14 Julai 2003
Surat Cinta |
Lelaki tu macam berharap sesuatu dari aku. Aku buat siasatan, rupa-rupanya dia dah kahwin dan dah ada 3 orang anak yang masih kecil. Anak sulungnya dah masuk darjah 1 pun. Sebelum ni aku selalu tengok dia hantar budak tu ke sekolah dengan kereta, dia cakap budak tu anak sedara dia.
Sebelum ni, aku perasan juga dia selalu ambil perhatian apa sahaja yang aku teringin. Pernah aku nyatakan keinginan untuk makan buah durian dan rambutan, keesokan harinya memang dia bawa buah-buah tu. Katanya buah dari dusun miliknya sendiri.
Dia pernah bawa juadah kenduri cukur rambut baby baru lahir. Katanya kakaknya baru lepas bersalin anak lelaki. Rupa-rupanya setelah siasatan dijalankan, isterinya yang baru je lepas bersalin anak ketiga, kiranya dalam pantang lagi la.
Rumahnya dekat dengan Pusat Perikanan kami jugak. Menakutkan juga bila dia tunggu aku kat depan pintu pagar ke rumah. Aku yang kepenatan balik dari kerja berasa terkejut. Dia ajak aku keluar, tapi aku menolak dengan baik.
Akhirnya aku luahkan kepada bos. Alhamdulillah bos memahami dan mula melindungi kami semua. Bos akan pastikan dia tidak bekerja secara langsung dengan aku. Setelah aku nyatakan padanya aku mengetahui mengenai status dia sebagai seorang suami, dia mula malu dan menjauhkan diri.
Yang kelakarnya sebelum tamat praktikal aku dan kawan aku memberanikan diri ke rumahnya. Terkejut mukanya bila tengok aku. "Saya cuma nak ucapkan terima kasih kepada suami akak sebab sudi mengajar saya sepanjang menjalani latihan praktikal di sini." Berani betul aku berbual dengan isteri dia, nasib baik aku tak buka rahsia tu.
Kisah Diari Praktikal Mizz Aiza:
- Part 1 (Praktikal di PPA Enggor, Perak)
- Part 2 (Mandi Lumpur Kolam Ikan)
- Part 3 (Jom Biakkan Ikan Keli Sendiri)
- Part 4 (Jom Buat Artemia Sendiri)
- Part 5 (Budi Baik Sentiasa dikenang Jua)
- Part 6 (Sesi Mengenali Bos - Family Day)
- Part 7 (Karnival Sure Heboh Ipoh, Perak)
- Part 8 (Memukat Sepat)
- Part 9 (Menghantar Benih Tilapia ke Zoo Taiping)
- Part 11 (Lawatan Ke PPBUK di Pulau Sayak, Kedah)
- Part 12 (Lawatan ke Kolam Ternakan Ikan Keli di Kg. Teras, Ijok)
- Part 13 (Jalan-jalan Pulau Pinang)
- Part 14 (Trip ke ladang Ikan Hiasan di Sg. Siput, Perak)
- Part 15 (Memungut Rumpai Air di Kuala Sepetang)
- Part 16 (Bercuti di Selama, Perak)
- Part 17 (Last Day di PPA Enggor, Perak)
^_^
haha..berani ya kak jumpa isteri dia..tapi kalau nak ucap terima kasih bagus ja..hehe..
ReplyDelete