17 November 2013

Manfaat Coklat Hitam

Assalamualaikum,

Tentu ramai yang menggemari keenakan rasa coklat. Kini terdapat pelbagai produk berasaskan coklat terdapat di pasaran. Coklat hitam dikatakan baik untuk kesihatan. Namun, tahukah anda manfaat coklat hitam terhadap kesihatan anda?
  
Manfaat Coklat Hitam
Manfaat Coklat Hitam (Gambar hiasan) - Google
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai tenaga segera ketika lapar. Beberapa manfaat coklat hitam kepada kesihatan adalah seperti berikut

1. Mencegah penyakit jantung
Memakan coklat hitam dalam kuantiti yang kecil 2-3 kali seminggu boleh merendahkan tekanan darah anda. Ianya boleh meningkatkan aliran darah dan menghalang pembekuan darah serta arteriosclerosis (pengerasan arteri).

2. Baik untuk otak
Coklat hitam mengandungi phenylethylamine (PEA), iaitu sama seperti kimia yang dihasilkan oleh otak ketika jatuh cinta. PEA menggalakkan otak anda untuk menghasilkan endorphin yang membuatkan anda berasa gembira.

3. Mengawal gula darah
Coklat hitam dapat mengawal gula dalam darah serta melindungi dari penyakit diabetes (kencing manis). Kandungan flavanoid di dalam coklat hitam membantu meningkatkan pengeluaran insulin badan secara semulajadi. 

4. Antioksida
Coklat hitam mengandungi antioksida yang membantu tubuh anda bebas dari radikal bebas. Radikal bebas ini boleh menyebabkan penuaan dan kanser. Kandungan antioksida di dalam coklat hitam boleh melambatkan penuaan dan melindungi anda dari kanser.

5. Mengurangkan kaviti gigi
Tidak seperti gula-gula lain, coklat hitam mengurangkan risiko kaviti dengan syarat anda mengamalkan kebersihan gigi yang betul. 

6. Kandungan vitamin dan mineral
Coklat hitam mengandungi beberapa vitamin dan mineral seperti kalium, copper, magnesium dan besi. Kandungan copper dan kalium bermanfaat untuk mencegah penyakit kardiovaskular dan strok. Manakala besi mencegah anemia (kekurangan darah) dan magnesium mencegah diabetes, tekanan darah tinggi serta penyakit jantung.

Oleh itu usahlah ragu-ragu untuk mengambil coklat hitam. Tentu banyak manfaat coklat hitam yang akan anda perolehi.

Sumber

 ^_^

66 comments:

  1. coklat buat gigi jadi rusak, ternyata bermanfaat pula :)

    ReplyDelete
  2. Sememangnya fiza suka mkn coklat. Hehe...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih di atas perkongsian. Ramai yang tidak menyukai akan coklat hitam ini kerana terasa agak pahit namun ramai yang tak tahu akan khasiatnya si pahit ini.

    ReplyDelete
  4. Saya suka juga makan coklat. Tapi kalau kita makan dalam kunatiti yg banyak, pelbagai penyakit boleh dapat.

    ReplyDelete
  5. kita gemar mkn coklat putih hihi...

    ReplyDelete
  6. betul3,coklat hitam memang bagus untuk kita..so tak salah la nak mkan coklt kan :)

    ReplyDelete
  7. makan sikit-sikit je.....

    menabung DIGI

    ReplyDelete
  8. saya tak suka beli coklat..tp saya suka makan dgn wife..kongsi makan coklat dgn dia

    ReplyDelete
  9. aku kdg2 minat gak mkn coklat hitam nih.

    ReplyDelete
  10. Sya apa jenis coklat pun sya mkn kak..hehe..klik inti tuk akak :)

    ReplyDelete
  11. assalam...coklat mmg kegemaran...

    ReplyDelete
  12. baik utk otak n antioksida tu yg saya suka ...

    ReplyDelete
  13. yaya suka coklat hitam..sedap..nyum3! ^,^

    ReplyDelete
  14. Bru tau ni,,tau sedap je bile mkn..hihii

    ReplyDelete
  15. wah..ini sudah bagus..

    ReplyDelete
  16. salam....ada juga ye kebaikan coklat hitam nie

    ReplyDelete
  17. nice tips hehe tapi tak berapa suka coklat la kak hehe

    ReplyDelete
  18. puteri memang suka makan coklat tapi tak adalah makan sampai berlebihan..hehe

    ReplyDelete
  19. Ternyata banyak juga ya mbk manfaat dari coklat yang nikmat ini

    ReplyDelete
  20. Erin pun suka makan coklat.. kalau time stress lagi suka.. :-)

    ReplyDelete
  21. Wah.. sy suka juga coklat hitam ni.. rasanya bittersweet.. lebih sedap dari kebanyakan coklat biasa.. best.
    Menabung churp2 sini.. :)

    ReplyDelete
  22. oh coklat.. :) suka sgt tp jarang makan.. byk kebaikan dia..:)

    ReplyDelete
  23. perkongsian yg bgus sis..
    antara info yg saya tuhu..coklot hitam
    lebih bgus drpda coklot yg lain..
    krana "lebih menyehatkan"

    ReplyDelete
  24. First time pula saya tahu coklat mempunyai byk khasiat. Terima kasih Aiza, atas perkongsian.

    ReplyDelete
  25. info yang berguna kak, saya pun suka makan coklat..selain sedap banyak juga manfaatnya :)

    ReplyDelete
  26. GOOD SHARING AKAK...TPI RMAI YG TKT NK MKN ESPECIALLY POMPUAN..

    ReplyDelete
  27. Sebenarnya makanan cokelat ini bagus untuk kesehatan apabila kita makan tidak terlalu banyak, soalnnya kalau makan banyak-banyak juga bisa menjadikan penyakit :)

    ReplyDelete
  28. tgk cokelat ni kan sis..sedap je
    layan cadbury skrg sure syok

    ReplyDelete
  29. hurm.. kalau dalam sukatan yang betul memang bermanafaat.. tapi kalau dah berlebihan maka buruk juga yang dapat.

    ReplyDelete
  30. Emang kalau kita sudah makan glukosa akan naek, mungkin ini bisa jadi solusi

    ReplyDelete
  31. Begitu banyak manfaat coklat, artikel yang sangat bermanfaat mba mizza :) Selamat datang kembali, setelah lama aku engga mampir lagi karena kesibukan ulangan tengah semester, aku menyempatkan hadir kembali mba hehe

    ReplyDelete
  32. coklat memang sedap , tapi kalau coklat hitam acik jarang makan

    ReplyDelete
  33. Ada manfaatnya juga ya saya ingat suka makan coklat penyebab kegemukan

    ReplyDelete
  34. Coklat hitam mmg bnyk manfaat :) tp pahit skit la :O

    ReplyDelete
  35. suka makan cokelat tapi bila serang mingren amik ko kepala sakit tak terkira di buatnya.

    heee..sony time nd chip

    ReplyDelete
  36. Haha. Boleh digunakan sebagai alasan untuk memakan lebih banyak coklat :-p

    ReplyDelete
  37. Mcm mane nk menilai keaslian Coklat hitam ni Mizz Aiza?... (^_^)

    ReplyDelete
  38. Sally tgh makan dark chocolate ni..hehehe :)

    ReplyDelete
  39. mmg fav ni hihi.. lame dah tak makan :(

    ReplyDelete
  40. Info menarik ni aiza!

    ReplyDelete
  41. Favorite kita ni Aiza..all kind of chocolate...sedap!!!!

    ReplyDelete
  42. bagus jgk ni kan? dia lagi bagus dari choclate biasa tu

    ReplyDelete
  43. dark chocolate..sedap dan bermenfaat..

    ReplyDelete
  44. dok tahu selama ni coklat putih je.. coklat hitam ni yg jenis coklat biasa tu ke? ke, mmg kaler hitak terus?

    ReplyDelete
  45. Assalammualaikum...miss aiza,

    wahh.. byk manfaat coklat.. biasa nyer orang kaitkan coklat dengan manis...
    coklat jgk dapat mengubah mood.

    mselim3

    ReplyDelete
  46. Coklat rupanya banyak kebaikan..hahaha.. ingatkan banyak kburukan... Abak cuma tahu coklat bagi tenaga je.. tq kak share ni..

    ReplyDelete
  47. Assalammualaikum Aiza, errmmm patutlah is bila makan coklat rasa macam gembira jjeeee hehehehe. Bagus infonie Aiza.

    Cuit Inti + Darlie

    iskandarx.com

    ReplyDelete
  48. Fiza peminat coklat.. sory kak aiza.. lmbt skit komen sini...

    ReplyDelete
  49. sy prefer dark chocolate.. tak manis sgt dan pahit2 sikit rasanya.. :)

    ReplyDelete
  50. terima kasih atas perkongsian, banyak kebaikan coklat ya :)
    ika suka makan coklat heeee

    ReplyDelete
  51. info yg menarik..tq for sharing :)

    ReplyDelete
  52. coklat hitam tu pahit tp sedap jugakkan..

    ReplyDelete
  53. terima kasih kak kerana lepas nie saya dah tak rasa bersalah makan coklat..hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  54. saya pun suka makan coklat. coklat hitam dan coklat putih

    ReplyDelete
  55. musykil ni.. coklat kaler hitam dengan cooklat kaler coklat...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^