01 July 2011

Diari Praktikal Mizz Aiza - Part 6 (Sesi Mengenali Bos - Family Day)

14 Jun 2003 (7.00 pagi)

Hari ini sesi mengenali bos dengan lebih rapat. Kami panggil dia En. Hamzah. Muka nampak serius, rupa-rupanya baik giler. Tak sangka isterinya datang ke kuarters kami untuk berkenalan. Isteri bos merupakan seorang pendidik di sekolah rendah. Anak bongsunya masih sekolah TADIKA Islam.

Rupa-rupanya hari ni ada event Hari Keluarga di TADIKA Islam tempat anak bos sekolah. Bos dan isterinya merupakan AJK kepada Hari Keluarga tu. Isteri bos mengajak kami semua follow mereka sekeluarga. Memandangkan  hari ini kami tiada aktiviti lain, so kami ambil  peluang mengikuti mereka. Task aku jaga  booth dan tolong jual buku-buku agama. Sambutan menggalakkan, jualan laris.

Buku-buku laris dijual
Buku-buku laris dijual
Kenangan beramah mesra dengan anak bos yang suka menangis tak dapat dilupakan. Muka dia memang masam giler macam muka bapak dia juga, tapi comel. Kawan-kawan aku pandai je amik hati budak tu sehingga akhirnya dia boleh mesra dengan kitaorang.

Akhirnya anak bos mesra dengan kitaorang
Akhirnya anak bos mesra dengan kitaorang

Kisah Diari Praktikal Mizz Aiza:

^_^

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen.. ^_^