Assalamualaikum,
Telah menjadi lumrah kehidupan, setiap insan telah dilahirkan berpasangan sejak di azali. Namun hanya qadak dan qadar Allah SWT sahaja yang menentukan siapakah jodoh kita dan bagaimanakah caranya kita bertemu dengan jodoh itu. Sebagai manusia biasa, kita harus berusaha untuk memiliki apa yang dihajati. Jangan berputus asa berdoa, berusaha dan bertawakal.
Di sini aku ingin kongsikan beberapa tips yang mungkin boleh dipraktikkan bersama sebagai usaha:

- Amalkan membaca surah Yasin setiap malam dan niatkan supaya Allah SWT segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman.
- Amalkan membaca surah al-Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supaya Allah SWT segerakan jodoh serta mengurniakan jodoh yang baik dan soleh.
- Setiap kali selepas solat Fardhu 5 waktu, luangkan masa untuk berdoa 20-30 minit dengan kusyuk dan ikhlas hati. Mulakan berdoa dengan selawat dan akhiri dengan selawat juga.
- Bangun di tengah malam untuk menunaikan solat Tahajud 2 rakaat, solat Taubat 2 rakaat dan solat Hajat seberapa banyak yang mampu (ulangi solat hajat dan berdoa sehingga timbul keyakinan bahawa Allah SWT memakbulkan doa).
- Berdoa dengan kusyuk di waktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Di antara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5 pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.
- Lakukan juga amalan-amalan lain yang baik seperti bersedekah, berzikir dan mengziarahi orang sakit.
- Betulkan niat berkahwin kerana Allah SWT, untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah.
- Jaga punca rezeki, makanan, pakaian atau apa sahaja agar ianya bukan dari sumber haram, subhat, kotor atau makruh.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi komen.. ^_^