30 November 2013

Blogger's Birthday Segment

Assalamualaikum,
Salam sejahtera!

Segment untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara bloggers :D
For more info + to join, click on the picture :)
*****
Saya dilahirkan pada: 20 Disember

^_^

Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Assalamualaikum,

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat
  2. Masalah period / haid 
  3. Masalah tumit / tapak kaki 
  4. Testimoni kuku dan rambut
  5. Testimoni lelaki 
  6. Testimoni menyusukan anak
  7. Pelbagai masalah lain
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 


Jom dapatkannya sekarang...

Official Website : www.oceanlife2u.com
Fanpage : www.facebook.com/oceanlife2u
Twitter : https://twitter.com/Ephyra2u
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.

Cara Hilangkan Jerawat

Assalamualaikum, 

Ketika zaman remaja dulu aku pernah mengalami masalah jerawat yang serius. Pelbagai produk kecantikan telah dicuba pada waktu itu namun tidak berkesan. Akhirnya cara hilangkan jerawat menggunakan bahan semulajadi juga yang berkesan.

<img alt="HTML5" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh9CguHve5orP7z5aovpoJ6pBxdTWA41hbfCWdbK_YlzKLffLsf7TkiN4x07E7MAweJVu7KUPUlhHmSz26gfj8jKUrk_HEzhksGAWoD-iG5jb2CpTAX7WJdjZ5cmnNLmBMLId7YDByAhhZG/s1600/cara-hilangkan-jerawat.jpg" />
Cara Hilangkan Jerawat (Gambar hiasan) - thegreenbeautyguide. com
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai rawatan rambut secara tradisional. Berikut beberapa cara yang telah aku lakukan untuk hilangkan jerawat:

1. Hilangkan jerawat dengan air  basuhan beras
Ambil air basuhan beras dan basuh muka anda sambil berselawat tiga kali. Biarkan ia mengering sendiri dimuka dan bilas dengan air suam. 

2. Hilangkan jerawat dengan asam jawa dan kunyit
Tumbuk sedikit kunyit hidup dan campurkan dengan air asam jawa. Sapukan di muka anda pada setiap malam dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bolehlah basuh muka anda dengan air. 

3. Hilangkan jerawat dengan tomato
Ambil sebiji tomato bersaiz sederhana dan belah kepada dua. Sapukan isi buah tomato itu di muka anda dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas muka dengan air.

Sebenarnya banyak lagi cara semulajadi yang boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat di muka. Jangan biarkan masalah jerawat di muka menjejaskan penampilan diri. 

Cara Hilangkan Jerawat


Oleh itu usah berputus asa untuk terus mencuba. Keberkesannya cara hilangkan jerawat yang dikongsikan ini mungkin juga bergantung kepada jenis kulit. Tidak salah cuba menggunakan bahan-bahan semulajadi. Selamat mencuba.. 

 ^_^

29 November 2013

Batu Karang di Taman Laut

Assalamualaikum, 

Batu karang adalah sejenis hidupan unik yang mengambil masa beratus tahun untuk membentuk struktur seperti sekarang. Ianya menjadi habitat kepada lebih daripada 3,000 spesis hidupan marin. Sebelum ini telah dibincangkan mengenai kelunturan karang

Batu Karang di Taman Laut
Batu Karang di Taman Laut (Gambar hiasan) - Google
Taman Laut menyediakan habitat semulajadi bagi tujuan pemuliharaan karang dan hidupan marin. Sehingga kini terdapat 42 buah pulau telah dizonkan sebagai Taman Laut di Malaysia. Ianya juga dibuka kepada umum bagi tujuan pelancongan.

Aktiviti seperti snorkeling dan scuba diving boleh dilakukan oleh pengunjung di kawasan Taman Laut. Namun beberapa perkara perlu dipatuhi oleh pengunjung adalah seperti berikut:
  • Dilarang berdiri di atas batu karang. 
  • Sekiranya menaiki kapal, sauh adalah dilarang dilabuhkan di kawasan Taman Laut. 
  • Tidak dibenarkan menyentuh dan mengganggu karang
  • Dilarang membuang sampah. 
Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memulihara khazanah alam (batu karang) yang sangat cantik dan beharga ini untuk terus dinikmati oleh generasi yang akan datang. Kita semua adalah penentu masa hadapan alam kita. 

Rujukan: NRE

^_^

28 November 2013

Kenapa Tak Dapat Follow Kembali

Assalamualaikum, 

Pertama sekali jutaan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan blogger atau pengunjung yang sudi singgah dan follow di blog Dunia Kecil Mizz Aiza. Kebiasaannya aku akan cuba untuk menjejaki semula blogger yang sudi follow.

Namun perkara-perkara berikut telah menghalang aku untuk menjejaki anda semula:

1. Profile Not Available

2. Tiada link blog diletakkan di Profil Google Plus

3. Tiada link blog diletakkan di Profil Blogger

4. Tiada link diletakkan di profil

Untuk selesaikan kes nombor 4 tu anda boleh mencuba seperti berikut:

1. Pergi ke Dashboard blog anda. Klik blogger profile

2. Akan keluar seperti di bawah ini dan klik edit profile.

3. Tick di show my profile dan select blogs to display seperti di bawah. Tekan save

^_^

Segmen "Saya Blogger Hawwt" by Labyrinth

Assalamualaikum,

Segmen ini dianjurkan oleh blogger Zafirah Fadzlan.

Klik banner di atas untuk join

 ^_^

Rahsia Zuhud

Assalamualaikum, 

Zuhud bermaksud  meninggalkan perkara yang disukai kerana mengharapkan sesuatu perkara yang lebih baik daripada itu. Sebelum ini telah dibincangkan mengenai orang yang dicintai oleh Allah SWT

Rahsia Zuhud
Rahsia Zuhud (Gambar hiasan) - Google
Pada suatu hari seorang lelaki bertanya kepada Hasan Bashri, "Wahai imam, apakah rahsia dari sikap zuhudmu terhadap dunia?". Beliau menjawab terdapat empat perkara yang menjadi rahsia Zuhud iaitu:
  1. Ketika aku mengetahui bahawa rezekiku tidak diambil oleh orang lain, tenanglah hatiku.
  2. Ketika aku mengetahui bahawa amalku tidak akan dikerjakan oleh orang lain, aku menyibukkan diriku dengannya. 
  3. Ketika aku mengetahui bahawa Allah SWT selalu mengawasi diriku, aku malu apabila Dia melihatku melakukan maksiat.
  4. Ketika aku telah mengetahui bahawa maut sedang menungguku, aku mempersiapkan bekal untuk menghadap Tuhanku. 
Kesusahan, kesakitan, kekurangan harta dan lain-lain dugaan dianggap sebagai ujian hidup. Ujian ini adalah tanda kasih sayang Allah SWT sebagai kifarah dosa-dosa dan mengangkat martabat seorang manusia disisi-Nya. 

Rujukan: 
  1. Buku Apa Ertinya Dunia Bagiku &97 Kisah Teladan (2003), Mohd Najib Iskandar, Jasmine Enterprise
  2. kemusykilan.islamgrid.my/questions/view/13417/page:3365
^_^

27 November 2013

Wordless Wednesday # 22 - Bunga Merah

Assalamualaikum,

Wordless Wednesday # 22 - Bunga Merah

Wordless Wednesday # 22 - Bunga Merah

Wordless Wednesday # 22 - Bunga Merah

Wordless Wednesday # 22 - Bunga Merah

Wordless Wednesday # 22 - Bunga Merah

Wordless Wednesday # 22 - Bunga Merah

Wordless Wednesday # 22 - Bunga Merah

Sumber gambar : Google
 ^_^

Akibat Ilmu Hitam

Assalamualaikum, 

Kejadian yang berlaku pada tahun 2009 ini diceritakan semula oleh kawan aku (tempat dirahsiakan). Kawan aku menyewa di rumah flat. Pada satu hari gempar apabila seorang gadis terjatuh dari tingkat 8 rumah flat di blok sebelah rumahnya.

Akibat Ilmu Hitam
Akibat Ilmu Hitam (Gambar hiasan) - Google
Gadis itu tinggal bersama abangnya sejak mengalami kemurungan. Semuanya bermula ketika dia bekerja di salah sebuah agensi. Dia telah menolak cinta seorang lelaki yang meminatinya. Akibatnya lelaki itu berdendam dan membomohkan gadis itu.

Setiap hari gadis itu akan mengalami halusinasi yang serius sehingga seringkali ternampak dan mendengar suara yang menyeru namanya. Sebelum kejadian itu dia ada memberitahu keluarganya ada suara dari luar rumah yang memanggil namanya.

Sehinggalah pada hari kejadian dia bersendirian di bilik. Tiba-tiba kedengaran benda terjatuh. Rupa-rupanya gadis itu telah terjatuh melalui tingkap. Kematiannya diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Tak pasti sama ada dia memang berniat membunuh diri atau terjatuh. 

*Nota: Walaupun zaman semakin moden, amalan khurafat yang melibatkan ilmu hitam dan bomoh masih diamalkan. Bersamalah kita menjauhi amalan khurafat yang boleh merosakkan iman kita. 

 ^_^

26 November 2013

Pendaftaran i-Akaun KWSP

Assalamualaikum, 

Jika sebelum ini untuk memeriksa baki caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu ke kiosk yang disediakan olah KWSP atau di sesetengah Bank RHB. Kini hanya dari rumah anda boleh menyemak maklumat akaun KWSP. 

Semuanya kini di hujung jari dan anda hanya perlu mendaftar i-Akaun KWSP seperti berikut:

1. Pergi ke kiosk KWSP yang terdekat untuk mendapatkan 6 Digit Kod Pengaktifan. 
Pendaftaran i-Akaun KWSP

2. Login ke laman web Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Pendaftaran i-Akaun KWSP

4. Tandakan setuju dan klik 'Seterusnya'.
Pendaftaran i-Akaun KWSP

5. Masukkan maklumat No. MyKad dan 6 Digit Kod Pengaktifan (dari langkah 1). Klik 'Seterusnya'. Lengkapkan semua maklumat yang diminta. Siap.. 
Pendaftaran i-Akaun KWSP

6. Untuk menyemak maklumat, login akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Masukkan ID dan kata laluan kemudian klik teruskan.
Pendaftaran i-Akaun KWSP

Melalui akaun ini juga anda boleh menukar maklumat seperti alamat dan menyemak penyata tahunan. Selamat mencuba..


 ^_^

Atasi Kemurungan

Assalamualaikum, 

Pada setiap hari kita tidak terlepas dari masalah. Terlalu memikirkan mengenai masalah akan membuatkan jiwa tertekan dan akhirnya mengakibatkan kemurungan. Oleh itu kita harus atasi kemurungan itu. Sebelum ini telah dibincangkan cara hilangkan kesedihan di hati

Atasi Kemurungan
Atasi Kemurungan (Gambar hiasan) - Facebook
Beberapa cara seperti berikut mungkin dapat atasi kemurungan:

1. Bersenam dan pemakanan seimbang
Ketika bersenam hormon serotonin dan testosteron yang menstabilkan perasaan akan dirembeskan. Pengambilan pemakanan yang seimbang mengikut piramid makanan dapat membantu mengawal emosi serta memulihkan perasaan kecewa. 

2. Berkongsi dengan orang lain 
Usah malu untuk meluahkan kepada orang yang dipercayai seperti ahli keluarga, pasangan (suami/isteri), rakan sekerja atau kawan baik. Atau boleh terus berjumpa perunding psikologi (psikiatri) bagi membantu mengetahui punca masalah serta mengurangkan masalah itu. Apabila telah meluahkan pasti bebanan emosi akan semakin berkurang. 

3. Berfikiran positif
Dengan berfikiran positif pasti dapat mengelakkan diri kita dari memikirkan perkara yang menyedihkan. Semua orang mempunyai masalah masing-masing. Apabila kita merasakan diri kita malang, sebenarnya ada insan lain yang lebih malang berbanding kita. 

4. Mengisi masa lapang dengan motivasi
Isi masa terluang dengan membaca bahan motivasi atau menonton ceramah motivasi. Pasti ada nasihat bagaimana untuk menangani kemurungan serta menghadapi kekecewaan yang dicadangkan. 

5. Menjaga hubungan dengan Allah SWT
Jika menjaga hubungan dengan Allah SWT, insya-Allah hati kita akan sentiasa berasa tenang dan positif. Amalkan membaca ayat suci al-Quran dan menunaikan solat sunat. Pasti syaitan pun takut untuk dekat dengan kita. 

6. Memelihara haiwan 
Haiwan peliharaan seperti kucing mempunyai perhubungan unik dengan tuannya. Perhubungan baik ini akan membantu kita menghadapi perasaan negatif dan mengelakkan kemurungan. 

Oleh itu, pelbagai kaedah boleh dilakukan untuk atasi kemurungan di dalam diri kita atau orang yang kita sayangi. Setiap manusia tidak akan terlepas dari masalah dan kesedihan. Berusahalah menjadi lebih baik dari semalam. 

 ^_^

25 November 2013

Aku di Hujung Minggu

Assalamualaikum, 

Pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas aku dan keluarga ke kenduri kahwin kawan adik aku di Kuantan, Pahang. Kami menginap di rumah kawan lama aku di sana memandangkan dia beria-ia mengajak. Dah melebihi 2 tahun aku tidak bertemu dengannya. 

Aku di Hujung Minggu
Anak kawan aku
Dia merupakan salah seorang kawan baik aku ketika belajar di Universiti Malaysia Terengganu dulu. Kini dia telah berkahwin dan memiliki seorang anak. Sangat terhibur dengan keletah si comel. Apabila mendukung anaknya terasa perasaan seorang ibu. 

Kepada rakan-rakan blogger yang singgah, terima kasih diucapkan kepada anda semua. Mohon maaf kerana tidak dapat membalas kunjungan kalian (aku membalas mana yang sempat saja ketika di sana). Insya-Allah pada hari ini aku akan membalas semuanya. 

 ^_^

24 November 2013

Usah Memberi Harapan Palsu

Assalamualaikum, 

Pernahkah anda memberikan harapan palsu kepada seseorang? Kadangkala kita tidak menyedari telah memberikan harapan palsu kepada seseorang. Kita mungkin menganggap dia sebagai kawan baik, namun sikap kita membuatkan si dia jatuh hati. 

Usah Memberi Harapan Palsu
Usah Memberi Harapan Palsu (Gambar hiasan) - Facebook
Semuanya hanya kerana sikap kita yang seperti berikut:

Kata-kata manis 
Mungkin anda hanya berniat untuk bergurau dengannya. Sedangkan dia sudah mula berharap dan jatuh hati terhadap anda. Contohnya, "Kalau dah kahwin nanti bolehlah kita makan bersama setiap hari."  

Terlalu mengambil berat
Si dia akan perasan dan mula jatuh hati terhadap anda jika anda terlalu mengambil berat terhadapnya. Contohnya si dia demam dan anda mesej kepadanya, "Awak jaga diri elok-elok. Kalau dekat boleh saya temankan dan jaga awak." 

Berkongsi rahsia dan suka duka
Jika si dia menjadi tempat anda berkongsi rahsia dan masalah suka duka pasti akan membuatkan dia perasan yang dirinya terlalu penting dalam hidup anda. 

Mungkin ianya bermula dengan kawan baik, namun jika anda terus bersikap seperti di atas akan membuatkan si dia perasan anda mencintainya. Oleh itu berterus-teranglah mengenai perasaan sebenar anda dan usah memberi harapan palsu. 

(Auto publish)
^_^

23 November 2013

Selamat Berhujung Minggu

Assalamualaikum, 

Beberapa hari ini aku agak sibuk, hinggakan untuk membalas kunjungan rakan blogger pun tidak sempat. Tengahari ini insya-Allah aku sekeluarga akan bertolak ke Pahang untuk menghadiri kenduri kahwin kawan adik aku. 

Selamat Berhujung Minggu

Pagi semalam seperti biasa aku membawa mak ke Hospital Putrajaya untuk rawatan susulan. Kemudian aku telah ke bengkel kereta untuk membuat alignment dan balancing kereta. Untuk perjalanan jauh pada hari ini perlu pastikan kereta dalam keadaan yang baik. 

Mungkin entri untuk esok dibuat auto publish. Jika ada liputan internet di sana insya-Allah bolehlah aku blogwalking malam. Doakan keselamatan aku pergi dan balik ke sana. Kerana inilah kali pertama aku akan memandu ke Pantai Timur (sebelum ini ke sana menaiki bas). 

Selamat berhujung minggu kepada semua rakan-rakan blogger

 ^_^

22 November 2013

Solat Menghilangkan Rasa Sakit

Assalamualaikum, 

Kisah yang aku kongsikan pada hari ini melalui pembacaan aku dalam buku 'Berubat dengan Solat'. Ketika dalam satu peperangan, Ali bin Abi Talib telah terkena anak panah pada bahagian belakang badannya yang membuatkan beliau merasa sangat sakit.

Solat Menghilangkan Rasa Sakit
Solat Menghilangkan Rasa Sakit (Gambar hiasan) - cintapencipta.com
Ada sahabat cuba mencabut anak panah itu, namun tidak berjaya dan beliau hanya menjerit kesakitan. Seorang sahabat yang lain mencadangkan agar beliau mendirikan solat. Anak panah itu dicabut secara perlahan-lahan ketika beliau sedang bersolat.

Setelah memberi salam beliau bertanya kepada sahabat, "Apakah anak panah itu telah keluar daripada tubuhku?" Jelaslah bahawa daya tumpuan sepenuhnya ketika bersolat mampu untuk menghilangkan rasa sakit ketika anak panah itu dicabut keluar. 

*Nota: Bersama-samalah kita mencari kusyuk di dalam mendirikan solat. Kerana dengan kusyuk di dalam solat pasti dapat memberikan kesan yang baik kepada kita. 

Sumber: Buku Berubat dengan Solat (2009), Fahrur Muis, PTS Islamika Sdn. Bhd.

^_^

21 November 2013

Membuat Gigi Palsu

Assalamualaikum, 

Memiliki senyuman yang menawan pastinya menjadi idaman setiap insan. Salah satu daripada penyeri kepada senyuman kita adalah gigi yang cantik. Namun tidak semua orang memiliki gigi yang sempurna. Salah satu alternatif adalah dengan membuat gigi palsu.

Membuat Gigi Palsu
Membuat Gigi Palsu (Gambar hiasan) - Google
Minggu lepas aku telah menemani mak aku membuat gigi palsu di klinik pergigian Putrajaya. Kos membuat gigi palsu penuh RM100.00. Mak aku juga pernah membuat gigi palsu penuh di klinik pergigian swasta dengan harga RM500.00 (harga bergantung kepada jenis dan kualiti). 

Jika di klinik pergigian Kerajaan mengambil masa dua hingga tiga bulan untuk membuat gigi palsu (tiga hingga enam kali lawatan). Manakala di klinik pergigian swasta hanya mengambil masa satu bulan saja untuk disiapkan.

Proses membuat gigi palsu adalah seperti berikut:
  • Kunjungan pertama -  doktor gigi akan memeriksa gigi dan mengambil acuan pertama (acuan digunakan untuk membuat model gigi bagi merancang dan merekabentuk gigi palsu).
  • Kemudian doktor gigi akan membuat persediaan yang perlu pada gigi mengikut reka bentuk gigi palsu, dan mengambil acuan kedua untuk dijadikan model lebih tepat.
  • Peringkat merekod gigitan -  Langkah ini adalah untuk merekod gigitan antara rahang atas dan bawah serta mengukur ruang yang ada di antara kedua rahang.
  • Peringkat percubaan -  Satu set awal gigi palsu yang diperbuat daripada lilin dibuat untuk anda mencubanya. 
  • Peringkat penyudahan -  Gigi palsu yang telah siap dimasukkan ke dalam mulut dan pelarasan dibuat sehingga anda berasa selesa memakainya. 
  • Peringkat rawatan susulan - Memastikan tisu mulut tidak luka akibat pemakaian gigi palsu dan untuk memastikan gigi palsu berfungsi baik.
  • Jika terdapat masalah atau tidak selesa, pesakit boleh datang kembali ke klinik pergigian. 
*Nota: Harga gigi palsu bagi klinik swasta berdasarkan harga klinik di tempat aku di Perak. Ianya mungkin berbeza mengikut tempat. 

Rujukan: Website myhealth

 ^_^

20 November 2013

Mawar Berduri

Assalamualaikum, 

Bunga mawar merupakan salah satu bunga yang disukai kerana rupanya yang cantik dan baunya yang harum. Namun di sebalik kecantikan dan keharumannya kita harus berhati-hati agar tidak menyentuh duri-durinya yang tajam. Kenapa mawar berduri?

Mawar Berduri
Mawar Berduri (Gambar hiasan) - Google
Tiba-tiba aku terfikir mengenai beberapa perkaitan di antara mawar berduri dan wanita:

  • Duri pada bunga mawar berfungsi untuk melindungi dirinya dari diganggu oleh musuh. Kerana sesuatu yang cantik (wanita) itu perlu dilindungi. Oleh itu menjadi tugas lelaki untuk menjadi duri bagi melindungi bunga mawar itu.
  • Bunga mawar kelihatan cantik namun sukar disentuh kerana dilindungi oleh duri-durinya. Begitu jugalah dengan wanita, cantik dipandang, namun sukar untuk didekati.

  • Perlu berhati-hati memegang bunga mawar jika tidak mahu tercucuk durinya. Begitu jualah dengan cinta terhadap wanita yang kelihatan indah, namun jika tidak berhati-hati pasti akan sakit dan kecewa.

Mungkin banyak lagi perkaitan lain berkenaan bunga mawar berduri dan wanita. Kerana setiap apa yang Allah SWT ciptakan itu pasti ada hikmah disebalik-Nya. 

 ^_^

19 November 2013

Mini GA: Like Saya Dalam Contest 3B

Assalamualaikum


Mini GA ini dianjurkan bertujuan untuk mengumpul Like untuk Baby Zara Soffiya Di dalam Contest Baby Di Facebook.

Syarat syarat Penyertaan yang amat mudah iaitu :-

1-Like Fanpage  di sini >> 3B
2-Like Gambar Baby Zara di sini >> Facebook 
3- Buat Entry Bertajuk "Mini GA: Like Saya Dalam Contest 3B"
4-Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5-Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entry ini


Mini GA ini berlangsung pada 18hb November hingga 12.00pm 24 November.



Pemenang akan dipilih melalui Random.org

Terima kasih

^_^

Segmen Macam Cantik Je Macam Comel Je

Assalamualaikum,

Tiba-tiba rasa tertarik untuk menyertai segmen anjuran blogger Mak Dara.


Segmen Macam Cantik Je Macam Comel Je
Klik banner di atas untuk join
Tak tahu nak letak gambar apa. Ambil gambar ni aje la (agak-agak nampak mata putih lebih sikit). 
Segmen Macam Cantik Je Macam Comel Je

 ^_^

Ketahui Kelemahan Diri Melalui Musuh

Assalamualaikum, 

Setiap hari pastinya kita berazam dan berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Ketahuilah bahawa setiap manusia pasti ada kekuatan dan kelemahan diri masing-masing. 

Ketahui Kelemahan Diri Melalui Musuh
Ketahui Kelemahan Diri Melalui Musuh (Gambar hiasan) - Google
Dengan mengetahui kelemahan diri kita pastinya baik untuk kita memperbaiki diri. Salah satu daripada cara untuk kita mengetahui kelemahan diri adalah dengan mendengarnya dari mulut musuh kita. Mungkin ianya kedengaran pelik.

Namun ketahuilah bahawa musuh kita pastinya akan jujur mengatakan kelemahan kita kerana di dalam hati mereka berasa benci dan dengki terhadap kita. Setiap tindakan kita pasti akan sentiasa diawasinya untuk dia mencari kekurangannya.

Sebaliknya sahabat baik kita pastinya hanya melihat diri kita dari sudut yang positif saja dan memuji setiap tindakan kita. Oleh itu, manfaatkanlah kritikan dari musuh anda untuk anda memperbaiki kelemahan diri anda. 

^_^

18 November 2013

Berangan Jadi Bos

Assalamualaikum,

Pada hari itu aku bekerja seperti biasa. Tiba-tiba bos menelefon dan meminta aku masuk ke biliknya. Rupa-rupanya beliau telah diarahkan oleh Ketua Pengarah untuk menghadiri mesyuarat dan membentangkan laporan projek di Kuantan, Pahang.

Berangan Jadi Bos
Berangan Jadi Bos (Gambar hiasan) - eddieonfilm.blogspot.com
Mesyuarat akan diadakan di Kuantan pada jam 2.00 petang hari itu juga. Sedangkan aku menerima arahan itu pada jam 11.00 pagi. Terus bos meminta aku dan seorang lagi rakan sekerja lelaki menyediakan bahan untuk mesyuarat itu. 

Mustahil untuk kami menyiapkan slide untuk dibentangkan sedangkan kami masih berada di Putrajaya dan masih belum bertolak. Penyelesaiannya kami diarahkan oleh bos untuk menyiapkan slide itu di dalam kereta beliau menuju ke sana. 

Itulah kali pertama aku menaiki kereta BMW bos dan  kereta itu dipandu sendiri olehnya. Disebabkan mengejar masa, bos telah memandu melebihi had laju yang ditetapkan iaitu mencecah sehingga 160-180 km/jam. 

Rasa ngeri ketika menaiki kereta yang dipandu laju. Alhamdulillah dalam masa dua jam lebih kami selamat tiba di Kuantan. Ketika perjalanan pulang bos yang memandu juga. Mulalah aku berangan jadi bos apabila duduk di tempat duduk belakang kereta. 

 ^_^

17 November 2013

Manfaat Coklat Hitam

Assalamualaikum,

Tentu ramai yang menggemari keenakan rasa coklat. Kini terdapat pelbagai produk berasaskan coklat terdapat di pasaran. Coklat hitam dikatakan baik untuk kesihatan. Namun, tahukah anda manfaat coklat hitam terhadap kesihatan anda?
  
Manfaat Coklat Hitam
Manfaat Coklat Hitam (Gambar hiasan) - Google
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai tenaga segera ketika lapar. Beberapa manfaat coklat hitam kepada kesihatan adalah seperti berikut

1. Mencegah penyakit jantung
Memakan coklat hitam dalam kuantiti yang kecil 2-3 kali seminggu boleh merendahkan tekanan darah anda. Ianya boleh meningkatkan aliran darah dan menghalang pembekuan darah serta arteriosclerosis (pengerasan arteri).

2. Baik untuk otak
Coklat hitam mengandungi phenylethylamine (PEA), iaitu sama seperti kimia yang dihasilkan oleh otak ketika jatuh cinta. PEA menggalakkan otak anda untuk menghasilkan endorphin yang membuatkan anda berasa gembira.

3. Mengawal gula darah
Coklat hitam dapat mengawal gula dalam darah serta melindungi dari penyakit diabetes (kencing manis). Kandungan flavanoid di dalam coklat hitam membantu meningkatkan pengeluaran insulin badan secara semulajadi. 

4. Antioksida
Coklat hitam mengandungi antioksida yang membantu tubuh anda bebas dari radikal bebas. Radikal bebas ini boleh menyebabkan penuaan dan kanser. Kandungan antioksida di dalam coklat hitam boleh melambatkan penuaan dan melindungi anda dari kanser.

5. Mengurangkan kaviti gigi
Tidak seperti gula-gula lain, coklat hitam mengurangkan risiko kaviti dengan syarat anda mengamalkan kebersihan gigi yang betul. 

6. Kandungan vitamin dan mineral
Coklat hitam mengandungi beberapa vitamin dan mineral seperti kalium, copper, magnesium dan besi. Kandungan copper dan kalium bermanfaat untuk mencegah penyakit kardiovaskular dan strok. Manakala besi mencegah anemia (kekurangan darah) dan magnesium mencegah diabetes, tekanan darah tinggi serta penyakit jantung.

Oleh itu usahlah ragu-ragu untuk mengambil coklat hitam. Tentu banyak manfaat coklat hitam yang akan anda perolehi.

Sumber

 ^_^

16 November 2013

Cara Topup Broadband Celcom Prepaid - Langgan Bulanan

Terdapat 3 pelan bulanan yang ditawarkan oleh Celcom iaitu:
  1. Bulanan RM58 - 4GB
  2. Bulanan RM38 - 2GB
  3. Bulanan RM25 - 1GB

Cara topup Celcom Prepaid Bulanan

Topup Broadband Celcom Prepaid


1. Taip *118# dan tekan kekunci dial.

2. Pilih Pelan2 Internet.

3. Pilih Langgan Pelan Internet.

4. Pilih BULANAN: RM58 4GB atau BULANAN: RM38 2GB atau BULANAN: RM25 1GB. 

5. Contohnya, jika anda memilih bulanan RM58, akan keluar ayat "Anda telah memilih BULANAN: RM58 4GB. Untuk melanggan tekan 1.

6. Pilih 1 .Teruskan.

7. Tunggu mesej dari Celcom (28882). RM) TQ! Ur request is being processed. Pls wait 4 the confirmation SMS to enjoy ur Internet Plan!

8. Setelah menerima confirmation SMS, anda boleh terus menggunakan internet. 



Simple Segmen #2 by Sally Samsaiman

Assalamualaikum, 

Simple Segmen ini anjuran blogger Sally. 

Simple Segmen #2 by Sally Samsaiman
Klik banner di atas untuk join
Tarikh tutup : 25 November 2013 (11.30 malam)

Tentang Sally:
Gadis yang meminati Yong Hwa dan Taufik Batisah ini seorang yang periang dan tidak sombong. Aku rasa terharu kerana walaupun baru mengenalinya, beliau selalu singgah di blog aku. Aku kagum dengan Sally kerana beliau pandai membahagikan masa di antara berblog, kerjaya, dan menyambung pengajian di UiTM.
Simple Segmen #2 by Sally Samsaiman
Curi gambar dari blog Sally
Sally meminati Doraemon dan CNBLUE kerana kedua-duanya bewarna biru dan semestinya pandai bernyanyi. Kalau perasan, template blog Sally juga dilatari oleh warna biru yang menyejukkan mata memandang (masa muda-muda dulu aku pernah suka warna biru).
Simple Segmen #2 by Sally Samsaiman
Curi gambar dari blog Sally
Salah satu impian Sally adalah untuk melancong ke Korea dan bertemu dengan kesayangannya Yong Hwa. Oleh itu, semoga impian Sally untuk melancong ke sana pada tahun hadapan akan menjadi kenyataan. Aku kagum dengan kegigihan beliau menabung untuk ke sana. 
Simple Segmen #2 by Sally Samsaiman
Curi gambar dari blog Sally
Akhir kata, semoga Sally akan terus ceria selalu dan semoga impiannya untuk bertemu dengan kesayangannya Yong Hwa akan menjadi kenyataan...
 ^_^

33 Days Lucky Draw Birthday Giveaway By AtienStory

Assalamualaikum,

Malam ini aku ingin join segman yang dianjurkan oleh blogger Atien Zuraidah sempena hari lahir beliau yang ke-33 tahun. 

Klik banner di atas untuk join
Tarikh tutup : 3 Disember 2013 (3.30 petang)

Ucapan:
Aiza doakan semoga kak dipanjangkan usia dan diberkati oleh Allah SWT selalu. Semoga kak terus murah rezeki dan sentiasa ceria di samping keluarga tercinta. 

 ^_^

Hanya kerana Big Apple

Assalamualaikum, 

Kejadian ini berlaku ketika aku sedang menunggu adik aku di sebuah perhentian bas. Kebetulan terdapat satu tempat duduk kosong di situ. Malangnya ianya telah diletakkan kotak berisi donut Big Apple kepunyaan seorang wanita yang menunggu bas di situ. 

Hanya kerana Big Apple
Hanya kerana Big Apple
Apa yang aku kesalkan adalah sikap sesetengah individu yang memandang remeh terhadap perkara ini. Sedangkan kemudahan awam untuk dikongsi bersama pengguna yang lain. Kebanyakan orang tiada kesedaran sivik. 

Contoh lain yang aku pernah lihat ketika menaiki LRT terdapat individu yang tidak menghormati orang tua dan wanita mengandung yang berdiri. Boleh pula mereka buat-buat muka selamba dan berpura-pura tidak nampak.

Ke manakah menghilangnya sikap berbudi bahasa dalam diri mereka? Oleh itu, usah terlalu mementingkan diri sendiri saja. Sesekali fikirkanlah kesusahan insan lain di sekeliling anda (pesanan ini untuk diri aku sendiri juga). 

*Kesedaran sivik: Rasa sedar yang mendalam dan berterusan yang wujud dari hati seseorang atas dasar tanggungjawab untuk memelihara hak serta kepentingan awam. 

^_^