19 April 2014

Kisah Lawak Cari Kerja

Assalamualaikum, 

Kali ini dikongsikan beberapa kisah lawak cari kerja.

Kisah Lawak Cari Kerja
Kisah Lawak Cari Kerja (Gambar hiasan) - fotolucu.web.id
Kisah 1 : Pegawai keselamatan
Suatu hari Joe Jambul menghadiri sesi temuduga sebagai pegawai keselamatan di sebuah syarikat kawalan keselamatan. 
Penemuduga : "Adakah kamu seorang yang pemalas?"
Joe Jambul : "Tidak tuan.."
Penemuduga : "Adakah kamu seorang yang bodoh?"
Joe Jambul : "Tidak tuan.."
Penemuduga : "Bagus, adakah kamu seorang yang lemah?"
Joe Jambul : "Tidak tuan.."
Penemuduga : "Jadi kamu memang tiada kelemahan dalam kerja ini. Apakah kelemahan kamu?"
Joe Jambul : "Saya suka berbohong tuan.."
Penemuduga : "Cis, ingat ke kamu ni bagus sangat???!!!"

Kisah 2 : Lanun
Seorang lelaki bernama Jack berkaki kudung, tangan bercangkuk dan bermata satu hadir ke sesi temuduga sebagai lanun. 
Penemuduga : "Bagaimana kaki kamu boleh kudung?"
Jack : "Cedera ketika perang dunia kedua."
Penemuduga : "Kenapa tangan kamu bercangkuk?"
Jack : "Terpotong dengan pisau besar!"
Penemuduga : "Mata kamu pula?"
Jack : "Suatu hari ketika hujan saya mendongak ke langit. Tiba-tiba seekor burung menjatuhkan najisnya ke mata saya."
Penemuduga : "Adakah kerana itu mata kamu rosak?"
Jack : "Bukan itu sebabnya. Mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk untuk membuang najis itu."

Kisah 3 : Borang Kerja Kosong
Sudah berkali-kali Seman mengisi borang kerja kosong, namun tidak pernah mendapat pekerjaan. Dia mendapat idea untuk mengisi borang dengan teknik baru supaya permohonannya kali ini diberi perhatian oleh pihak syarikat. 
Name : Seman
Age : Still young
Sex : Never. Still under age
Religion : I only have experience praying my cat which dead 2 years before
Race : I love to race. How u know?
Nationality : I don’t like National. I prefer Sanyo
IC No. : 6735
Tel No. : My house no telephone
HP No. : Nokia 3310
Address : Jelutong, Penang
City : Nurhaliza?
Postcode : I never post anything
Country : I love travel to London
Status : Secret
Email Address : Hotmail
Education Background : My teacher said, not bad
Working Experience : Last time I got sell pirate VCD
Father’s Name : Daddy
Father’s IC No. : U ask him
Mother’s Name : Mummy
Mother’s IC No. : U ask her
Expected Salary : As much as u can pay
When can start work? : Depends on my mood
Highest Qualification : Very high
Grade : Also very high
College/University : College
Signature : Can I use chop??

Selamat berhujung minggu kepada anda semua.. 

Diolah dari sumber : marcosdoisey.blogspot.com/ ; lawakkisah.blogspot.com/

^_^

18 April 2014

Membuat Keputusan

Assalamualaikum, 

Setiap hari pasti kita perlu membuat keputusan bermula dari sekecil-kecil perkara seperti memilih pakaian atau makanan sehinggalah perkara yang besar seperti memilih jodoh. Setiap pilihan yang ada akan dipertimbangkan buruk dan baik berdasarkan kepada nilainya.

Membuat Keputusan
Membuat Keputusan (Gambar hiasan) - proswrite.com
Misalnya ketika hendak memilih makanan yang sesuai untuk dimakan di meja makan. Jika mementingkan nilai keseronokan, tentu pilihan kita adalah makanan lazat. Namun jika kita menitikberatkan nilai kesihatan pasti kita akan memilih makanan berzat. 

Manakala orang yang mementingkan nilai keimanan tentu akan memilih makanan yang berkat. Oleh itu, buatlah keputusan yang terbaik berdasarkan kepada nilai-nilai yang kita pegang. Hanya kita yang mampu memilih yang terbaik berdasarkan keperluan kita.

*Nota: Terasa rindu untuk menulis kerana hampir seminggu blog ini tidak dibuka. Pelbagai masalah yang melanda alhamdulillah berjaya diselesaikan. Mohon maaf kerana tidak membalas kunjungan dari rakan blogger, insya-Allah kunjungan anda akan dibalas bermula hari ini. 

^_^

10 April 2014

Terima Kasih Blogger Kathy

Assalamualaikum,

Sijil Penghargaan Blogger, penanda buku dan buku nota comel ini diterima dari blogger Kathy kerana telah menjadi Top of the Top Komentator Blog Coretan Hati Kathy dan Blog Diari Resipi bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2014.

Terima Kasih Blogger Kathy

Blogger Kathy mempunyai 3 blog iaitu Coretan Hati Kathy, Hasil Penaku dan Diari Resipi. Blog Coretan Hati Kathy memaparkan mengenai perkongsian pengalaman hidup, tutorial membina serta mencantikkan blog dan terdapat juga doodle.

Blog Diari Resipi pula adalah mengenai tips dan resipi yang menarik. Hasil karya beliau yang terdiri daripada e-Novel dan puisi boleh dibaca dalam blog Hasil Penaku. Jika berkelapangan bolehlah singgah di blog beliau.

*Nota: Alhamdulillah dan terima kasih di ucapkan kepada blogger Kathy kerana sudi memberikan penghargaan ini. 

^_^

Satu Situasi Dua Pandangan Berbeza

Assalamualaikum, 

Setiap manusia pastinya mempunyai latar belakang serta pengalaman hidup yang berbeza. Hinggakan cara berfikir juga berlainan. Walaupun dua individu dilahirkan kembar seiras, pasti ada perbezaan cara mereka berfikir. 

Sebelum ini pernah diceritakan mengenai kisah lihat dengan mata hati. Begitu juga dengan kehidupan kita yang selalu ditafsir dari satu sudut pandangan sahaja. Cuba lihat beberapa imej di bawah dan nyatakan apakah gambar yang anda nampak?

Dua Pandangan Berbeza
1. Pasu bunga bewarna putih atau wajah dua lelaki? - common wikimedia.org
Dua Pandangan Berbeza
2. Itik atau arnab? - brainden.com
Dua Pandangan Berbeza
3. Kapal layar atau gadis tersenyum? - moillusions.com
Tentu anda akan nampak dua imej yang berbeza dalam setiap gambar di atas. Sebenarnya ianya bergantung kepada perspektif mana kita melihatnya. Begitu juga dalam kehiduapan kita, seharusnya ia dilihat serta dinilai dari pelbagai pandangan berbeza

Oleh itu, jangan membuat kesimpulan berdasarkan apa yang kita lihat atau dengar secara luaran. Gunakanlah mata hati untuk melihat dan menilai dari pelbagai pandangan berbeza. Adakalanya kita harus meletakkan diri di dalam situasi itu untuk lebih memahaminya.

^_^

09 April 2014

3rd Anniversary Giveaway by ChipmunkandBarney

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Pejam celik, pejam celik. Tanggal 8 April 2014 maka genaplah tiga tahun. Bersempena birthday blog yang ke tiga tahun ini, I dengan sukacitanya menjemput anda dan anda untuk memeriahkan lagi giveaway ini. 


Syarat-syaratnya adalah seperti berikut :

1.    Follow SINI, Like SINI dan Add To Google+ SINI.
2. Buat satu entri yang bertajuk 3rd Anniversary Giveaway by ChipmunkandBarney.
3.   Copy code yang disediakan dan paste di ruangan HTML.
4.   Tinggalkan URL Penyertaan di ruangan anda di ruangan komen. 

Untuk hadiah-hadiah yang ditawarkan, uolls boleh lihat di SINI. Dan InsyaAllah, hadiah-hadiah tersebut mungkin akan bertambah. 

Tarikh Tutup : 11 May 2014 (11.59 malam)

^_^

AWESOME GIVEAWAY BY KIERA RASHID

Assalamualaikum,

Giveaway ini dianjurkan oleh blogger Syakirah Rashid (Kiera). 

Boleh klik banner di atas untuk mengikuti segmen ini

***********************************
REVIEW KHAS QUEENARA ACCESORIES
Anda peminat tegar aksesori. Dan sedang mencari aksesori yang sangat gojes tapi murah? Jangan risau, @Queenara Accesories adalah jawapannya. :D Dan yang paling best, ada free gift tu!! Mari cuci mata dan beli ^____^
*Tiada instagram dan twitter
^_^ 

Kisah di Jaya Jusco

Assalamualaikum,

Baru-baru ini anak saudaraku bersama dua rakan kolejnya keluar membeli barangan di Jaya Jusco dengan menaiki kereta rakannya. Setelah selesai membeli-belah, mereka keluar menuju ke mesin Autopay untuk membayar parking

Kisah di Jaya Jusco (Gambar hiasan) - thestar.com.my
Tiket parking dimasukkan, jumlah yang perlu dibayar sebanyak RM2.50. Setiap orang mengeluarkan duit kertas RM1.00 untuk dimasukkan ke dalam mesin Autopay. Apabila dimasukkan kepingan RM1.00 yang ketiga, mesin itu menolaknya. 

Duit kertas RM5.00 yang cuba dimasukkan juga ditolak keluar. Mereka bertiga menggeledah beg masing-masing untuk mencari syiling 50 sen. Akhirnya hanya 40 sen yang berjaya dikumpul. "Sesiapa ada 10 sen?" soal rakan anak saudaraku kepada orang yang beratur.

Semuanya hanya buat tidak tahu sahaja, sedangkan barisan menjadi semakin panjang. Akhirnya seorang lelaki menghulurkan duit 10 sen dengan wajah yang masam mencuka. Agaknya dia berasa penat terpaksa beratur dan menunggu lama.

*Nota: Betapa pentingnya duit 10 sen kepada mereka yang memerlukan. Sebelum ini pernah diceritakan Kisah di 99 Speedmart mengenai pelanggan yang meminta baki duit 5 sen dari juruwang kaunter pembayaran. 

^_^

08 April 2014

Yang Terindah dalam Hidup

Assalamualaikum,

Perkara yang terindah dalam hidup pastinya di saat kita mendapat apa yang kita impikan. Namun tanpa disedari kita mungkin telah mengorbankan perasaan kita atau orang yang tersayang demi mengejar impian dan menggapai mimpi indah. 

Yang Terindah dalam Hidup
Yang Terindah dalam Hidup (Gambar hiasan) - wallpaperweb.org
Sebelum ini dibincangkan mengenai hati bahagia. Nikmat kaya dan senang tidak semestinya membuatkan kita berasa tenang dan bahagia. Kerana semua perkara yang terindah itu hanyalah pinjaman dari Allah SWT. Pasti suatu masa ianya akan kembali kepada Allah SWT.

Sebenarnya tanpa disedari kita telah pun menemui perkara yang terindah dalam hidup kita. Misalnya walaupun miskin kita diberikan kesihatan yang baik. Oleh itu, bersyukur dan hargailah nikmat kurniaan Allah SWT walaupun sedikit.  

*Nota: Yang terindah dalam hidup seorang manusia bukanlah di saat dia tersenyum bahagia, tetapi di saat air matanya jatuh di dalam setiap doa dan sujudnya. 

^_^

Makanan Kekalkan Perut Kempis

Assalamualaikum,

Selain daripada melakukan olahraga secara teratur, pengambilan makanan yang bersesuaian merupakan salah satu faktor untuk mengekalkan perut yang kempis. Sebelum ini telah dibincangkan mengenai cara kawal makan untuk kurus

Makanan Kekalkan Perut Kempis
Makanan Kekalkan Perut Kempis (Gambar hiasan) - yourwellness.com
Beberapa makanan yang boleh diamalkan bagi mengekalkan perut kempis adalah seperti berikut: 

1. Brokoli untuk perut kempis
Brokoli adalah sayur yang enak dimasak dengan pelbagai cara. Pengambilan brokoli secara rutin dapat melancarkan sistem pencernaan di samping meningkatkan metabolisme badan kita.

2. Jus buah-buahan untuk perut kempis
Jus buah-buahan sesuai diminum untuk mengekalkan perut kempis adalah seperti epal, lobak merah, buah-buahan beri, oren, tomato, anggur dan betik. Perut kita akan berasa kenyang lebih lama. 

3. Yogurt untuk perut kempis
Perut akan kembung apabila terdapat banyak asid di dalamnya. Kandungan probiotik yang terdapat dalam yogurt boleh membunuh bakteria jahat di dalam usus dan melancarkan sistem pencernaan anda. 

4. Teh untuk perut kempis
Minum teh hitam atau teh hijau dua hingga tiga kali seminggu dapat mendinginkan perut dan melancarkan proses pencernaan. Namun teh tidak boleh diminum setiap hari kerana mungkin akan menyebabkan sembelit. 

5. Agar-agar untuk perut kempis
Agar-agar diperbuat daripada rumpai laut dan memberikan rasa dingin pada perut. Pengambilannya dapat melancarkan pencernaan serta memenuhi keperluan serat di dalam badan. 

Oleh itu, bolehlah mencuba mengambil makanan di atas bagi mengekalkan perut yang kempis. Selain daripada faktor pemakanan, elakkan minum ais dan makan berselang dengan minum air bagi mengelakkan perut buncit.

Diolah dari sumber: Majalah Mingguan Wanita

^_^

07 April 2014

Nombor Plat Kereta Hilang

Assalamualaikum, 

Kejadian ini disedari pada pagi Sabtu ketika hendak keluar berhujung minggu di luar rumah. Nombor plat hadapan kereta telah hilang!! Kali terakhir kereta digunakan oleh adikku ketika dia balik dari kerja pada petang Jumaat. 

Nombor Plat Kereta Hilang
Nombor Plat Kereta Hilang (Gambar sebelum pasang nombor plat baru)
Ketika itu hujan turun lebat dan angin bertiup kencang di sepanjang jalan dari Kuala Lumpur hingga ke rumahku. Mungkin ketika adikku melawan arus hujan lebat itu nombor plat kereta telah tercabut. Pagi itu kami terus ke Balai Polis untuk membuat laporan kehilangan.

Bimbang jika ada orang yang menjumpainya menyalahgunakan nombor plat kereta itu. Kemudian kami terus mencari kedai yang berdekatan untuk memasang nombor plat baru. Alhamdulillah berjumpa sebuah kedai yang menyediakan perkhidmatan itu.

Harga nombor plat kereta yang dikenakan juga agak berpatutan iaitu RM15.00 sahaja. Kami hanya perlu menunggu selama lebih kurang 15 minit untuk nombor plat siap dipasang. Memang puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. 

Entri lain tentang kereta ku:

^_^

06 April 2014

Manfaat Biji Bunga Matahari

Assalamualaikum,

Bunga matahari adalah tumbuhan yang berbunga warna kuning keemasan apabila telah mekar. Selain daripada cantik dipandang mata, biji bunga matahari atau kuaci juga boleh dijadikan snek atau makanan ringan.

Manfaat Biji Bunga Matahari
Manfaat Biji Bunga Matahari (Gambar hiasan) - balkanseed.com
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai khasiat belimbing buluh. Beberapa manfaat biji bunga matahari adalah seperti berikut: 

1. Manfaat biji bunga matahari untuk kesihatan jantung
Kandungan vitamin E di dalam biji bunga matahari berperanan mencegah penyakit kardiovaskular. Sebagai antioksida, vitamin E juga mencegah oksidasi kolesterol oleh radikal bebas (elak pembuluh darah tersumbat).

2. Manfaat biji bunga matahari untuk pertumbuhan
Biji bunga matahari mengandungi protein yang baik untuk pertumbuhan badan kita. 100 gram biji bunga matahari mengandungi 21 gram protein. 

3. Manfaat biji bunga matahari untuk melindungi saraf
Kandungan vitamin B1 di dalam biji bunga matahari berfungsi untuk melindungi saraf. 

4. Manfaat biji bunga matahari untuk mengurangkan risiko kanser
Selenium yang terdapat dalam biji bunga matahari mampu mencegah kerosakan sel dan memperbaiki DNA sel. Selenium juga berupaya mengurangkan risiko kanser usus dan kanser prostat. 

5. Manfaat biji bunga matahari untuk kesihatan kulit
Vitamin E yang terdapat dalam biji bunga matahari juga dapat mencegah kerosakan sel kulit akibat sinaran ultraviolet (UV) cahaya matahari. 

6. Manfaat biji bunga matahari untuk kesihatan otak
Kandungan folat di dalam biji bunga matahari sangat bermanfaat untuk kesihatan otak dan ianya juga membantu fungsi otak. 

7. Manfaat biji bunga matahari untuk kesihatan tulang
Kandungan mineral magnesium di dalam biji bunga matahari baik untuk pembentukan tulang yang sihat dan kuat. 

Oleh itu, banyak lagi manfaat biji bunga matahari untuk kesihatan kita. Usah ragu-ragu untuk menjadikan biji bunga matahari atau kuaci ini sebagai makanan ringan ketika menonton televisyen atau bersantai bersama kawan-kawan. 

Diolah dari sumber: blogseputarherbal.blogspot.com/2013/09/10-manfaat-biji-bunga-matahari-bagi-kesehatan.html

^_^

Hentikan Tabiat Menggigit Kuku

Assalamualaikum, 

Tabiat menggigit kuku berlaku mungkin disebabkan oleh berasa gugup, menahan lapar atau mengelakkan bosan. Tabiat ini tentu kelihatan jelik di pandangan mata. Selain dari merosakkan kuku, ianya juga tidak baik kepada kesihatan kita.

Hentikan Tabiat Menggigit Kuku
Hentikan Tabiat Menggigit Kuku (Gambar hiasan) - delinasite.com
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai cara merawat bibir kering. Beberapa cara yang boleh dicuba untuk menghentikan tabiat menggigit kuku adalah seperti berikut:

1. Elakkan rasa bosan
Apabila berdiam diri pasti seseorang itu akan rasa bosan dan menggigit kuku. Sibukkan diri dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti bersukan, membaca atau menari.

2. Gunakan jari
Gunakan jari anda untuk melakukan aktiviti seperti melukis, menjahit atau menyulam. Aktiviti seperti menaip juga menggunakan jari. 

3. Jadikan rasanya teruk
Letakkan sesuatu di kuku anda. Contohnya buah peria yang rasanya pahit. Pasti kita akan terkejut dengan rasa itu. 

4. Kunyah sesuatu di dalam mulut
Kunyah gula-gula getah atau snek seperti buah-buahan bagi mengelakkan tabiat menggigit kuku. 

5. Buat rawatan kuku
Luangkan waktu untuk merawat kuku. Apabila kuku telah terawat cantik, tentu kita akan rasa bersalah untuk menggigitnya.

Tentu kita tidak sanggup membiarkan bakteria masuk ke dalam perut kita. Oleh itu, hanya kita sendiri yang dapat mengubah diri kita. Boleh juga kongsikan di sini cara lain yang boleh dilakukan bagi menghentikan tabiat menggigit kuku. 

^_^

05 April 2014

Grand Opening Giveaway by HaneulAfiqah

Assalamualaikum,

Segmen ini dianjurkan oleh blogger Affy Afiqah (Ika) sempena pembukaan online shop (Nutrition's Cafe) beliau dan tunangnya. 

Grand Opening Giveaway by HaneulAfiqah
Boleh klik banner di atas untuk mengikuti segmen ini

Syarat-syarat penyertaan pun mudah sahaja. Jom ramai-ramai sokong segmen ini. 

*Tiada instagram
^_^

Dia Bukan Kucing

Assalamualaikum, 


Aku dan kawan baikku mahu ke Kuala Terengganu dari Putrajaya dengan menaiki bas ekspres Transnasional. Oleh kerana terlewat, kami telah ditinggalkan oleh bas dan berlakulah adegan kejar-mengejar dengan menaiki teksi. 

Dia Bukan Kucing
Dia Bukan Kucing (Gambar hiasan) - warrenphotographic.com
Kisahnya dalam entri Kisah Kejar-mengejar Putrajaya ke Kuala Terengganu. Kami tiba di Hentian Putra hampir tengah malam. Ketika itu kawan aku masuk ke dalam Hentian Putra untuk melihat jika ada kaunter yang masih dibuka.

Tinggallah aku keseorangan di luar menjaga beg pakaian kami. Tiba-tiba datang seorang lelaki membawa sebuah guni. Rupa-rupanya di dalam guni itu berisi lebihan makanan (mungkin dari kedai makan). Makanan itu dicampak ke tepi.

Beberapa ekor kucing (lebih dari 10 ekor) terus menyerbu mengambil habuan masing-masing. Tiba-tiba terdengar bunyi berdecit, rupa-rupanya di sebalik kucing-kucing itu ada beberapa ekor tikus besar yang saiznya sama dengan kucing itu. 

Yang lucunya boleh pula tikus itu merampas ayam yang sedang dimakan oleh kucing. Memang pelik apabila melihat kucing dan tikus boleh berkongsi rezeki bersama. Jika di kampung aku mesti dah habis tikus itu diratah oleh kucing. 

*Nota: Tiba-tiba terfikir, alangkah bagusnya jika manusia juga boleh bersatu-padu dan berkongsi rezeki yang ada bersama manusia yang lain. 

^_^

04 April 2014

Terima Kasih Blogger Asha Lya

Assalamualaikum, 

Entri ini sebagai ucapan terima kasih kepada blogger Asha Lya kerana telah menghadiahkan sebatang pen yang comel (Cute Bear) sebagai cenderahati kerana menjadi antara Top Komentator Februari 2014 di blog beliau.

Terima Kasih Blogger Asha Lya

Blogger yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ini seorang yang peramah dan rajin blogwalking. Blog beliau menceritakan mengenai lakaran kehidupannya. Banyak entri menarik yang boleh dibaca terutamanya berkenaan cenderahati yang dibuat sendiri. 

Antara entri yang aku suka adalah mengenai gubahan doilly paper menjadi cenderahati yang menarik seperti bunga telur serta doorgift dan DIY Meja Penyambut Tetamu untuk majlis perkahwinan beliau nanti. Semuanya comel dan menarik. 

*p.s: Kebelakangan ini aku jarang mengikuti segmen anjuran rakan-rakan blogger. Bukanlah bermaksud aku sombong, tetapi ada di antara syarat-syarat yang ditetapkan tidak mampu dipenuhi. Jika syaratnya mudah insya-Allah aku akan menyokong.

^_^

Kisah Tentang Kemarahan

Assalamualaikum, 

Seorang ayah ingin menasihati anak lelakinya yang pemarah. Lalu dia membawa anaknya ke kandang lembu di belakang rumah. "Jika kamu marahkan seseorang, ketuklah sebatang paku pada tiang ini." pesan ayahnya. 

Kisah Tentang Kemarahan
Kisah Tentang Kemarahan (Gambar hiasan) - shedsenn.com
Sebulan telah berlalu dan banyak paku telah tertanam di tiang itu. "Kini jika kamu dapat menahan perasaan marah atau memohon maaf dari orang yang dimarahi, cabutlah paku itu satu-persatu." kata ayahnya. 

Akhirnya kesemua paku itu berjaya dicabut apabila anaknya memohon maaf kepada orang yang dimarahinya. "Cuba kamu lihat, walaupun kesemua paku itu telah dicabut, masih kelihatan bekas lubang paku itu di tiang." kata ayahnya. 

"Begitu jugalah apabila kamu memarahi seseorang pasti kamu telah melukai hatinya. Walaupun dia telah memaafkan kamu, pasti akan tetap meninggalkan parut di hatinya." sambung ayahnya lagi. Kini barulah anaknya mengerti

Diolah dari sumber: Buku Cerita dari Syurga (2013), Zamri Mohammad, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Boleh juga membaca:
 ^_^

03 April 2014

Kisah Aku dan Dia

Assalamualaikum,

Kisah ini bermula ketika perkenalan melalui laman miRC pada tahun 2001. Yang akhirnya membuahkan rasa cinta. Setelah 4 tahun mengenalinya (tahun 2005), akhirnya dia aku tinggalkan tanpa kata putus hanya kerana sedikit salah faham.

Kisah Aku dan Dia
Kisah Aku dan Dia (Gambar hiasan) - hdlatestwallpaper.com
Hampir 7 tahun tidak bersua muka, tiba-tiba dia menyapa di laman Facebook (tahun 2012). Rupa-rupanya dia masih setia menunggu kata putus dariku.  Jujur ku katakan, aku berasa terharu di atas kesetiannya itu. Namun, rasa bersalah menyelubungi diriku.

Mungkin sudah ditakdirkan antara kami memang tiada jodoh. Aku memutuskan untuk tidak menerimanya kembali walau apa pun yang terjadi. Aku rela melepaskan dia pergi. Akhirnya kini dia sah menjadi suami seseorang.

Selamat pengantin baru diucapkan dan semoga rumahtangga yang dibina diberkati oleh Allah SWT serta kekal bahagia hingga ke syurga. Doaku semoga dia berbahagia bersama isterinya. Aku yakin dia mampu menjadi seorang suami yang baik kepada isterinya. 

^_^

Cara Ceriakan Diri

Assalamualaikum,

Pelbagai peristiwa yang berlaku membuatkan kita berasa gembira, kecewa, sedih dan pelbagai lagi perasaan lain. Perasaan sedih wujud akibat gangguan emosi. Mungkin kita sedih kerana gagal di dalam ujian, ditipu oleh seseorang atau kecewa dalam percintaan.

Cara Ceriakan Diri
Cara Ceriakan Diri (Gambar hiasan) - finerminds.com
Sebelum ini telah dibincangkan cara untuk stabilkan emosi. Setiap orang pasti ada cara tersendiri untuk menceriakan diri sendiri. Beberapa cara yang boleh dilakukan bagi menceriakan diri sendiri adalah seperti berikut:

1. Berbaik sangka untuk ceria
Kita pasti tidak akan ceria jika hidup kita dipenuhi oleh prasangka buruk terhadap orang lain. Bersangka baik akan membuatkan diri kita sentiasa positif dan ceria.

2. Fikirkan semuanya mudah untuk ceria
Usah memberatkan pemikiran kita dengan masalah-masalah seharian kita. Fikirkan masalah itu adalah sesuatu yang mudah dan cari jalan penyelesaiannya.

3. Selalu optimis untuk ceria
Seseorang yang optimis akan merasakan ada harapan untuk menyelesaikan setiap masalah yang datang. Harapan itu juga akan membuatkan dirinya masih bertahan dan tetap ceria.

4. Mencari kawan untuk ceria
Pergaulan boleh membuatkan diri kita lebih ceria. Carilah kawan yang positif dan boleh memberikan motivasi kepada kita.

5. Mensyukuri nikmat untuk ceria
Kadangkala kita tidak akan mendapat apa yang kita inginkan. Contohnya kita mahu memiliki sebuah kereta, tapi kita hanya mampu membeli motosikal. Sebaiknya bersyukurlah  dan pasti diri kita akan ceria.

Oleh itu, diri kita bergantung kepada apa yang kita fikirkan. Jika kita fikirkan negatif, maka segala perlakuan dan tindakan kita pastinya akan menjadi negatif dan begitu jugalah sebaliknya. Hanya kita yang berhak memilih samaada untuk bersedih atau ceria

^_^

02 April 2014

Wordless Wednesday # 32 - Penyamaran Haiwan

Assalamualaikum,

Penyamaran Haiwan
Ulat - mforum2.cari.com.my
Penyamaran Haiwan
Mentadak - telegraph.co.uk
Penyamaran Haiwan
Cicak - xaxor.com
Penyamaran Haiwan
Burung hantu - mforum.cari.com.my
Penyamaran Haiwan
Rama-rama - blogyangsuper.blogspot.com

^_^

Kawal Makan untuk Kurus

Assalamualaikum,

Tidak dinafikan, pemakanan seimbang dan senaman yang teratur adalah faktor penting untuk mendapatkan tubuh yang kekal langsing dan sihat. Kawal makan adalah sesuatu yang sukar dilakukan pada peringkat awal berdiet. 

Kawal Makan untuk Kurus
Kawal Makan untuk Kurus (Gambar hiasan) - nydailynews.com
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai makan malam untuk diet. Jika tidak kawal makan, segala usaha untuk menurunkan berat badan hanyalah sia-sia. Bebarapa cara yang boleh dilkukan bagi mengawal makan adalah seperti berikut:

1. Tetapkan sasaran yang jelas 
Sasarkan berapa kilogram (kg) yang perlu dikurangkan dan tetapkan tempoh masa yang sesuai serta realistik untuk mengurangkan berat itu. 

2. Jangan lupa mengambil sarapan
Jika terlewat mengambil sarapan pagi, badan akan kekurangan glukosa yang seterusnya menyebabkan kita berasa cepat lapar. 

3. Makan kerap 
Makanlah secara kerap iaitu 6-8 kali sehari. Namun hadkan kepada saiz hidangan yang kecil dengan menggunakan pinggan yang kecil. 

4. Ambil snek buah-buahan
Ada masanya perut kita akan berasa lapar secara tiba-tiba. Usah risau, nikmatilah snek buah-buahan seperti betik, tembikai dan epal yang tentu mengenyangkan perut. 

5. Nikmati makanan
Makan perlahan-lahan dengan cara mengunyah makanan sehingga hancur. Perut akan mengambil masa 10-20 minit untuk member isyarat kepada otak bahawa anda telah kenyang.

6. Banyakkan minum air putih
Minum segelas air putih sebelum makan. Tentu perut akan berasa kenyang kerana diisi oleh air. Namun jangan selang-selikan makan dan minum. 

7. Lakukan aktiviti 
Sibukkan diri dengan aktiviti atau tugasan seharian bagi mengelakkan otak kita terlalu berfikir mengenai makanan sahaja. 

Oleh itu, hanya kita yang mampu mengubah diri kita menjadi lebih langsing dan sihat. Apa yang penting, kawal makan dan bersenamlah secara teratur. Anda boleh juga membaca mengenai makanan pengganti nasi

^_^

01 April 2014

Teman Setia Mizz Aiza Mac 2014

Assalamualaikum, 

Bulan Mac telah malabuhkan tirainya dan pada hari ini bermulalah bulan April 2014. Sepanjang bulan Mac 2014 alhamdulillah sebanyak 53 entri telah diterbitkan di blog Mizz Aiza. Entri ini sebagai tanda terima kasih kepada anda yang sudi singgah di sini.

Teman Setia Mizz Aiza Mac 2014

20 orang pengomen terbanyak untuk bulan Mac 2014 adalah seperti berikut:
Carta Pengomen Mac 2014
Teman Setia Mizz Aiza Mac 2014
Puteri  Raudzah  Pha Is  Suri  Ai Syah  Khir  Kathy  Maria  Ikhwan  Helmi  Fiza  Mirza  Yana  Qila  Sobri  Fida  Lya  Wantie  BM  Naniey

Seperti biasa, kesemua 20 orang pengomen terbanyak pada bulan Mac 2014 akan diletakkan di sidebar blog (selama sebulan) sebagai tanda penghargaan
Teman Setia Mizz Aiza Mac 2014

Terima kasih di atas sokongan anda semua. Juga tidak dilupakan kepada rakan-rakan blogger yang lain (termasuk silent reader) yang sudi singgah di sini. Kehadiran anda semua ke blog ini pastinya amat aku hargai. 

^_^

Kisah di 99 Speedmart

Assalamualaikum,

Kisah ini diceritakan semula oleh rakan aku. Ketika pulang dari kerja pada petang itu, suaminya (Mr. H) membeli barangan di 99 Speedmart. Setelah selesai memilih barangan, dia segera beratur di kaunter pembayaran. Tiba-tiba berlaku kekecohan.

Kisah di 99 Speedmart
Kisah di 99 Speedmart (Gambar hiasan) - beliefnet.com
"You mesti pulangkan baki duit I. Kalau tidak I tidak akan pergi." kata seorang pelanggan yang sedang membayar. "Maafkan saya encik. Saya bukan tak nak pulangkan duit encik, tapi kita memang tiada tukarannya."  jawab juruwang itu lembut. 

Pelanggan yang beratur semakin bertambah. Mr. H terus ke kaunter pembayaran kerana hendak tahu apa yang berlaku. "Apa yang terjadi?" soal Mr. H. "Dia tidak mahu pulangkan baki duit saya." balas lelaki itu. 

"Berapa duit tu?" soal Mr. H lagi. "5 sen." jawab lelaki itu. "5 sen? Ingatkan RM50 tadi. Nah, ambil 10 sen." balas Mr. H. Setelah mendapat 10 sen itu lelaki itu mengucapkan terima kasih dan terus berlalu pergi. 

*Nota :  Ada pelbagai kemungkinan dari kejadian itu. Setiap orang pasti ada sebab yang tersendiri. Apa-apa pun, seeloknya kita bersangka baik sahaja. 

^_^