10 November 2013

Penipuan Skim Insurans

Assalamualaikum,

Beberapa hari yang lepas aku telah mendapat panggilan telefon dari pihak Bank Simpanan Nasional (BSN). Kedengaran suara seorang wanita yang ramah dan sopan di talian. Rupa-rupanya beliau menawarkan satu skim insurans.

Penipuan Skim Insurans
Penipuan Skim Insurans (Gambar hiasan) - www.duniatakaful.com
"Kami menawarkan pelan insurans perlindungan khas untuk kaum wanita. Sekiranya cik sakit, tidak perlu memikirkan mengenai kos perubatan dan pembiayaan masuk hospital. Bla.. bla..bla.." aku hanya mendengar tanpa membantah. 

"Saya inginkan kepastian, bagaimana saya dipilih untuk tawaran insurans ini?" aku bertanya kepadanya setelah dia berhenti bercakap. "Kami hanya menawarkan insurans ini kepada pemegang akaun BSN yang aktif saja," balasnya. 

"Untuk pengetahuan puan, sebenarnya akaun BSN saya sudah ditutup sejak tahun lepas. Mungkin data yang ada di tangan puan tidak dikemaskini," aku membalas. "Oh, maafkan saya kerana tersalah menghubungi cik," balasnya dan dia terus menamatkan talian. 

*Nota: Aku tak pasti nak percaya atau tidak kata-katanya. Sebelum ini aku pernah hampir terkena penipuan kad kredit. Berdasarkan cara dia bercakap aku percaya dia bukan wakil BSN. Di zaman sekarang jenayah semakin berleluasa.

^_^

44 comments:

  1. Sungguh licik manusia zaman sekarang.Macam-macam cara nak ambil duit kita. Berhati2.

    ReplyDelete
  2. kalau phone call btter jgn entertain kak...

    ReplyDelete
  3. btl tu sis melainkn kita dtg sndiri tnya kat bnk berkenaan psl insurans kan

    ReplyDelete
  4. aku x pernah layan org yg tpon offer insurans nih. aku dgr je perkataan "insurans", terus aku kata "xpe la. saya dah ada byk insurans dah".

    ReplyDelete
  5. Sebab tu lah kalau saya rasanya lebih baik berurusan face to face daripada bercakap melalui telepon.
    Thanks sharing!

    ReplyDelete
  6. tak pernah terlibat dengan insuran dan sebagainya...tak reti



    menabung INTI

    ReplyDelete
  7. sy tak suka jawab mana2 panggilan telefon yg berkaitan dgn insuran atau sebagainya... huhu kdg2 mereka tak phm bahasa...

    ReplyDelete
  8. saya ada juga terima panggilan macam nie...time x sibuk layan aje, kemudian cakap x berminat. :)

    ReplyDelete
  9. Karena sekarang dah moden mizz mungkin cara apapun boleh di lakukan....apalagi kalau menerusi talian tiak saling jumpa muka..dengan demikian bisa melindungi identiti pribadi

    ReplyDelete
  10. Betul tu kak..nak dpt duit cara mudah dgn menipu org..kena berhati2 la

    ReplyDelete
  11. tak pernah dpt phone call. kalau sms tu selalu tp tak layan pun. thanks sharing kak :D

    ReplyDelete
  12. adda pun prnah dpt cl mcm ni..trus ckap dah ada insurans.. :))

    ReplyDelete
  13. Huh, kena berhati-hati. Mereka ni sungguh pandai dalam mengenakan masayarakat.

    ReplyDelete
  14. Sekarang ni mmg kena berhati2lah.. sy ada juga terbaca ttg penipuan sykt insuran, tp x pasti yg mana.. pekerja2 pun ramai yg x tahu yg sykt insuran mereka bekerja tu pun adalah penipuan.. lepas setahun, tauke pun lari.. mcm2 corak penipuan yg ada skrng ni.. sama2lah kita ambil perhatian.. t kasih diatas perkongsian ye Aiza...

    ReplyDelete
  15. sekarang ni memang bnyk agen insuran yg suka hati je call..entah dari mana dia dpt no phone kita

    ReplyDelete
  16. Kena hati-hati Aiza..ramai yang nak ambil kesempatan kat luar sana..thanks for sharing ya..

    ReplyDelete
  17. bahaya zaman sekarang, kena berhati hati kan kak :(

    ReplyDelete
  18. jangan di layan nanti kita balik yg di perangkap.


    semalam selamat bace dan komen entri di blog ini sambil klk, darlie..

    ReplyDelete
  19. betul tu kak..normally dorang akan dapat nama dan no contact kira daripada database sesuatu..dalam kes ini mungkin dia peroleh maklumat akak melalui database BSN..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  20. Kena berhati-hati... InsyaAllah... susah ank percaya benda-benda macam ni banyak penipuan..nauzubillahi min zalik..

    ReplyDelete
  21. TQ sis sharing this. sy pon ada dpt 2--3 calls yg nk jual insurance nih. tiap kali die introduce je psl insurance die, trus sy ckp owhh sori i dlm meeting, call me back sejam later ke.. pstu trus letak.. kekeke =P


    bahaya ni bnde2 cmni.. nak menipu je smue tuh. jgnla caye.

    ReplyDelete
  22. Saya kak dua kali dah dapat kol.. dorang nie kekadang degil jgk kak. Hr tu saya cakap saya tak berminat dia banyak tanya g. Napa x berminat, x puas hati ke ngn tawaran kami n macam2 lg la soalan. dia berdegil jg, sampai satu tahap saya offkan fon baru senyap... xde call dah

    ReplyDelete
  23. sy juga pernah sblm dihubungi oleh pegawqi insuran bank rhb.. katanya pasal insuran nyawa termasuk.harta benda.. kebetulan sy xterbuka hati nak melanggan. kes penipuan sy tak pasti tp sy selalu berhati2 dlm bab duit ni..

    ReplyDelete
  24. Something fishy tentang bagaimana maklumat peribadi kita dengan mudah diperoleh oleh pihak-pihak tertentu. Patutnya, mana-mana pihak yang diamanahkan menjaga identiti individu tidak boleh mendedahkan sewenang-wenangnya. Tapi, undang-undang tu atas kertas je la. Implemen nya belum tentu.

    ReplyDelete
  25. Ada satu company di KL, Teledirect namanya, memang jual insuran melalui kad kredit, akak pernah kerja kat sana, company tu di"appointed" oleh bank2 tertentu untuk jual insurans pada pemegang. Memang cara enrolmentnya melalui telefon, dan lepas tu dia akan hantar semua cover note kat rumah. Tp tak tau la kot sekarang diorg dah menipu pulak ke, dulu ok. Satu lg, jual saham pada pemilik akaun bank tak ada, biasanya hanya pada pemegang kad kredit. Yg Dhia punya ni tak taulah pulak...Cuma akak nak nasihatkan pada semua orang, tak payah beli insurans melalui telefonlah, beli je kat ejen berdaftar

    ReplyDelete
  26. maybank dan cimb pernah call saya psl insurance ... x berminat !

    ReplyDelete
  27. Bunda pun pernah dapat panggilan macam tu...zaman sekarang ni macam2 cara orang nak dapat duit... senang dapat duit..

    ReplyDelete
  28. hehehe..mati kutu dia di kerjakan aiza..

    ReplyDelete
  29. Saya cukup tak suka kalau ada panggilan macam ni. Saya selalu terima dari CIMB.

    ReplyDelete
  30. Farah mmg tak pernah layan tawaran insurans through telefon..kita tak tahu btl ke tak tawaran yg depa buat tue.. nasib akak bijak menepis panggilan tue.. =D

    ReplyDelete
  31. puteri pernah dapat panggilan sebegitu, katanya wakil dari TM, kalau tak silap puteri

    ReplyDelete
  32. Sy kalau melalui telefon ni susah sangat nak percaya.. huhu.. byk sgt dah dengar org tertipu..

    ReplyDelete
  33. pha is pun pernah hampir terkena dengan penipuan skim insurance ni ... kononnya under insurance prudential.. tapi nasib baik tukar fikiran last2 minit x nk join.. ada member yang terkena..

    ReplyDelete
  34. macam2 manusia skrg ni....ada nak buaty sesuatu pon tktkan akak..

    ReplyDelete
  35. kena hati-hati dalam perkara macam ni, silap percaturan, diri sendiri merana

    ReplyDelete
  36. Akak lps xcdent,mcm2 agen insurans call..sama mcm ni la terpilih katanya..ada 1 tu,bila akak tanya mne dpt no fon.dy kata ada kwn2 saya yg bg nama n no ni..pstu mtk fullname,ic..alamat..x tau utk apa,,rupanya tu dy trus daftar kita msk insrns tu.x de ckp pun nk..last sekali mtk no pin yg ada di kad atm plk..masa tu da rasa pelik.kebtln 22kaki pth,x leh jln nk ambik kad atm..beg trgantung tggi.ble ckp gtu,dia kata suruh sape2 ambkn..akak ckp x de sape2 ank kecik ada x smpi la sbb tggi..bole plk dia suruh ank akak pnjt.giler apa..akak ckp je esokla..dy kata permohonan x lgkp sbb no tu x de..pelik kn..trus letak n off smpi esok

    ReplyDelete
  37. tb penah kne gak kes cmni kak.tipu je lebih..siap pakse lg utk setuju amik insuran tuh..sedangkan takde itam putih..then bile da terlepas ckp "ya" aje tengok duit kt bank die da tolak daa..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^