30 November 2011

Durian Buah power?

Assalamualaikum,

Tadi petang masa aku balik dari keje aku ikut jalan biasa. Tiba-tiba ternampak something bergolek dari bahagian kiri jalan. 'Gedegang'!! Bunyi bahagian bawah kereta aku. Memang dah tak sempat nak mengelak benda tu.

Tengok kat side mirror, nampak la apa ke bendanya. Rupa-rupanya buah durian yang telah selamat dilanggar tadi. Stop kat stesen minyak jap. Check kat bahagian bawah kereta, nasib baik takde apa-apa. Cuak jugak tadi. Buah durian saper la yang sesat kat tengah-tengah pekan yang sesak ni? 


Cakap pasal durian, dah lama aku tak makan durian. Aku takde la suka sangat durian ni. Ada pun ok, takde pun takpe. Durian fresh memang lazat dimakan begitu saja, tapi mual juga kalau terlebih makan. Sekarang ni banyak plak produk nilai tambah berasaskan durian dihasilkan dengan inovasi. 

Teringat dusun Datuk aku di kampung. Dah lama tak balik, sekarang ni banyak sangat kerja dan susah nak cuti. Insya Allah nak juga balik kampung menjenguk opah walaupun datuk dah lama meninggal. Balik sebab silraturrahim, bukan hanya sebab durian. 

26 November 2011

Janganlah Nak Jadi Gila

Assalamualaikum,

Jika berbicara tentang perasaan, terlalu banyak emosi yang bersarang dalam diri seseorang. Perasaan marah, sayang benci, rindu cemburu dan banyak lagi silih berganti dalam diri mengikut perubahan situasi. 

Stress..
Perasaan-perasaan berkenaan menyumbang kepada tekanan jika tidak diuruskan dengan baik. Di sini ingin aku kongsikan beberapa tips mengurangkan tekanan perasaan: 
  • Sentiasa bersikap positif di dalam menghadapi tekanan. 
  • Redha menerima suratan takdir kerana kita tidak menjangka ianya akan berlaku. 
  • Bersikap tegas terhadap perasaan, jangan terlalu menyalahkan diri sendiri. 
  • Melakukan senaman secara konsisten untuk proses peredaran darah yang baik dari otak ke seluruh badan. 
  • Mendekatkan diri dengan Maha Pencipta. Bagi seorang Muslim, bersolat dan berdoa merupakan salah satu kaedah meditasi yang baik. 
  • Mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat. 
  • Pengurusan masa yang berkesan serta berjadual. 
  • Berani berkata tidak kepada sesuatu perkara yang boleh menyebabkan tekanan. 
  • Memperuntukkan masa untuk melakukan hobi dan aktiviti kegemaran. 
  • Rehat dan tidur yang mencukupi. Badan kita memerlukan masa untuk pulih dari tekanan. 
  • Elakkan mengambil alkohol, rokok atau dadah untuk mengurangkan tekanan. 
  • Menghabiskan masa bersama orang-orang tersayang (sokongan sosial)
  • Jangan malu untuk berjumpa pakar psikologi bagi membincangkan mengenai kaedah pengurusan tekanan yang baik. 

24 November 2011

TNB Punya Pasal

Assalamualaikum, 

Seperti biasa, jam 6.00 petang aku bertolak keluar dari ofis. Hari ini agak penat coz kena selesaikan banyak benda. Seawal jam 6.45 pagi tadi aku sudah menyusuri jalanraya dari Semenyih ke Putrajaya. Seharian berkejar pelbagai tugasan yang tak pernah habis.

Masa mula-mula keluar ofis tadi, aku takde la rasa penat sangat melalui Lebuh Raya Kajang Silk. Tetapi masa exit Semenyih je kereta bergerak slow macam semut. Perjalanan yang sepatutnya 15 minit jadi sejam setengah. Jam 8.00 malam baru aku tiba di halaman rumah. Rasa macam nak tercabut je kaki ni, nasib baik kereta auto.
Sekatan ni la menyebabkan jam
Rupa-rupanya jam tadi disebabkan oleh pembaikan kabel oleh TNB dekat dengan susur masuk ke taman perumahan ke rumah aku. Patut la masa aku lalu di sepanjang jalan tadi nampak Stesen Minyak Shell black out. Lampu jalan dan traffic light pun tak menyala. 

Pada pendapat aku, kalau nak buat pembaikan kabel atau apa-apa penyelenggaraan tak salah. Cuma pihak yang berkenaan perlulah berpada-pada. Memang mereka silap sebab tak selesaikan kerja dan tutup jalan di waktu pick hour orang balik kerja. Disebabkan mereka rakyat susah dan menderita. 

13 November 2011

Jom Buat Jem Rambutan

Assalamualaikum,

Buah rambutan merupakan salah satu dari pelbagai jenis buah-buahan tempatan. Pelbagai produk nilai tambah yang boleh dihasilkan dari buah yang rasanya manis bersari ini. Jom cuba buat sendiri jem rambutan hanya menggunakan buah rambutan dan bahan-bahan yang memang dah tersedia di dapur. 

Buah Rambutan
Bahan-bahan:

Buah rambutan (dikopek dan diambil isi sahaja)
Gula pasir

Cara membuatnya:
  1. Kisar isi rambutan sehingga hancur.
  2. Kemudian masak dalam periuk sehingga pekat (dengan api yang slow). Kacau sekali-sekala untuk elakkannya hangit.
  3. Setelah pekat, tambahkan gula pasir secukup rasa. Sejukkan dan simpan di dalam botol kedap udara.
  4. Sedia untuk dimakan bersama roti ketika breakfast atau minum petang.

Sedap dimakan dengan roti dan sewacan teh ketika minum petang

07 November 2011

Keperluan Kalori Seharian

Assalamualaikum,

Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan. Pemakanan yang tidak seimbang boleh menyumbang kepada risiko pelbagai penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Keperluan kalori seharian yang tepat adalah perlu.

Keperluan Kalori Seharian
Keperluan Kalori Seharian (Gambar hiasan) - fimela.com
Berapakah keperluan kalori seharian yang diperlukan oleh badan kita? Berikut disenaraikan beberapa jenis makanan mengikut kalori: 

1. Kalori Makanan Rutin
  • Nasi putih (satu setengah cawan) - 260 kalori 
  • Nasi lemak bersambal (sepinggan) - 400 kalori 
  • Nasi goreng bertelur (sepinggan) - 635 kalori 
  • Nasi briyani berayam (sepinggan) - 880 kalori 
  • Nasi minyak kosong (sepinggan) - 445 kalori 
  • Nasi ayam kosong (sepinggan) - 300 kalori 
  • Mee goreng kosong (sepinggan) - 660 kalori 
  • Mee sup (semangkuk) - 380 kalori 
  • Mee hoon goreng (sepinggan) - 550 kalori 
  • Roti putih (2 keping) - 156 kalori 
  • Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) - 200 kalori 
  • Capati tanpa kuah (sekeping) - 180 kalori 
  • Pau ayam (sebiji) - 203 kalori 
  • Emping jagung kosong (secawan) -160 kalori 
2. Kalori Lauk Pauk
  • Ikan kembung kari berkuah (seekor) - 85 kalori 
  • Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) - 142 kalori 
  • Ikan kembung goreng (seekor) - 140 kalori 
  • Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) - 210 kalori 
  • Daging lembu kari (2 kotak mancis) - 130 kalori 
  • Ayam kari berkuah (sepotong) - 250 kalori 
  • Ayam goreng (sepotong) - 255 kalori 
  • Ayam tandoori (sepotong) - 220 kalori 
  • Sambal udang (setengah cawan) - 70 kalori 
  • Sambal sotong (setengah cawan) - 55 kalori 
  • Telur goreng (sebiji) - 110 kalori 
  • Tauhu goreng (sekeping) - 110 kalori 
  • Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) - 40 kalori 
3. Kalori Buah-buahan
  • Epal (sebiji) - 63 kalori 
  • Tembikai (sepotong) - 20 kalori 
  • Jambu batu (sebiji) - 110 kalori 
  • Nenas (sepotong) - 59 kalori 
  • Ciku (sebiji) - 44 kalori 
  • Mangga (sebiji) - 103 kalori 
  • Betik (sepotong) - 45 kalori 
  • Pisang emas (2 biji) - 76 kalori 
  • Durian (5 ulas) - 64 kalori 
  • Limau (sebiji) - 42 kalori 
4. Kalori Minuman
  • Minuman berkabonat 1 tin (285g) - 120 kalori 
  • Minuman kotak (250g) - 105 kalori 
  • Susu tepung penuh krim (1 sudu makan) - 33 kalori 
  • Susu tepung tanpa lemak (1 sudu makan) - 25 kalori 
  • Aiskrim (2 skop) - 390 kalori 
  • Susu pekat manis (1 sudu makan) - 71 kalori 
5. Kalori Kuih muih
  • Kasui berkelapa parut (sekeping) - 160 kalori 
  • Kuih lapis (sekeping) - 130 kalori 
  • Bingka ubi (sekeping) - 220 kalori 
  • Cekodok pisang (sebiji sederhana) - 180 kalori 
  • Popia goreng (satu) - 130 kalori 
  • Popia basah (satu) - 95 kalori 
  • Pisang goreng (sekeping) - 170 kalori 
  • Kek biasa tanpa krim (sepotong) - 87 kalori 
  • Karipap (sebiji) - 130 kalori 
  • Sandwich sardin (sekeping) - 70 kalori 
  • Bubur kacang (semangkuk) - 100 kalori 
6. Kalori Makanan Segera
  • Peha ayam goreng (satu) - 130 kalori 
  • Nugget ayam (satu) - 60 kalori 
  • Kentang lecek (satu tub kecil) - 90 kalori 
  • Sayur kobis hancur (satu tub) - 75 kalori 
  • Burger keju (satu) - 425 kalori 
  • Kentang goreng (satu kantung kecil) - 405 kalori 
  • Sate ayam (secucuk) - 35 kalori 
  • Pizza berkeju (sepotong) - 240 kalori 
  • Yogurt rendah lemak (1 cawan) - 90 kalori 
  • Mentega (2 sudu teh) - 75 kalori 
  • Keju chedar (1 keping) -58 kalori
Berikut adalah bilangan sajian makanan mengikut keperluan kalori seharian badan kita: 

Kumpulan Makanan1500 kkal/hari  12000 kkal/hari  22500 kkal/hari  3
Bijirin4 sajian6 sajian8 sajian
Buah-buahan2 sajian2 sajian2 sajian
Sayur-sayuran3 sajian3 sajian3 sajian
Daging/Ayam


Ikan

Kekacang
½ sajian


1 sajian

½ sajian
1 sajian


1 sajian

1 sajian
2 sajian


1 sajian

1 sajian
Susu dan produk tenusu1 sajian2 sajian3 sajian
1 Sesuai bagi wanita yang tidak aktif dan warga emas
2 Sesuai bagi kanak-kanak, remaja perempuan, wanita yang sederhana aktif dan lelaki yang tidak aktif
3 Sesuai bagi lelaki aktif, wanita yang sangat aktif, remaja lelaki dan wanita serta lelaki yang kurang berat badan
Oleh itu, buatlah pilihan yang betul berdasarkan keperluan kalori seharian tubuh anda. Jangan lupa untuk seimbangkan pemakanan dengan juga mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti bersenam dan tidak merokok. 

Diolah dari sumber maklumat: http://www.myhealth.gov.my/

03 November 2011

Tips Ubati Hati yang Luka

Assalamualaikum,

Bertemu, berkasih-sayang dan berpisah menjadi lumrah kehidupan. Aku melihat banyak perpisahan yang menyebabkan seseorang itu menjadi semakin down. Ada yang lebih malang sanggup mengakhiri nyawa sendiri dengan mengambil keputusan membunuh diri.


Jangan buat keputusan terburu-buru, kelak diri yang rugi. Renung dan cuba praktikkankan tips-tips berikut:
  • Anda tidak keseorangan jika ditinggalkan kekasih. Belajar menyintai diri sendiri dan Allah SWT terlebih dahulu, pasti tenang. 
  • Menerima qada dan qadar Allah dengan seadanya. Pasti ada hikmah di sebalik perpisahan yang terjadi. 
  • Menerima kelebihan dan kekurangan diri kita dengan seadanya. Usah bandingkan kekurangan diri kita dengan kelebihan insan lain. 
  • Jadikan perpisahan sebagai pembakar semangat bagi membuktikan kepada si Dia bahawa kita pun boleh berdiri sendiri tanpa sokongan dia. 
  • Jadikan sejarah yang lalu sebagai pengalaman dan pengajaran. Terus melangkah ke hadapan untuk mencipta kejayaan dan kegembiraan. Jangan menoleh ke belakang lagi. 
  • Doa senjata orang mukmin. Selalu berdoa agar Allah SWT tenangkan hati dan kurniakan kepada kita pengganti yang lebih baik dari si Dia. 

01 November 2011

Kenapa Perlu Kurus


Assalamualaikum,

Kenapa perlu kurus? Terdapat segelintir wanita berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan. Pelbagai cara telah digunakan untuk mendapatkan bentuk badan idaman, namun semua usaha hanya sia-sia sahaja.

Kenapa Perlu Kurus
Kenapa Perlu Kurus (Gambar hiasan) - lefunny.net
Tentu setiap wanita juga mengimpikan bentuk badan yang kurus dan seimbang. Sebab-sebab kenapa perlu kurus adalah seperti berikut:

1. Kurus untuk kesihatan yang baik
Risiko untuk mendapat penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi atau kencing manis dapat dikurangkan jika badan kurus. 

2. Kurus untuk menjimatkan perbelanjaan
Jika badan gemuk, makan pun pasti  berselera besar. Membeli belah barangan dapur pun tentu banyak (termasuk beras dan makanan rapu). 

3. Kurus untuk menjimatkan duit petrol 
Berat badan berlebihan menyebabkan bebanan kepada kereta. Pasti terpaksa  tekan minyak lebih untuk menggerakkan kereta. 

4. Kurus untuk meningkatkan keyakinan diri
Estim diri pasti akan bertambah bila berada di sekeliling orang lain. Panggilan  'kakak' atau 'makcik' dapat dilenyapkan. Di samping itu, mudah mencari pasangan hidup dan mendapatkan pekerjaan.

5. Kurus untuk memberi kepuasan kepada diri sendiri 
Satu kepuasan jika dapat mencapai sasaran yang kita impikan. Cabaran paling besar dalam hidup si gemuk adalah di saat perpisahan dengan makanan kegemarannya. 

6. Kurus untuk keselesaan diri
Ketika gemuk pasti terpaksa memakai baju bersaiz XL atau XXL. Setelah kuruskan badan pasti anda akan dapat memakai baju kegemaran anda.
7. Kurus untuk memudahkan pergerakan 
Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan awam seperti bas atau LRT tentunya perlu bersesak dengan orang ramai. Apabila kurus pasti memudahkan pergerakan dan jika tempat yang hendak dituju dekat boleh sahaja berjalan kaki.
Oleh itu, perkara pertama yang perlu dilakukan jika hendak kurus adalah berazam dan fikirkan bahawa hanya kita yang mampu mengubah diri kita. Lakukanlah dengan perlahan tetapi konsisten. Ingatlah bahawa ''mencegah itu lebih baik daripada mengubati''.