31 December 2015

Kurus dengan Kos Murah

Assalamualaikum, 

Untuk kurus tidak semestinya memerlukan kos yang tinggi. Anda juga tidak perlu membayar mahal untuk ke kelas senaman atau membeli peralatan senaman yang mahal serta canggih. Dengan kos yang murah anda juga mampu menurunkan berat badan.

Kurus dengan Kos Murah
Kurus dengan Kos Murah - Sumber gambar aibaba.com
Sebelum ini dikongsikan mengenai kuruskan badan tanpa ubat di dalam entri yang lalu. Beberapa tips untuk kurus dengan kos yang murah adalah seperti berikut:

1. Kurus dengan senaman di rumah

Anda tidak perlu ke gymnasium berbayar untuk kurus. Lakukan sendiri senaman seperti aerobik atau tarian di rumah dengan kos murah. Dapatkan rakaman dari sumber seperti youtube. Jika anda suka melakukan kerja rumah, ini juga peluang baik untuk kurus. Jadikan kerja rumah seperti menyapu sampah, mengelap dan membasuh sebagai senaman yang menyihatkan. 


2. Kurus dengan kemudahan sedia ada

Tidak perlu membeli alat senaman yang mahal. Sebaliknya gunakan kemudahan sedia ada di sekeliling rumah anda untuk kurus. Jika rumah anda ada tangga, gunakan ia untuk senaman naik turun tangga. Bagi anda yang memiliki basikal, rajinkan diri untuk mengayuh basikal bagi membakar kalori. 


3. Kurus dengan makanan kesihatan semulajadi

Makanan kesihatan yang siap diproses selalunya mahal. Apa kata anda memilih makanan kesihatan semulajadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang lebih murah dan mudah didapati. Buah dan sayur juga kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran tanpa berasa ragu kerana kandungan kalorinya juga rendah. 


4. Kurus dengan amalkan petua tradisional

Tanyakan kepada orang tua yang anda kenal mengenai petua tradisional yang mereka amalkan untuk menguruskan badan atau mengekalkan bentuk badan. Selain daripada menggunakan bahan semulajadi yang mudah didapati, petua tradisional juga tidak menggunakan bahan kimia berbahaya dan tidak memerlukan kos yang tinggi. 


Oleh itu, banyak cara untuk kurus tanpa menggunakan kos yang mahal dan ada di antaranya telah pun anda amalkan dalam kehidupan seharian. Paling penting adalah keazaman dan usaha yang berterusan tanpa jemu untuk kurus. 

^_^

59 comments:

  1. Thanks for the tips Aiza...penting tips ni :)

    ReplyDelete
  2. benda antara nak dengan tak nak buat je sbnrnya...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sally.. kalau nak buat seribu daya, tak nak buat seribu dalih.. hehe..

      Delete
  3. TIPS YG BAGUS SGT DIKONGSI NI AIZA...

    ReplyDelete
  4. ramai azam tahun baru nak kurus..semoga tips-tips ni berguna untuk mereka..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. semoga azam mereka untuk kurus tanpa mengeluarkan modal besar akan terlaksana..

      Delete
  5. terima kasih perkongsian tips ni ya Aiza...suka sangat...

    ReplyDelete
  6. ehehehe thanks for the tips kak aiza hihi

    ReplyDelete
  7. badan saya udah kurus mizz kalau kebanyakan senam pa nanti malah gak punya daging.. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlu maintain saja badan agar tidak semakin kurus.. hehe..

      Delete
  8. yang penting kena rajin kan aiza...

    ReplyDelete
  9. wah, sebuah tips yang bagus ini mb, semoga yang ingin kurs bs jadi solusi utama nya :) hiks hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga bermanfaat kepada yang ingin kurus tanpa berbelanja besar..

      Delete
  10. Tips yang berguna dan praktikal. Yg penting semangat kena kuat :)

    ReplyDelete
  11. asalam tip kesihatan yang baik..selamat tahun baru 2016. Etuza nak bagi tahu hadiah mizz aiza saya dah dapat balik. Dikembalikan kerana tak dapat dihubungi..mohon alamat lagi ya dan telefon yang ya..letak ja kat komen ya, Etuza tak akan terbitkan..no phone kalau ada cepat sampai tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam cikgu.. semoga bermanfaat tips ini.. selamat tahun baru 2016..
      Hadiah itu kembali pada cikgu ya? Patutlah aiza tunggu tak sampai..

      Delete
  12. Harap mizz aiza dapat beri respon ya..tadi nak ambil gambar hadiah tu, sibuk pula ke rumah ibunda Etuza ada doa selamat ..rasanya rezeki mizz aiza hadiah tu ke tangan etuza balik..dapat hadiah untuk disember lagi satu ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cikgu.. Alhamdulillah jika hadiah berkenaan masih rezeki aiza.. nanti aiza bagi alamat dan no. Telefon kepada cikgu.. tapi terfikir juga nak bagi alamat rumah susah juga sebab aiza duduk rumah flat, peti surat kat bawah rumah..

      Delete
  13. nombor 1 tu yg sangat bagus sebenarnya
    kena rajin je, hehe

    ReplyDelete
  14. Ini kayaknya harus saya coba ya kak :D

    ReplyDelete
  15. Waaa bgs info ni ..trm kasih dear .. sgt bermanfaat.selamat tahun baru!!!

    ReplyDelete
  16. Zizie dulu makan secara bersederhana.. sayur dua kali ganda dari nasi. Hihi. Exercise pun perlu.kasi pecah lemak.

    ReplyDelete
  17. turun naik tangga tu blh jadi azam thn baru . lagi selesa kot dari pi berjogging kan ...

    ReplyDelete
  18. susah betul nak istiqomah bab diet ni, tergoda sangat ngan makanan haha. selamat tahun baru kak Aiza, dah lama sangat tak singgah sini :)

    ReplyDelete
  19. salam tahun baru 2016 Aiza...

    ReplyDelete
  20. In Shaa Allah.... susah btul nk diet ni...

    ReplyDelete
  21. buat kerja mengemas rumah pun sangat bagus sebagai senaman dua dalam satu..

    rumah bersih dan badan sihat

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum kak aiza.. Happy New Year. Sayapun dlm proses nak turunkan berat sikit ni. Hopefully berjayalah.. hehe..

    ReplyDelete
  23. Salam 2016. Semoga tahun 2016 ini membawa lebih kejayaan dan keberkatan... aamiin.
    Salam ukhwah lama saya tak berblogging hihii.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam la kita. sudah lama tidak blogwalking huhu

      Delete
  24. cakap pasal ni..berat sy sudah naik haha tak padan dengan pendek..oh no!

    ReplyDelete
  25. Makan hanya apabila lapar, jimat dan pasti kurus..;)

    ReplyDelete
  26. terima kasih atas perkongsian tips ;-)

    ReplyDelete
  27. Keladi buat sit up....setiap pagi...30 kali....alhamduliah blh maintain brt badan

    ReplyDelete
  28. Amboii. Share pasal tips kurus pulak ye. Hihi :P

    ReplyDelete
  29. kurus naik turun tangga.. hehe..tp Fiza tak kurus jugak walaupun opis tingkat 3..

    ReplyDelete
  30. kalau 4 tahapan di atas dilakukan dengan baik, tentu itu akan menjadikan apa yang menjadi keingan kita akan Terwujud dalam hal idelitas tubuh ya mbak :D

    ReplyDelete
  31. bagusss topik ni.
    by the way , ain datang singgah sini.
    selamat tahun baru awak :)

    ReplyDelete
  32. senaman kt rumah byk pengaruhnya hehehehe...

    ReplyDelete
  33. tinggal rajin dengan tak rajin je nak amalkan ke tak..hehe senang nk buat tapi susah nak mantain..;p

    ReplyDelete
  34. sgt betul tu aiza.
    aida ni pun dlm proses kurus kan badan skit skit.
    hmmmmm tak larat nak beli produk. mahal!
    jaga makan. byk jalan. eksesais sesekali...

    ReplyDelete
  35. kalau nak semua jadi nak kuruskan sis... yg ptg memang cari cara murah dan semulajadi..

    ReplyDelete
  36. semua org nk antik tp malas dgn rajin nak jaga badan tu.. hehe
    kena jaga sampai umur 40 baru hidup sihat kan

    ReplyDelete
  37. Harap mizz aiza bagi lah alamat dan no phone ya..tak apa Pos laju kan sekali dengan hadiah Disember..ada tersenarai nama Mizz Aiza lagi sekali..hadiah masih berbalut..inshaAllah hari ini ya..bagi alamat dan no phone sekali. tak apa pandailah pos laju hubungi miss aiza

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^