Assalamualaikum,
Terengganu adalah salah satu negeri Pantai Timur yang kaya dengan pelbagai destinasi menarik seperti pulau, air terjun serta tempat bersejarah untuk dikunjungi. Cuti-cuti Malaysia Terengganu pastinya menjanjikan pengalaman yang menarik.
Antara tempat yang boleh dikunjungi untuk Cuti-cuti Malaysia Terengganu adalah seperti berikut:
1. Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man
Gambar: flickr.com |
- TTI telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 3 Februari 2008 mempunyai keluasan 22.3 Hektar.
- TTI merupakan sebuah taman yang mempamerkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelusuk dunia.
- Masjid Kristal yang menjadi mercu tanda bagi Kuala Terengganu merupakan ikon utama TTI telah dirasmikan oleh Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 8 Februari 2008
- Masjid yang berkeluasan 2,146 meter persegi ini diperbuat dari kaca dan keluli. Ia mampu memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa.
- Bahagian monumen masjid adalah merupakan di antara bahagian paling ramai pengunjung. Bahagian ini mengandungi 21 monumen masjid dari seluruh dunia yang dibina pada nisbah skala 1:8 berbanding saiz asal.
2. Pulau Redang dan Pulau Kapas
Gambar: panoramio.com |
- Pulau Redang dan Pulau Kapas pasti menenangkan jiwa anda yang ingin merehatkan minda jauh dari memikirkan kerja dan hiruk pikuk bandar.
- Kedua-dua pulau ini merupakan habitat kepada pelbagai hidupan laut seperti ikan, terumbu karang dan penyu.
- Kepada anda yang suka menyelam, berenang, berkayak dan snorkeling bolehlah berbuat demikian di sini.
- Bagi anda yang suka memancing dilarang berbuat demikian di Pulau Redang (Akta Taman Laut). Namun di Pulau Kapas anda bolehlah memancing.
3. Lata Tembakah dan Air Terjun Sekayu
Gambar: tulisanrazyk.blogspot.com |
- Lata Tembakah terletak di Hutan Simpan Pelagat, Jertih (24 kilometer dari bandar Jertih dan 130 kilometer dari Kuala Terengganu). Air terjun ini mempunyai 7 tingkat air terjun dan beberapa kolam takungan untuk bermandi-manda.
- Air Terjun Sekayu terletak 56 kilometer dari bandar Kuala Terengganu dan 16 kilometer dari pekan Kuala Berang. Ia termasuk dalam kawasan hutan simpan Hulu Terengganu yang kaya dengan pelbagai spesis tumbuh-tumbuhan.
4. Tasik Kenyir, Hulu Terengganu
Gambar: forum.xcitefun.net |
- Tasik Kenyir adalah tasik buatan manusia yang terbesar di Asia (lebih daripada 209,199 hektar).
- Ia dikelilingi oleh hutan hujan tertua di dunia dan menjadi pintu masuk alternatif ke Taman Negara.
- Sebanyak 340 pulau dan 14 buah air terjun serta anak sungai dan jeram terdapat di seluruh Tasik Kenyir.
- Tasik Kenyir menjadi habitat semulajadi untuk pelbagai spesis ikan air tawar dan hidupan eksotik.
- Kepada pencinta alam semulajadi bolehlah berkunjung ke Tasik Kenyir.
5. Memorial Batu Bersurat di Kuala Berang, Hulu Terengganu
Gambar: doulnut.com |
- Batu Bersurat Terengganu adalah bukti terawal penyebaran Islam di Semenanjung Tanah Melayu.
- Tulisan pada batu itu menjelaskan perintah dan penguatkuasaan undang-undang Islam dan hukuman itu.
- Kini replika batu bersurat ini telah dibina di Kampung Buluh, Kuala Berang sebagai peringatan mengenai kepentingan Kuala Berang sebagai pelabuhan pilihan di kalangan pedagang antarabangsa pada zaman dahulu.
6. Gunung Tebu, Besut
Gambar: buttet.wordpress.com |
- Gunung Tebu adalah gunung tertinggi di Terengganu dengan ketinggian kira-kira 1,039 meter (paras laut).
- Jika ada ingin mendaki Gunung Tebu perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada Jabatan Perhutanan. Setelah sesi taklimat, anda akan diberikan pas dengan bayaran RM5.00.
7. Keropok Lekor Bukit Tok Beng (BTB) 2209, Seberang Takir
Gambar: hasnulefendi.blogspot.com |
- Pada suatu ketika dahulu keropok lekor Losong amat dikenali. Namun kini keropok lekor yang sedap boleh didapati di Seberang Takir.
- Uniknya, untuk membeli keropok lekor di sini anda perlu mengambil nombor giliran.
- Jika anda ingin pulang jauh, bolehlah meminta mereka membungkus keropok lekor itu secara vakum.
8. Pasar Payang, Kuala Terengganu
Gambar: ipohmalay.blogspot.com |
- Pelbagai barangan seperti kraftangan, tembaga, makanan tradisional, pakaian dan batik boleh dibeli di Pasar Payang.
- Di sini anda boleh tawar-menawar ketika membeli barangan.
Banyak lagi tempat menarik yang lain di negeri Terengganu untuk dikunjungi. Negeri ini masih mengekalkan tradisi dan budaya masyarakat Melayu. Jom cuti-cuti Malaysia Terengganu bersama keluarga dan teman-teman tersayang.
nice info Senarai hotel murah Malaysia
ReplyDeleteSlm... Sy seorg runner pekej bercuti ke pulau redang..
ReplyDeleteSesiape yg berminat nk ke pulau redang bleh call or whatsup no ni..
0179799773 atau lawat fb page sy di..
Blackyellowholiday