08 April 2014

Makanan Kekalkan Perut Kempis

Assalamualaikum,

Selain daripada melakukan olahraga secara teratur, pengambilan makanan yang bersesuaian merupakan salah satu faktor untuk mengekalkan perut yang kempis. Sebelum ini telah dibincangkan mengenai cara kawal makan untuk kurus

Makanan Kekalkan Perut Kempis
Makanan Kekalkan Perut Kempis (Gambar hiasan) - yourwellness.com
Beberapa makanan yang boleh diamalkan bagi mengekalkan perut kempis adalah seperti berikut: 

1. Brokoli untuk perut kempis
Brokoli adalah sayur yang enak dimasak dengan pelbagai cara. Pengambilan brokoli secara rutin dapat melancarkan sistem pencernaan di samping meningkatkan metabolisme badan kita.

2. Jus buah-buahan untuk perut kempis
Jus buah-buahan sesuai diminum untuk mengekalkan perut kempis adalah seperti epal, lobak merah, buah-buahan beri, oren, tomato, anggur dan betik. Perut kita akan berasa kenyang lebih lama. 

3. Yogurt untuk perut kempis
Perut akan kembung apabila terdapat banyak asid di dalamnya. Kandungan probiotik yang terdapat dalam yogurt boleh membunuh bakteria jahat di dalam usus dan melancarkan sistem pencernaan anda. 

4. Teh untuk perut kempis
Minum teh hitam atau teh hijau dua hingga tiga kali seminggu dapat mendinginkan perut dan melancarkan proses pencernaan. Namun teh tidak boleh diminum setiap hari kerana mungkin akan menyebabkan sembelit. 

5. Agar-agar untuk perut kempis
Agar-agar diperbuat daripada rumpai laut dan memberikan rasa dingin pada perut. Pengambilannya dapat melancarkan pencernaan serta memenuhi keperluan serat di dalam badan. 

Oleh itu, bolehlah mencuba mengambil makanan di atas bagi mengekalkan perut yang kempis. Selain daripada faktor pemakanan, elakkan minum ais dan makan berselang dengan minum air bagi mengelakkan perut buncit.

Diolah dari sumber: Majalah Mingguan Wanita

^_^

67 comments:

  1. Perenggan paling akhir tu yang selalu buat..dah biasa kan..

    ReplyDelete
  2. yes to all tp bukan brokoli... hehehehe wahhhh.. perut akak mesti berketaq2 kan.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Masalah KN adalah tak boleh tak minum ais... hehe... lepas ni memang kena kurangkan...

    ReplyDelete
  4. sekarang ni akak dah amalkan minum teh hijau seminggu sekali...brokoli tak pernah ambil pulak...huhu
    menabung kat sini

    ReplyDelete
  5. ini dia rahasia makanan para binaragawan..enak jg punya perut kempis,,make baju gak repot.,,apalagi kalau seperti gambar di atas..:)

    ReplyDelete
  6. Ermm kena amalkn ni, kalau x penat jela sy bersenam bagai tp bab makan x jaga :)

    ReplyDelete
  7. hai aiza. lagi satu kalau nak perut kempis, kene buat 24x sit up sebelum tidur. saya baca kat majalah RAPI.

    saya pernah buat. tapi masalahnya - tak konsisten. kejap buat kejap tak. so hasilnya, tak berapa nak kempislah...hahahaha...

    ReplyDelete
  8. thanks for this, kak. :D
    berguna sangat-sangat :DDD

    ReplyDelete
  9. ehehhee ni memang untuk qila ni hihihi.
    Thank u kak aiza :D
    Air teh tu je lah kot yg paling senang hihi

    ReplyDelete
  10. bagus tu petua2nya...tapi wanita yg dh bersalin perutnya yg kembang susah juga nk mengempiskan elok sepadatsebelum bersalin..

    ReplyDelete
  11. good information..saya skrg perur kampes..tgh usahakan nak buat muscle je :P digi b lenova x3

    ReplyDelete
  12. Thanks for tips..
    Part perutlah yang paling payah nak buang lemak..nak bersenam malas..hehe..

    ReplyDelete
  13. salam selasa aiza...susah nak kurus rasa rindu kekadang tpai buat macam mana mana mampu jelah heee..

    kff enam bucket untuk kamu ..miss aiza sgt2...

    ReplyDelete
  14. kata orang minum limau campur air kosng bagus tapi kena buat selalu..kalau hari tak bagus sb limau ada asid nyer heee

    ReplyDelete
  15. Bilala nak dapat perut kempis ni..waaa...:(

    ReplyDelete
  16. menarik info ni tq..perut2 kat rmh ni setakat ni kempis2 lagi...heheh

    ReplyDelete
  17. perut shark dh mmg original kempis..
    ehehhe
    ken cari entry cara besarkan perut pulak :p

    ReplyDelete
  18. sekarang ni tengah usaha makan tak minum air..hehee
    aiyakk..kalau tak memang belemak la perut ni haa T-T

    ReplyDelete
  19. Kakak suka makan itu semua Aiza tapi perut tak kempis-kempislah hahaha... ini mesti terlebih makan kot.

    ReplyDelete
  20. @Shark Kay
    bagus dah kempis tu shark.. kena cari tips untuk bina otot pula tu.. hehe..

    ReplyDelete
  21. @Kakzakie
    kena seimbangkan dengan aktiviti fizikal seperti olahraga dan bersenam juga kakak.. hehe..

    ReplyDelete
  22. @diana
    betul tu kak diana.. kena makan agar-agar selain agar-agar santan.. hehe..

    ReplyDelete
  23. terima kasih kak atas tips.. semua perkara boleh dielak kalau kene cara..

    ReplyDelete
  24. Nice tips akak.. mmg dok makan semua yang akak list tue.. hehehe..

    ReplyDelete
  25. semua tu ok. akak tak boleh minum teh, nanti perut muncit.

    ReplyDelete
  26. Wah agar-agar pun ada ya..Hmm..Thanks aiza..

    ReplyDelete
  27. Only Colgate available for you..

    ReplyDelete
  28. Alhamdulillah, perut masih steady lagi hehee.. mmg kena amalkan pemakanan & cara pemakanan yg betul tu.. thanks sharing Aiza..
    3x colgate.. :)

    ReplyDelete
  29. salam. nice tips kak..thanks share hihi
    menabung colgate 2x :)

    ReplyDelete
  30. Salam Selasa Aiza ...
    Hehehe bagus jugak amalkan makan minum benda yg sihat untuk kesihatan diri sambil2 kempiskan perut ..

    ReplyDelete
  31. makanan dan minuman ni kalau combine dgn senaman yg konsisten, memang malatop kesannya.. hehe

    ReplyDelete
  32. hehehehhe..info menarik ni aiza..kathy pun dalam usaha nak mengempiskan perut juga ni..hehehehe..

    ReplyDelete
  33. Ke 5 point artikel diatas sangat
    Bermanfaat untuk Kekalkan perut
    Kempis, info yang bermanfaat nih
    Mbak Mizz Aiza, saya coba yah Mbak
    Terima kasih. salam sukses selalu

    ReplyDelete
  34. lya memang penggemar jus & yougart :)

    ReplyDelete
  35. perut wan terlampau kempis...untuk gemukkan perut ada tak ??? hahaha...

    ReplyDelete
  36. ramai org muda skung nie suka simpan perut..huhu

    ReplyDelete
  37. wahh boleh cuba nie.. terima kasih infonya

    ReplyDelete
  38. tak tau pun agar-agar boleh kempiskan perut ek

    ReplyDelete
  39. eat fat to burn fat. yeah tu cara saya. hehehehehe

    ReplyDelete
  40. alamak...asal makanan yang ada semuanya macam tak best jer..hehehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  41. Nis penah minum teh orang kampung, ummi nis selalu sarankan, macam dia percepatkan proses pencernaan, buang asid2 dalam badan. Then, lepas tu perut akan selesa je.
    nice info kak :)

    ReplyDelete
  42. tapi ada yang cakap... suami yang penyayang..... suami yang buncit...camne tu??? cik AIza??

    ReplyDelete
  43. Petua yang baik untuk mengekalkan diet. Makan sikit tanpa sayur-sayuran pun tak elok jugak. Kurus kering macam bini Popeye jadinya nanti.

    ReplyDelete
  44. Brokoli pun boleh kempiskan perut..suka brokoli..

    ReplyDelete
  45. sis, tgh dlm usaha ni taw-thnx tips! bley ikut ni =D

    ReplyDelete
  46. semua makanan kegemaran ni. tq aiza di atas info yang menarik

    ReplyDelete
  47. time nk kempis tu, mesti slalu g toilet kan? ;-)

    ReplyDelete
  48. semua di atas sy mkn dan minum kak.. mmg perut rasa kempis..tp bila makan nasi..jd buncit balik..akekee

    ReplyDelete
  49. Semua sy suka.. Cuma teh hijau je blh minum...

    ReplyDelete
  50. saya tak berapa suka dgn yogurt ne..tak tahu kenapa..patutlah perut saya kempis semacam gak..rupanya suka minum teh..hihi

    ReplyDelete
  51. huuu..yg sy tau yougurt je..dlu penah la buat minum bliss ari2..ahha

    ReplyDelete
  52. Semua saya tak suka kecuali teh. Tapi sekarang pun dah jarang minum teh. banyak minum air kosong je.

    ReplyDelete
  53. terima kasih atas perkongsian ni kak aiza..

    ReplyDelete
  54. Senang nak jadikan perut memboyot, tapi susah nak kempiskannya semula. Jadi, perlu amalkan gaya hidup sihat.

    ReplyDelete
  55. Memang sensetif kalau pasal bab perut ni... hehe
    Dah cuba tapi sukarnyalah nak kempis. Takpe lah, yang penting sihat walafiat. Lagi pun lelaki boroi disukai ramai...haha!

    ReplyDelete
  56. mudah mengamalkan tips ni..tapi tak sangka agar-agar pun boleh kempiskan perut.

    ReplyDelete
  57. lepas refresh ada downy dan libresse untuk aiza :)

    ReplyDelete
  58. Nice sharing... baru tau yang agar2 juga untuk perut kempis... ^__^

    ReplyDelete
  59. Assalamualaikum kak . . wahh banyaknya ilmu :) terima kasih kak . in shaa Allah nak amalkan lepas pantang . . nak amalkan sekarang tak boleh . . asal buat perut makin besar xD hehe

    ReplyDelete
  60. sy suka jus oren . Yogurt pun suka time rasa lapar tapi malas makan nasi . hee . =)

    nice tips .^^

    ReplyDelete
  61. tips berguna! memang tengah cuba mengempiskan perut

    p/s - seksilah gambar tu...hehe

    ReplyDelete
  62. thanks share.. boleh try lepas ni.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^