak. Minyak tahan n mudah je bawak. Axia xpasti lah plk. Have a nice day kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. lama tak dengarcerita.. kak aiza rasa antara viva dan axia lebih jimat minyak viva..

      Delete
  5. macam mana boleh terbuka bonet pula kak aiza ni, hihi :p
    bila ada kereta senang nak pergi kerja ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tersalah tekan.. hehe.. alhamdulillah mudah nak pergi kerja..

      Delete
  6. Saya tidak berkira sangat...asalkan ada stesen minyak terdekat...itulah yg saya pilih.
    Bila bawa kereta lain memang akan selalu buat silap. Paling selalu kalau bawa kereta Proton, nak bagi signal...wiper yang naik, huhu

    p/s: Terima kasih sentiasa menyokong BinMuhammad. Andalah blogger terbaik 2015 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah begitu BM.. Senang mengisi minyak di mana sahaja..
      Betul tu, pasti ada tersalah tekan bila bawa kereta lain..
      Terima kasih juga kepada BM yang menyokong blog aiza..

      Delete
  7. salam , wah dah beli kereta baru, moga dipermudah urusa oleh Allah ye kak

    ReplyDelete
  8. semoga bermanfaat ye kak kereta barunya :D

    ReplyDelete
  9. selamat ya mbak atas pembelian kereta barunya :D

    ReplyDelete
  10. Bila tgk kereta Axia..macam comel aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kereta compact memang nampak comel kot.. hehe..

      Delete
  11. lepas ni takde la dengar kisah Viva akak pi service dah..hihihi...Axia plak laa yerr

    ReplyDelete
  12. hahaha...comel je cerita sis ni..ingat apalah masalah tadi, tak buka penutup rupanya.

    ReplyDelete
  13. tak apa aiza...jaga elok2...cermat...boleh guna lama kereta tu..in sha Allah...

    ReplyDelete
  14. Semoga kereta baru dapat berbakti pada tuannya :)

    ReplyDelete
  15. bila nk gi USS? jgn tungu nnti, pegi skrg! hehe, nnti duit singapore mahal juta2 lemon takut makin x mmpu nk pegi., ;p

    ReplyDelete
  16. betul. tambang pengangkutan awam sudah naik.

    p.s lama tak singgah sini. rindu :)

    ReplyDelete
  17. kan bagus klu tambang pengangkutan awam ada subsidi...

    ReplyDelete
  18. setiap kereta adakala fungsi butang berlainan

    ReplyDelete
  19. ms memula pakai axia ni sy keliru knapa gear x bergerak2 rupa2 nyer ada 'kunci' ;-)

    ReplyDelete
  20. wah beli kereta baru..hehe okla..kalau tak beli nt susah pulak..dh jd keperluan

    ReplyDelete
  21. kekadang bila bekerja ni, perlu ada kenderaan sendiri, aiza.
    mudah nak gerak.
    kita sama, shell tempat isi minyak kegemaran :)

    ReplyDelete
  22. best tak pakai axia.. hehe
    skrg harga tambang pun dh naik.. semua naik

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^