31 January 2013

Ayam Goreng Kunyit Pemanggang Ajaib

Assalamualaikum,

Lunch hari ni teringin nak makan Ayam Goreng Kunyit. Tapi kali ni aku nak masak secara sihat dengan mengurangkan penggunaan minyak. So Pemanggang Ajaib cara paling mudah dan cepat. Ianya mempunyai permukaan yang tidak melekat dan senang dibersihkan. Dalam resipi ni juga aku menggunakan banyak sayur-sayuran.


Ayam Goreng Kunyit Pemanggang Ajaib
Ayam Goreng Kunyit Pemanggang Ajaib

Bahan-bahan:
3 keping dada ayam (dipotong kecil) - boleh juga dipotong besar
6 batang kacang panjang (dipotong seinci)
1 batang lobak merah sederhana besar (dipotong panjang seperti mancis)
1 brokoli sederhana besar (dipotong)
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
3 ulas bawang putih (diketuk)
5 biji cili padi (diketuk) - jika suka pedas boleh lebihkan
Serbuk kunyit
Garam dan gula (secukup rasa)
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara Memasak:
1) Sediakan bahan-bahan.
Bahan-bahan Ayam Goreng Kunyit Pemanggang Ajaib
Bahan-bahan
2) Masukkan isi ayam ke dalam bekas. Gaul bersama 1 sudu besar garam dan 1 sudu besar serbuk kunyit.
Gaul bersama garam dan kunyit
Gaul bersama garam dan kunyit
3) Masukkan sedikit minyak masak ke dalam Pemanggang Ajaib.
Panaskan minyak masak
Panaskan minyak masak
4) Masukkan ayam. Tutup dan balik-balikkan Pemanggang Ajaib sehingga ayam masak.
Masukkan isi ayam
Masukkan isi ayam
5) Masukkan bawang putih, bawang besar dan cili padi.
Masuk bawang putih, bawang besar dan cili padi
Masuk bawang putih, bawang besar dan cili padi
6) Masukkan kacang panjang, lobak merah dan brokoli. Perisakan dengan sedikit gula dan garam secukup rasa. Balikkan lagi sehingga semua masak.
Masukkan kacang panjang, lobak merah, brokoli, garam dan gula
Masukkan kacang panjang, lobak merah, brokoli, garam dan gula
^_^

Jom Cuti-cuti Malaysia Terengganu

Assalamualaikum,

Terengganu adalah salah satu negeri Pantai Timur yang kaya dengan pelbagai destinasi menarik seperti pulau, air terjun serta tempat bersejarah untuk dikunjungi. Cuti-cuti Malaysia Terengganu pastinya menjanjikan pengalaman yang menarik. 

Antara tempat yang boleh dikunjungi untuk Cuti-cuti Malaysia Terengganu adalah seperti berikut:

1. Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man
Cuti-cuti Malaysia Terengganu
Gambar: flickr.com
  • TTI telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 3 Februari 2008 mempunyai keluasan 22.3 Hektar. 
  • TTI merupakan sebuah taman yang mempamerkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelusuk dunia.
  • Masjid Kristal yang menjadi mercu tanda bagi Kuala Terengganu merupakan ikon utama TTI telah dirasmikan oleh Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 8 Februari 2008
  • Masjid yang berkeluasan 2,146 meter persegi ini diperbuat dari kaca dan keluli. Ia mampu memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa. 
  • Bahagian monumen masjid adalah merupakan di antara bahagian paling ramai pengunjung. Bahagian ini mengandungi 21 monumen masjid dari seluruh dunia yang dibina pada nisbah skala 1:8 berbanding saiz asal.

2. Pulau Redang dan Pulau Kapas
Cuti-cuti Malaysia Terengganu
Gambar: panoramio.com
  • Pulau Redang dan Pulau Kapas pasti menenangkan jiwa anda yang ingin merehatkan minda jauh dari memikirkan kerja dan hiruk pikuk bandar.
  • Kedua-dua pulau ini merupakan habitat kepada pelbagai hidupan laut seperti ikan, terumbu karang dan penyu. 
  • Kepada anda yang suka menyelam, berenang, berkayak dan snorkeling bolehlah berbuat demikian di sini. 
  • Bagi anda yang suka memancing dilarang berbuat demikian di Pulau Redang (Akta Taman Laut). Namun di Pulau Kapas anda bolehlah memancing. 

3. Lata Tembakah dan Air Terjun Sekayu 
Cuti-cuti Malaysia Terengganu
Gambar: tulisanrazyk.blogspot.com
  • Lata Tembakah terletak di Hutan Simpan Pelagat, Jertih (24 kilometer dari bandar Jertih dan 130 kilometer dari Kuala Terengganu). Air terjun ini mempunyai 7 tingkat air terjun dan beberapa kolam takungan untuk bermandi-manda. 
  • Air Terjun Sekayu terletak 56 kilometer dari bandar Kuala Terengganu dan 16 kilometer dari pekan Kuala Berang. Ia termasuk dalam kawasan hutan simpan Hulu Terengganu yang kaya dengan pelbagai spesis tumbuh-tumbuhan. 

4. Tasik Kenyir, Hulu Terengganu 
Cuti-cuti Malaysia Terengganu
Gambar: forum.xcitefun.net
  • Tasik Kenyir adalah tasik buatan manusia yang terbesar di Asia (lebih daripada 209,199 hektar). 
  • Ia dikelilingi oleh hutan hujan tertua di dunia dan menjadi pintu masuk alternatif ke Taman Negara. 
  • Sebanyak 340 pulau dan 14 buah air terjun serta anak sungai dan jeram terdapat di seluruh Tasik Kenyir.
  • Tasik Kenyir menjadi habitat semulajadi untuk pelbagai spesis ikan air tawar dan hidupan eksotik. 
  • Kepada pencinta alam semulajadi bolehlah berkunjung ke Tasik Kenyir. 

5. Memorial Batu Bersurat di Kuala Berang, Hulu Terengganu
Cuti-cuti Malaysia Terengganu
Gambar: doulnut.com
  • Batu Bersurat Terengganu adalah bukti terawal penyebaran Islam di Semenanjung Tanah Melayu. 
  • Tulisan pada batu itu menjelaskan perintah dan penguatkuasaan undang-undang Islam dan hukuman itu. 
  • Kini replika batu bersurat ini telah dibina di Kampung Buluh, Kuala Berang sebagai peringatan mengenai kepentingan Kuala Berang sebagai pelabuhan pilihan di kalangan pedagang antarabangsa pada zaman dahulu. 

6. Gunung Tebu, Besut 
Cuti-cuti Malaysia Terengganu
Gambar: buttet.wordpress.com
  • Gunung Tebu adalah gunung tertinggi di Terengganu dengan ketinggian kira-kira 1,039 meter (paras laut). 
  • Jika ada ingin mendaki Gunung Tebu perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada Jabatan Perhutanan. Setelah sesi taklimat, anda akan diberikan pas dengan bayaran RM5.00.

7. Keropok Lekor Bukit Tok Beng (BTB) 2209, Seberang Takir
Cuti-cuti Malaysia Terengganu
Gambar: hasnulefendi.blogspot.com
  • Pada suatu ketika dahulu keropok lekor Losong amat dikenali. Namun kini keropok lekor yang sedap boleh didapati di Seberang Takir.
  • Uniknya, untuk membeli keropok lekor di sini anda perlu mengambil nombor giliran. 
  • Jika anda ingin pulang jauh, bolehlah meminta mereka membungkus keropok lekor itu secara vakum. 

8. Pasar Payang, Kuala Terengganu
Cuti-cuti Malaysia Terengganu
Gambar: ipohmalay.blogspot.com
  • Pelbagai barangan seperti kraftangan, tembaga, makanan tradisional, pakaian dan batik boleh dibeli di Pasar Payang. 
  • Di sini anda boleh tawar-menawar ketika membeli barangan. 

Banyak lagi tempat menarik yang lain di negeri Terengganu untuk dikunjungi. Negeri ini masih mengekalkan tradisi dan budaya masyarakat Melayu. Jom cuti-cuti Malaysia Terengganu bersama keluarga dan teman-teman tersayang. 




30 January 2013

Bahaya Kolesterol

Assalamualaikum,

Setiap individu pasti inginkan tubuh yang sihat. Pengambilan makanan yang tinggi kolesterol boleh membahayakan kesihatan kita. Penyakit seperti darah tinggi dan sakit jantung adalah berpunca dari kolesterol yang tinggi.

Beberapa jenis makanan dan kandungan kolesterol adalah seperti berikut:

1. Kolesterol paling rendah (0-10 mg)
Jenis makanan - sayur-sayuran dan buah-buahan

2. Kolesterol rendah (10-30 mg)
Jenis makanan - ikan, keju dan susu

3. Kolesterol sederhana (30-100 mg)
Jenis makanan - ayam, daging, kambing dan sesetengah ikan

4. Kolesterol tinggi (100-300 mg)
Jenis makanan - hati, limpa, udang, sotong dan mentega

5. Kolesterol paling tinggi (melebihi 300 mg)
Jenis makanan - otak, telur, ikan masin dan udang kering

*Nota: Pengiraan kandungan kolesterol  di atas adalah bagi 100gm makanan. 

Oleh itu, kita perlulah bijak memilih makanan yang rendah kandungan kolesterol agar kesihatan badan berada di tahap yang optimum. Untuk pemilihan makanan yang bersesuaian, anda bolehlah merujuk artikel keperluan kalori seharian

29 January 2013

Projek National Key Economic Areas (NKEA) Sektor Akuakultur

Assalamualaikum,

Projek NKEA Pertanian (Agriculture) merupakan salah satu daripada 12 projek di bawah Program Transformasi Kerajaan. 

Di bawah NKEA Pertanian (Agriculture), sebanyak 17 Entry Point Project (EPP) telah dikenalpasti berpotensi menyumbangkan kepada Gross National Income (GNI) sebanyak RM 17.25 billion serta mewujudkan peluang pekerjaan menjelang tahun 2020. 

Daripada 17 EPP yang dikenalpasti, sebanyak 3 EPP termasuk dalam sektor akuakultur iaitu:
  • EPP#3 (Rumpai Laut)
  • EPP#4 (Sistem Sangkar Bersepadu)
  • EPP#6 (Sistem Kolam Bersepadu)

Pemberian insentif infrastruktur asas kepada syarikat swasta yang layak sehingga 30% daripada kos projek yang dicadangkan. Untuk maklumat lanjut mengenai syarat kalayakan dan permohonan, boleh melayari laman web Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (http://www.moa.gov.my/web/guest/nkea-sektor-pertanian)  atau laman web PEMANDU NKEA Pertanian (http://etp.pemandu.gov.my./).  

Kadar Gula dalam Makanan

Assalamualaikum,

Secara puratanya, setiap hari sebanyak 24 sudu teh (120 gm) gula termasuk gula tersembunyi diambil oleh seorang individu di Malaysia. Kadar gula ini adalah 2.5 kali lebih tinggi dari yang disarankan untuk seorang individu.

Kadar Gula dalam Makanan

Sebelum ini telah dibincangkan mengenai cara untuk kurangkan gula dalam makanan. Beberapa jenis makanan dan minuman dan kadar gula di dalamnya disenaraikan seperti berikut:
    1. Minuman bergas (tin 435 ml) - 9 sudu teh
    2. 1 potong pai epal (200 gm) - 9 sudu teh
    3. Minuman  kotak (285 ml) - 5 sudu teh 
    4. Kordial (1 gelas) - 5 sudu teh
    5. Ais krim (sepotong) - 4 sudu teh
    6. Jem (1 sudu makan) - 3 sudu teh 
    7. Bijirin sarapan pagi - 3 sudu teh 
    8. Kuih koci (50 gm) - 2 sudu teh
    9. Kuih seri muka (50 gm) - 1 sudu teh
    10. Biskut berkrim (1 keping) - 1 sudu teh
Purata kadar gula yang diambil sederhana dalam sehari adalah 10 sudu teh (50 gm) termasuk gula yang ditambah atau tersembunyi. Oleh itu, pilihlah makanan yang kurang gula dalam diet seharian bagi mengekalkan kesihatan yang baik. 

26 January 2013

Khasiat Sebiji Buah Kelapa

Assalamualaikum,

Kelapa merupakan tumbuhan saka yang tumpuh di hampir semua kawasan tropika. Ianya mula ditanam secara komersial di Malaysia seawal tahun 1900 terutamanya di kawasan pesisiran pantai. Kegunaannya dapat dilihat bermula dari daun sehiggalah ke isinya.

Buah yang berkhasiat
Kelapa terkenal kerana airnya yang segar dan nikmatnya sebagai pelepas dahaga. Hampir setiap bahagian dari pohon kelapa mampu menyumbangkan pelbagai khasiat bermanfaat bagi tujuan kesihatan dan kecantikan. 

1) Buah kelapa muda
Kelapa muda berkhasiat untuk menyembuhkan penyakit demam campak serta penawar racun secara perubatan tradisional. 

2) Santan kelapa
Santan adalah isi kelapa tua yang telah diproses samaada dalam bentuk serbuk atau cecair pekat. Ianya kaya dengan vitamin A, B dan C serta mineral (kalsium dan zat besi). Secara tradisional, santan digunakan untuk melebat, menghitam, melembut dan menyegarkan rambut kering.

3) Minyak kelapa dara
Minyak kelapa dara diproses tanpa haba dan bahan kimia. Berdasarkan fakta kajian, ianya mampu membunuh virus, bakteria, parasit dan kulat serta agen penyembuhan pelbagai penyakit. Ia bermanfaat untuk meningkat serta memperbaiki sistem pertahanan badan, meningkatkan fungsi kelenjar tiroid, melindungi kesan sinaran ultra violet (UV) dalam cahaya matahari, meningkatkan penghadaman dan penyerapan khasiat makanan dan berupaya menurunkan berat badan.

24 January 2013

Testimoni Pemanggang Ajaib

Assalamualaikum,

Kesihatan perlu dijaga dengan mengurangkan pengambilan makanan yang berminyak, berlemak, berlebihan garam dan gula yang tinggi. Kaedah alternatif untuk mengurangkan minyak dalam makanan adalah dengan membakar, memanggang atau merebus.

Kaedah-kaedah di atas memerlukan masa terutamanya bagi wanita bekerjaya yang sibuk. Aku nak share pengalaman menggunakan sendiri 1 pemanggang yang simple. Ianya dikenali sebagai Pemanggang Ajaib. Aku beli dengan kakak aku dengan harga RM129.00.. 

Pemanggang Ajaib
Pemanggang Ajaib
Beberapa masakan aku dah try masak termasuk ikan bakar, ayam bakar dan sate ayam. Rasanya sedap macam yang dimasak dengan kaedah biasa. Cuma minyak dapat dikurangkan dan kalau tak nak guna minyak pun boleh. Kerana permukaan dalamnya tidak melekat dan senang dibersihkan.


^_^

23 January 2013

Tips Dapatkan Jodoh

Assalamualaikum,

Telah menjadi lumrah kehidupan, setiap insan telah dilahirkan berpasangan sejak di azali. Namun hanya qadak dan qadar Allah SWT sahaja yang menentukan siapakah jodoh kita dan bagaimanakah caranya kita bertemu dengan jodoh itu. Sebagai manusia biasa, kita harus berusaha untuk memiliki apa yang dihajati. Jangan berputus asa berdoa, berusaha dan bertawakal.


Di sini aku ingin kongsikan beberapa tips yang mungkin boleh  dipraktikkan bersama sebagai usaha:
  • Amalkan membaca surah Yasin setiap malam  dan niatkan supaya Allah SWT segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. 
  • Amalkan membaca surah al-Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supaya Allah SWT segerakan jodoh serta mengurniakan jodoh yang baik dan soleh.
  • Setiap kali selepas solat Fardhu 5 waktu, luangkan masa untuk berdoa 20-30 minit dengan kusyuk dan ikhlas hati. Mulakan berdoa dengan selawat dan akhiri dengan selawat juga. 
  • Bangun di tengah malam untuk menunaikan solat Tahajud 2 rakaat, solat Taubat 2 rakaat dan solat Hajat seberapa banyak yang mampu (ulangi solat hajat dan berdoa sehingga timbul keyakinan bahawa Allah SWT memakbulkan doa). 
  • Berdoa dengan kusyuk di waktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Di antara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5 pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.
  • Lakukan juga amalan-amalan lain yang baik seperti bersedekah, berzikir dan mengziarahi orang sakit. 
  • Betulkan niat berkahwin kerana Allah SWT, untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. 
  • Jaga punca rezeki, makanan, pakaian atau apa sahaja agar ianya bukan dari sumber haram, subhat, kotor atau makruh.

Khasiat Kurma

Assalamualaikum,

Kurma merupakan tumbuhan palma yang kaya dengan pelbagai khasiat khususnya untuk meningkatkan tahap kesihatan. Ianya mampu menyumbangkan tenaga segera kepada seseorang yang sedang lapar. Itulah antara hikmah memakan kurma ketika bersahur dan berbuka puasa. 

Kurma boleh dimakan segar atau kering. Pengeluar kurma dunia ialah Arab Saudi, Iraq, Iran, Mesir, Tunisia dan Algeria. Kini pelbagai produk telah dihasilkan dari kurma seperti jus kurma, jem, sirap, produk roti dan bahan tambah dalam aiskrim.

Buah Kurma
Berikut merupakan beberapa khasiat yang terkandung dalam buah kurma:
  1. Kurma bersama kulitnya kaya dengan serat yang baik untuk mencegah barah usus dan melawaskan penghadaman;
  2. Ia mengandungi potassium yang tinggi yang diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf;
  3. Khasiatnya setanding dengan kismis di dalam peningkatan daya ingatan;
  4. Buah ini tidak mengandungi kolestrol dan lemak, jadi ianya baik untuk meredakan tekanan darah tinggi; 
  5. Jus kurma dapat mengatasi masalah insomnia dan batuk;
  6. Ia kaya dengan zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita hamil dan selepas bersalin; dan
  7. Kandungan kalium yang tinggi mampu mencegah penyakit strok. 

22 January 2013

Tips Membuat Keputusan

Assalamualaikum,

Membuat keputusan adalah sesuatu yang sukar kerana ianya melibatkan kesan terhadap masa hadapan. Setiap hari kita dibebani oleh pelbagai permasalahan terutamanya berkaitan kerjaya,cinta, rumahtangga dan banyak lagi. Keputusan yang terbaik perlu dibuat bagi melancarkan perjalanan hidup. 

Berikut merupakan perkongsian beberapa tips membuat keputusan:
  • Perlu berfikir secara rasional dan logik
  • Jika masalah rumit, perlu melakukan solat Istikarah agar Allah SWT memberi petunjuk dan dibukakan hati memilih kebenaran
  • Perlulah berdasarkan kesan kepada kebaikan berbanding keburukan
  • Perlu mempertimbangkan kesan kemungkinan dari keputusan yang dibuat
  • Yakin terhadap keputusan yang dibuat dan berani menanggung risiko
Tiada masalah tanpa penyelesaian. Buatlah pilihan yang bijak.