03 April 2014

Cara Ceriakan Diri

Assalamualaikum,

Pelbagai peristiwa yang berlaku membuatkan kita berasa gembira, kecewa, sedih dan pelbagai lagi perasaan lain. Perasaan sedih wujud akibat gangguan emosi. Mungkin kita sedih kerana gagal di dalam ujian, ditipu oleh seseorang atau kecewa dalam percintaan.

Cara Ceriakan Diri
Cara Ceriakan Diri (Gambar hiasan) - finerminds.com
Sebelum ini telah dibincangkan cara untuk stabilkan emosi. Setiap orang pasti ada cara tersendiri untuk menceriakan diri sendiri. Beberapa cara yang boleh dilakukan bagi menceriakan diri sendiri adalah seperti berikut:

1. Berbaik sangka untuk ceria
Kita pasti tidak akan ceria jika hidup kita dipenuhi oleh prasangka buruk terhadap orang lain. Bersangka baik akan membuatkan diri kita sentiasa positif dan ceria.

2. Fikirkan semuanya mudah untuk ceria
Usah memberatkan pemikiran kita dengan masalah-masalah seharian kita. Fikirkan masalah itu adalah sesuatu yang mudah dan cari jalan penyelesaiannya.

3. Selalu optimis untuk ceria
Seseorang yang optimis akan merasakan ada harapan untuk menyelesaikan setiap masalah yang datang. Harapan itu juga akan membuatkan dirinya masih bertahan dan tetap ceria.

4. Mencari kawan untuk ceria
Pergaulan boleh membuatkan diri kita lebih ceria. Carilah kawan yang positif dan boleh memberikan motivasi kepada kita.

5. Mensyukuri nikmat untuk ceria
Kadangkala kita tidak akan mendapat apa yang kita inginkan. Contohnya kita mahu memiliki sebuah kereta, tapi kita hanya mampu membeli motosikal. Sebaiknya bersyukurlah  dan pasti diri kita akan ceria.

Oleh itu, diri kita bergantung kepada apa yang kita fikirkan. Jika kita fikirkan negatif, maka segala perlakuan dan tindakan kita pastinya akan menjadi negatif dan begitu jugalah sebaliknya. Hanya kita yang berhak memilih samaada untuk bersedih atau ceria

^_^

62 comments:

  1. Saya kalau nak ceriakan hari, biasanya saya akan luangkan masa menonton Astro Ceria. Haha

    ReplyDelete
  2. Aku lebih pada point 5 diatas aja Cik,

    Selama ini saya masih kurang bersyukur sepertinya begitu.

    Thank For Inspire!

    ReplyDelete
  3. tambah satu lagi boleh? Cari satu perkara yang boleh buat kita kembali ceria... contohnya... shopping ke? hihi... itu untuk KN je kot! hehe

    ReplyDelete
  4. akak pun gunakan cara nie untuk hilangkan stress,tp kalau tension tahap melampau,nangis je senang...

    ReplyDelete
  5. very gd tips ni , tq share sama. Nuffnagx2 kt sini

    ReplyDelete
  6. in sha Allah...mood yang ceria membangkitkan hari yang ceria

    ReplyDelete
  7. hati ceria..hidup pun ceria.

    Terima kasih berkongsi

    ReplyDelete
  8. Kembalikan kpd Allah... Dan redha aje...

    ReplyDelete
  9. Berbaik sangka mmg penting walaupun kita perlu ada sifat berhati2. Redha & sentiasay bersyukur pun mmg buat kita sentiasa ceria.. in shaa Allah..
    3x fiesta.. :D

    ReplyDelete
  10. sangat bermanfaat,, ditunggu posting selanjutnya..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum kak aiza, tips yang berguna. semoga ceria2 selalu, singgah menabung digi sini~~~

    ReplyDelete
  12. saya suka kenkawan yang best dan suka buat lawak baru la ceria hehe...

    ReplyDelete
  13. Hidup memang harus selalu ceria dan berbaik sangka ya Ka.

    Salam

    ReplyDelete
  14. salam. betul cakap aiza. Senyum pun boleh ceria. hehe

    ReplyDelete
  15. ceria itu mmg penting walaupun kekadang terpaksa menipu...thanks untuk tips ni akak..

    ReplyDelete
  16. saya kalau nak ceriakan balik mood yang sedih, saya akan masuk bilik..buka MP3..then nyanyi sama2 dengan suara yang kuat... tak sampai 3 buah lagi..perasaan dah ok..keluar je bilik dah boleh gelak2..hehe

    ReplyDelete
  17. Kalau boleh menambahkan, satu lagi mizz. yaitu mengIKHLASkan untuk meninggalkan yg sedih dan menerima yg ceria :)

    ReplyDelete
  18. akak memang sentiasa ceria betul tak aiza? hik hik hik...

    ReplyDelete
  19. I agree with this ideas Miz Aiza. I always cheer up my days as far as I can. Keep up the good work

    ReplyDelete
  20. Menceriakan keadaan dengan membuat aktiviti yg di minati :D

    ReplyDelete
  21. Fikir positif dan beriadah...itu cara saya :)

    ReplyDelete
  22. nak tambah sikit kak.. hehehe.. terapkan sifat positif dalam diri, berkawan dengan orang positif dan doalah kepada Yang Khalik

    ReplyDelete
  23. istilah agamanya, husnudzan sajalah... ^_^

    ReplyDelete
  24. lya suka baca kisah lawak2..trsenyum2.mood sedih akan kembali ceria :D

    ReplyDelete
  25. yup!
    buat apa nak sedih2..Allah kan ada^_^

    ReplyDelete
  26. Nak hilangkan stress.. kuarkan peluh, jogging, aerobik, badminton.. seolah mengalir bersama peluh.. ceria tak la, cume lebih relax.. huhu

    ReplyDelete
  27. layan anak2 mmmg sentiasa ceria :)

    ReplyDelete
  28. tips berguna..dan kita kena selalu positif dalam hidup.... baghu ceria...

    ReplyDelete
  29. tips yang berguna sis...tapi saya selalu berfikran negetif..kenapa erk?

    ReplyDelete
  30. antara tips tu saya biasa amalkan =)

    ReplyDelete
  31. nak ceria, jgn ambil serius dgn apa sahaja yg berlaku.

    ReplyDelete
  32. ceria saja dalam duka..lambat laun duka itu hilang dengan sendirinya.. :)

    ReplyDelete
  33. kdg2 susah jugak kan utk ceria tapi kena berusaha jugak la kan kakk.. sebab keceriaan kita tu adalah milik kita dan kita harus ceria utk kebahagiaan diri kita :)

    ReplyDelete
  34. ceria bisa bikin kita awet muda ya mbk. hehe
    terima kasih tips ceriakan diri sendiri..

    ReplyDelete
  35. kalau saya menceriakan diri dengan mendekatkan diri kepada Tuhan dan meninggalkan segala amcam kesedihan yang sedang melanda

    ReplyDelete
  36. hatur nuhun atos sherna,,,hehehe

    ReplyDelete
  37. kE 5 POINT CARA Ceriakan diri
    di artikel Mbak Mizz, sangat
    Menginfirasi sekali buat saya
    Saya coba terapkan kala hati
    Sedang di rundung duka yah Mbak?

    ReplyDelete
  38. Kami biasanya point ke tiga lebih dominan Mizz 'Selalu optimis'
    Terimakasih telah berbagi cara ceria ini ya

    ReplyDelete
  39. aah kan sis aiza..adakalanya mood kita menjadi negatif
    tercari2 gak alternatif ceriakan diri
    nice sharing, perkongsian yg bermanfaat

    ReplyDelete
  40. Bersangka baik tu penting kan Aiza..kalau kita sentiasa bersangka baik dan bersyukur denagn apa yang ada pada kita tentunya "mood tak ceria' tu jarang datang.

    ReplyDelete
  41. selalu berpikiran positif aja Mbak :)

    ReplyDelete
  42. Secara emosional memang tidak mudah tapi memang harus dilakukan

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum dan salam singgah sini Aiza...sentiasa mensyukuri nikmat yang di kurniakan dan sentiasa berfikiran positif untuk ceria dalam kehidupan seharian..

    ReplyDelete
  44. Setuju sangat sebab banyak jugalah yang saya amalkan sendiri.

    ReplyDelete
  45. setuju sangat..
    sentiasa bersyukur dan berfikiran positif :P
    libress lg :P

    ReplyDelete
  46. setuju dengan apa yang aiza kongsikan...paling penting sentiasa berfikiran positif kan :)

    ReplyDelete
  47. Setujuuuu. Positifkan diri. Dan yang penting sekali, bila kita sedih, itu salah satu tanda, Allah hantarkan rasa tu pada kita, sebab Allah nak kita kembali pada Dia, mungkin sepanjang kita gembira, kita terlupa untuk ingat Dia. jadi, Dia rindu nak dengar rintihan dari kita.
    Bersyukur, itu yang akan bt kita ceria.
    Jujur, itu paling tenang. :')

    ReplyDelete
  48. Kena reda dan selalu berfikiran positif..

    ReplyDelete
  49. Maksud nama farah pn kegembiraan so mana boleh tak ceria kan akak..hehehe

    ReplyDelete
  50. Bersyukur juga dapat membuatkan kita ceria.

    ReplyDelete
  51. banyak cara untuk ceria.. ceria itu bagus, tapi jangan berlebihan sampai tak ingat akhirat. hehehe

    ReplyDelete
  52. yezze.. sentiasa kena fikir positif. kalau ibu-ibu senang aja nak ceria, peluk cium baby confirm rasa ceria :) ceria selalu yer, jangan kerap bersedih

    ReplyDelete
  53. layan keletah anak2 pun cukup menceriakan hari kathy..

    ReplyDelete
  54. nice tips..

    nk ceriakan diri time sedih..tough sgt2..tp kite perlu kuat! ceria selalu..=)

    ReplyDelete
  55. hidup ini indah jikalau kita tahu menghargainya..

    ReplyDelete
  56. berbaik sangka adalah penawar terindah

    ReplyDelete
  57. @Nanie
    betul tu.. buat sesuatu yang kita sukai atau minati.. terima kasih..

    ReplyDelete
  58. @Farah Waheda Wahid
    kak farah memang sentiasa ceria.. hihi.. :D

    ReplyDelete
  59. @Huny eda
    cuba setkan dalam fikiran kita untuk bersangka baik.. insya-Allah boleh..

    ReplyDelete
  60. @Saud Karrysta
    sekadar sharing sahaja mas saud karrysta.. terima kasih komen.. :D

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^