05 July 2011

Diari Praktikal Mizz Aiza - Part 8 (Memukat Sepat)

7 Julai 2003

Minggu ini bos membawa aku and the gang memukat ikan di sekitar lombong tinggal berdekatan kilang kicap Tamin. Tak sangka dalam lombong tinggal pun boleh ada ikan. Jam 9.00 pagi kami bertolak ke lokasi  dengan menaiki van Jabatan Perikanan (jarak dari Pusat Perikanan lebih kurang 5 km je kot). 

Peralatan utama yang dibawa semestinya bot, pukat dan baldi. Kami berpakaian sukan dan selipar aje. Tukang masak Pusat Perikanan kami telah menyediakan menu untuk makan tengahari (nasi putih, ikan masak merah dan ulam bersama sambal belacan). Macam nak pegi picnic kat situ plak. 

Tiba di tebing tasik, bot diturunkan ke dalam air. Bos mengarahkan kami mengenakan jaket keselamatan dan masuk ke dalam bot. Sampan didayung hingga ke seberang tasik dan pukat dipasang di tepian. Guni-guni yang berisi hampas soya kelihatan di tepian tasik mengeluarkan bau masam. 

Bersedia turun ke lombong
Bersedia turun ke lombong
Hampir setengah jam mengelilingi tasik, pukat dipasang dengan berhati-hati disebabkan banyak tunggul kayu di dalam air. Memang seronok bekerja sambil berbual-bual dengan staf-staf yang peramah. Rupa-rupanya secara semulajadinya memang ikan Sepat Siam hidup dalam keadaan air yang sedikit berasid. Patut la air kat sini bau masam. 
Memasang pukat
Memasang pukat
Penat menunggu kami kembali melepak di tebing tasik. Sedap menjamu selera sementara menunggu pukat mengena. Semua staf di pusat ini lelaki kecuali aku dan 3 orang rakan perempuan. Memang seronok mereka menyakat kami.

Picnic di Taman Tasik Tamin
Picnic di Taman Tasik Tamin
Sejam kemudian kami turun semula mendayung ke tempat pukat dipasang. Pukat diangkat perlahan-lahan dan hasilnya ikan Sepat Siam diperolehi. Ikan-ikan berkenaan diletak dalam baldi berisi sedikit air. Lumayan hasil hari ini. 

Gembira betul hari ini. Bos mengajak kami pulang memandangkan matahari mula membahang. Semasa mengangkat bot naik ke tebing, alangkah terkejut aku melihat beberapa ekor lintah melekat di bawah bot. Ni la first time akua tengok lintah secara realiti, selalu tengok kat dalam TV je. Makhluk parasit yang geli. 

Ikan Sepat yang ditangkap dibawa balik untuk dibiakkan dalam tangki dan kolam. Pulang ke rumah, aku buat sedikit kajian asas mengenai ikan Sepat Siam untuk dimuatkan dalam laporan praktikal: 

Ikan Sepat
Ni hasil tangkapan

Nama Tempatan : Ikan Sepat Siam
Nama Saintifik : Trichopodus pectoralis
Habitat:  Kawasan paya, danau, sungai dan parit-parit yang berair tenang serta sawah padi
Makanan : Air dan lumut

*********************************************************************************

Tukang masak PPA Enggor mengajar aku cara memasak resipi Ikan Sepat Goreng Berlada. Mudah je nak sediakan. Jom masak..

Ikan Sepat Goreng Berlada

Bahan-bahannya:
5 ekor ikan Sepat Siam (dibersihkan dan digoreng dengan garam kunyit)
10 biji cili padi (ditumbuk kasar)
5 tangkai cili kering*
8 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
(* bahan dikisar)
1 sudu besar air asam jawa
Minyak masak 
Gula
Garam

Cara membuat:
1. Ikan Sepat Siam digoreng garing dan diketepikan.
2. Tumis cili padi dan bahan kisar sehingga garing. 
3. Tambahkan air asam jawa dan gula serta garam secukup rasa
4. Tuangkan ke atas ikan Sepat Siam yang telah digoreng. Sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen.. ^_^