9 Julai 2003
Hari ini bos mengajak kami semua mengikutnya menghantar benih ikan Tilapia merah ke Zoo Taiping. Jam 7.00 pagi, peralatan untuk membungkus benih ikan disediakan seperti beg plastik lutsinar yang tebal, air dicampur ubat pelali, gelang getah dan gas oksigen.
Cara pembungkusannya mudah saja:
Hari ini bos mengajak kami semua mengikutnya menghantar benih ikan Tilapia merah ke Zoo Taiping. Jam 7.00 pagi, peralatan untuk membungkus benih ikan disediakan seperti beg plastik lutsinar yang tebal, air dicampur ubat pelali, gelang getah dan gas oksigen.
Cara pembungkusannya mudah saja:
- Air diisi ke dalam beg plastik sehingga 3/4 penuh.
- Benih ikan yang telah dikira dimasukkan ke dalam air.
- Gas oksigen dipam masuk ke dalam beg plastik sehingga kembung (penuh udara).
- Beg plastik diikat kemas dengan gelang getah.
- Sedia untuk diangkut hidup ke destinasi.
Ini la first time masuk ke zoo free of charge sebabnya atas urusan kerja. Kerja-kerja memasukkan benih ikan ke dalam kolam bukan semudah yang disangkakan.
Bekerja dengan makhluk hidup ni perlu ikut Standard Operating Procedure (SOP). Nak masukkan benih ke dalam kolam pun ada caranya:
Penjaga Zoo Taiping |
- Mula-mula buka ikatan plastik dan rendam plastik dalam air kolam selama setengah jam. Tujuannya untuk membiasakan benih ikan berkenaan dengan suhu air yang baru.
- Masukkan air kolam ke dalam plastik dan keluarkan benih ikan perlahan-lahan (bukan terus campak je).
Proses melepaskanbenih ikan ke dalam kolam |
Gembira hati bila melihat benih ikan berkenaan berenang dengan baik. Semoga kalian cepat besar ya..
Kisah Diari Praktikal Mizz Aiza:
- Part 1 (Praktikal di PPA Enggor, Perak)
- Part 2 (Mandi Lumpur Kolam Ikan)
- Part 3 (Jom Biakkan Ikan Keli Sendiri)
- Part 4 (Jom Buat Artemia Sendiri)
- Part 5 (Budi Baik Sentiasa dikenang Jua)
- Part 6 (Sesi Mengenali Bos - Family Day)
- Part 7 (Karnival Sure Heboh Ipoh, Perak)
- Part 8 (Memukat Sepat)
- Part 10 (Sepucuk Surat Cinta)
- Part 11 (Lawatan Ke PPBUK di Pulau Sayak, Kedah)
- Part 12 (Lawatan ke Kolam Ternakan Ikan Keli di Kg. Teras, Ijok)
- Part 13 (Jalan-jalan Pulau Pinang)
- Part 14 (Trip ke ladang Ikan Hiasan di Sg. Siput, Perak)
- Part 15 (Memungut Rumpai Air di Kuala Sepetang)
- Part 16 (Bercuti di Selama, Perak)
- Part 17 (Last Day di PPA Enggor, Perak)
^_^
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi komen.. ^_^