23 January 2013

Khasiat Kurma

Assalamualaikum,

Kurma merupakan tumbuhan palma yang kaya dengan pelbagai khasiat khususnya untuk meningkatkan tahap kesihatan. Ianya mampu menyumbangkan tenaga segera kepada seseorang yang sedang lapar. Itulah antara hikmah memakan kurma ketika bersahur dan berbuka puasa. 

Kurma boleh dimakan segar atau kering. Pengeluar kurma dunia ialah Arab Saudi, Iraq, Iran, Mesir, Tunisia dan Algeria. Kini pelbagai produk telah dihasilkan dari kurma seperti jus kurma, jem, sirap, produk roti dan bahan tambah dalam aiskrim.

Buah Kurma
Berikut merupakan beberapa khasiat yang terkandung dalam buah kurma:
  1. Kurma bersama kulitnya kaya dengan serat yang baik untuk mencegah barah usus dan melawaskan penghadaman;
  2. Ia mengandungi potassium yang tinggi yang diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf;
  3. Khasiatnya setanding dengan kismis di dalam peningkatan daya ingatan;
  4. Buah ini tidak mengandungi kolestrol dan lemak, jadi ianya baik untuk meredakan tekanan darah tinggi; 
  5. Jus kurma dapat mengatasi masalah insomnia dan batuk;
  6. Ia kaya dengan zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita hamil dan selepas bersalin; dan
  7. Kandungan kalium yang tinggi mampu mencegah penyakit strok. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen.. ^_^