3 Jun 2003 (8.00 malam)
Aku dan kengkawan telah diajar kaedah pembiakan aruhan ikan Keli. Walaupun kaedah ini agak kejam, namun ianya berbaloi kerana pengorbanan 1 keli jantan akan menghasilkan lebih dari 20,000 ekor benih Keli baru.
Ok la, untuk memulakan aktiviti pembiakan aruhan, bahan-bahan serta peralatan berikut perlu disediakan:
Seterusnya aku diajar cara untuk menguruskan hatceri dan benih ikan Keli yang baru menetas:
Di sini aku ingin berkongsi sedikit info mengenai ikan Keli:
Nama : Ikan Keli Afrika
Aku dan kengkawan telah diajar kaedah pembiakan aruhan ikan Keli. Walaupun kaedah ini agak kejam, namun ianya berbaloi kerana pengorbanan 1 keli jantan akan menghasilkan lebih dari 20,000 ekor benih Keli baru.
Ok la, untuk memulakan aktiviti pembiakan aruhan, bahan-bahan serta peralatan berikut perlu disediakan:
- Induk Keli yang matang (1 jantan : 2 betina)
- Jarum suntikan (Picagari)
- Hormon Ovaprim
- Alat penimbang
- Mangkuk
- Bulu ayam
- Tuala kering
- Induk jantan dan betina ditimbang dan beratnya dicatatkan (dalam kg). Hormon Ovaprim disuntik dengar kadar 0.5 ml/kg induk betina dan 0.25 ml/kg induk jantan.
![]() |
Induk disuntik dengan Ovaprim |
- Induk jantan dan betina diletakkan dalam tangki yang berasingan dan dibiarkan selama 5-8 jam.
![]() |
Induk disimpan dalam tangki |
- Perut induk betina dilurut bagi mengeluarkan telur yang telah matang ke dalam mangkuk.
![]() |
Perut induk betina dilurut |
- Sementara itu, perut induk jantan dibelah bagi tujuan pengeluaran kantung spermanya.
![]() |
Perut induk jantan dibelah dan diambil kantung sperma |
- Sperma dicampurkan dengan telur dan digaul dengan bulu ayam. Tambah sikit air jika terlalu pekat.
![]() |
Sperma digaul bersama telur |
- Campuran sebati telur dan sperma dimasukkan ke dalam tangki yang dilapisi jaring halus.
![]() |
Campuran telur dan sperma dimasukkan ke dalam tangki |
- Benih ikan yang dikenali sebagai rega akan menetas dalam masa 24 jam.
![]() |
Rega Keli yang baru menetas |
*********************************************************************************
Seterusnya aku diajar cara untuk menguruskan hatceri dan benih ikan Keli yang baru menetas:
- Benih ikan Keli tidak diberikan makanan pada 3 hari pertama disebabkan ianya mempunyai makanan semulajadi yang terdiri daripada kuning telur/yolk.
- Bermula hari keempat, rega ikan diberi makanan hidup yang bersaiz kecil iaitu Artemia.
- Rega ikan yang berusia sebulan diberi makan pellet halus yang dikisar halus dan diayak. Pemberian makanan sebanyak 4 kali sehari.
![]() |
Proses mengayak pellet yang telah dikisar halus |
- Penjagaan kualiti air dalam tangki adalah penting di mana penukaran air dalam tangki akan dilakukan pada setiap hari. Rega mati serta sisa makanan akan dibuang menggunakan kaedah sifon.
![]() |
Sifon rega mati dan sisa makanan |
- Jaring air keluar diberus setiap hari bagi melancarkan pertukaran air masuk dan keluar tangki.
![]() |
Memberus jaring |
*********************************************************************************
Di sini aku ingin berkongsi sedikit info mengenai ikan Keli:
Ikan Keli Afrika |
Nama Saintifik : Clarias gariepinus
Pasaran : Pasar basah, pasaraya serta pasar tani
Menu : Keli masak lemak cili api, Keli goreng bersambal, Keli pecal dan pelbagai lagi
Kisah Diari Praktikal Mizz Aiza:
- Part 1 (Praktikal di PPA Enggor, Perak)
- Part 2 (Mandi Lumpur Kolam Ikan)
- Part 4 (Jom Buat Artemia Sendiri)
- Part 5 (Budi Baik Sentiasa dikenang Jua)
- Part 6 (Sesi Mengenali Bos - Family Day)
- Part 7 (Karnival Sure Heboh Ipoh, Perak)
- Part 8 (Memukat Sepat)
- Part 9 (Menghantar Benih Tilapia ke Zoo Taiping)
- Part 10 (Sepucuk Surat Cinta)
- Part 11 (Lawatan Ke PPBUK di Pulau Sayak, Kedah)
- Part 12 (Lawatan ke Kolam Ternakan Ikan Keli di Kg. Teras, Ijok)
- Part 13 (Jalan-jalan Pulau Pinang)
- Part 14 (Trip ke ladang Ikan Hiasan di Sg. Siput, Perak)
- Part 15 (Memungut Rumpai Air di Kuala Sepetang)
- Part 16 (Bercuti di Selama, Perak)
- Part 17 (Last Day di PPA Enggor, Perak)
^_^
wahhh macamtu je? *cewah heheeh xD
ReplyDelete