16 November 2013

Hanya kerana Big Apple

Assalamualaikum, 

Kejadian ini berlaku ketika aku sedang menunggu adik aku di sebuah perhentian bas. Kebetulan terdapat satu tempat duduk kosong di situ. Malangnya ianya telah diletakkan kotak berisi donut Big Apple kepunyaan seorang wanita yang menunggu bas di situ. 

Hanya kerana Big Apple
Hanya kerana Big Apple
Apa yang aku kesalkan adalah sikap sesetengah individu yang memandang remeh terhadap perkara ini. Sedangkan kemudahan awam untuk dikongsi bersama pengguna yang lain. Kebanyakan orang tiada kesedaran sivik. 

Contoh lain yang aku pernah lihat ketika menaiki LRT terdapat individu yang tidak menghormati orang tua dan wanita mengandung yang berdiri. Boleh pula mereka buat-buat muka selamba dan berpura-pura tidak nampak.

Ke manakah menghilangnya sikap berbudi bahasa dalam diri mereka? Oleh itu, usah terlalu mementingkan diri sendiri saja. Sesekali fikirkanlah kesusahan insan lain di sekeliling anda (pesanan ini untuk diri aku sendiri juga). 

*Kesedaran sivik: Rasa sedar yang mendalam dan berterusan yang wujud dari hati seseorang atas dasar tanggungjawab untuk memelihara hak serta kepentingan awam. 

^_^

46 comments:

  1. Mmg betul tu Aiza.. sy bnyk laki juga terjumpa dgn situasi2 yg spt ini bila menggunakan perkhidmatan awam.. ada juga yg boleh biarkan anak kecil duduk di kerusi sebelah sedangkan org tua yg x berapa tua lah, berdiri disepanjang perjalanan tren lrt.. apa salahnya, biar anak tu duduk di riba.. mmg kurang kesedaran sivik lah, walaupun nmpak kecil, tp kesannya mmg x baik buat msykt..

    ReplyDelete
  2. mereka mementingkan diri sendiri...takat nak pegang big apple tu dan bagi orang lain duduk,apalah sangat ..tk susah pun...tulah sikap segelintir orang...

    ReplyDelete
  3. Selalu juga jumpe..ble tgk geram je..

    ReplyDelete
  4. ini sikap org yg penting kan diri..dia igt bus stand tu milik dia sorang ke?

    ReplyDelete
  5. big apple pon nak duduk jga..huhu
    just joking..
    hope msian akan ada kededaran sivik yg better..kdg2 kesian tgk bila ibu yg sarat mengandung kena berdiri..

    ReplyDelete
  6. kalau kak kan aiza..berdiri depan bungkusan big Apple dan kata "saya nak duduk sini"..heee...

    p/s kadang2 ada individu yg tak sensitif..bukan dia tak mahu bagi orang duduk tapi kita kena beritahu.

    ReplyDelete
  7. di mna2 pun cma juga sis..kebanyakkan berlaku mcm tu.peringatan utk diri kita juga tu sis..

    ReplyDelete
  8. Manusia ni .. susah nak tgk orang lain tgh susah.. suka fikri diri sendiri.. tapi bila susah mengharap satu dunia tgk kesusahan dia.. moga kita selalu mendapat kesedaran sebelum terlambat amin

    ReplyDelete
  9. Masih banyak kejadian begini terjadi depan mata memang Aiza. tapi utk kita nak menegur rasa lekat dikerongkong, kalau mat salleh dia tak malu kata nak duduk...

    ReplyDelete
  10. ish2xx..mcm dia je yg nk ddk..selfish

    ReplyDelete
  11. Kesedaran sivik yg harus dipupuk semasa kecil ni..

    ReplyDelete
  12. betul..kenala bertimbang rasa sikit..

    ReplyDelete
  13. Mmg mana2 je ada sikap pentingkan diri sndiri ni... Xde kesedaran sivik...

    ReplyDelete
  14. mgkn kehidupan yg kita yg makin "moden" menyebabkan kita semakin mementingkan diri sendiri.

    ReplyDelete
  15. selalu juga nampak situasi macam ni..sifat pentingkan diri ni perlu dikikiskan

    ReplyDelete
  16. mmg selalu nmpk kejadian mcm ni.. takde timbang rasa.. kalau dlm lrt lagi sakit hati. isk.

    ReplyDelete
  17. saya dah jarang guna pengangkutan awam.tapi yg saya perasan bila pegi klinik pakar bg ibu mengandung di hospital raja permaisuri bainun ipoh. klinik tu memang penuh..so tempat duduk terhad.yg jd masalahnya bila si suami pun sibuk nak duduk diruang menunggu jugak.kesian kat kami yg tengah sarat ni terpaksa berdiri menunggu giliran.walaupun nurse dah pesan berkali2 tapi ada yg buat bodoh je

    ReplyDelete
  18. ishk...kesian orang mengandung dan orang tuakan...apa salahnya beri mereka duduk...tiba2 teringat iklan yg di lakonkan oleh Adlin

    ReplyDelete
  19. betul tu kak, sepatutnya harta benda awam untuk dikongsi bersama bukan pentingkan diri sendiri saja..

    ReplyDelete
  20. saya kira, apple itu merek macbook haha.

    ReplyDelete
  21. Kadang2 dorang ni tak perasan kot... mungkin bukanlah mementingkan diri sgt...mungkin dia juga berfikir biarlah dia letak buat sementara waktu...nanti klu ada org tegur dan nak duduk dia alihkan nanti hehehe.

    ReplyDelete
  22. Wah boleh juga nich mizz big apple nya. Pasti harganya mahal tuh hmmm :)

    ReplyDelete
  23. Aah kdg2 pelik kan..diorg nih selfish sgt

    ReplyDelete
  24. memang betul. lebih utamakan barang barang dorang daripada pengguna yang lain.

    ReplyDelete
  25. Kalau saya, saya akan tegur ni big apple siapa punya..pastu saya akan duduk...janji hilang penat..haha

    ReplyDelete
  26. org zaman sekarang ramainya pentingkan diri. kalau dh nampak org lain nk duduk kt bus stop tu patutnya angkatlah big apple tu.. karang kita duduk atas big apple tu dia marah ey

    ReplyDelete
  27. Karena mungkin dalam diri individu tertanam rasa mana yang lebih dulu dia yang berhak,mungkin ketika di dalam bus tempat itu untuk dua orang tapi lebih rela buat tempat bag mereka

    ReplyDelete
  28. Rasa kesadaran diri mungkin setiap insan harus punya yah Mbak Mizz?
    Karena pepatah mengatakan
    Hargailah Orang lain jika anda ingin di hargai oleh sesama Insan, terima kasih share nya Mbak Mizz, salam sejehtera

    ReplyDelete
  29. betul tu kak..rakyat malaysia rata-ratanya kurang kesedaran sivik. kadang2 benda remeh mcm ni lah perlu diberi perhatian.

    ReplyDelete
  30. Abak setuju.. dengan erti kata lain perbuatan ini adalah pentingkan diri sendiri semata-mata... maka hendaklah dijauhi..

    ReplyDelete
  31. tak patut buat macam tu

    menabung di sini



    http://www.noormalashahar.com

    ReplyDelete
  32. makin kurang kesedaran dan sensitiviti kita terhadap orang lain..

    ReplyDelete
  33. kenapa tak lemparkan saja appel itu hehe :D

    ReplyDelete
  34. Kita pun agak boring bila terjumpa dengan mereka-mereka yang kurang perihatin ni..Apa nak buatkan Aiza..hati manusia lain-lain..

    ReplyDelete
  35. selamat malam Mizz...iya yaa Mizz, saya juga sering menemukan seperti yang Mba Mizz alami di tempat Umum...

    ReplyDelete
  36. memang serba salah kalau macam ni. hmm..

    ReplyDelete
  37. Kalau byk lagi tempat kosong takpelah.. tp kena alert jugak.. kalau2 ada yg nak duduk.. tak susah mana pun kalau nak pegang kotak tu kejap.. bukan berat pun.. mungkin org ni tak perasan kot.. huhu

    ReplyDelete
  38. makin maju negara, makin kurang keprihatinan rakyatnya, tapi masih ramai yang aware hal2 macam ni, cuma segelintir je yang degil dan selfish :)

    sepatutnya, makin maju negara, makin tinggi budi pekerti rakyatnya...

    ReplyDelete
  39. Alahai, untung Big Apple dapat duduk dengan selesa. :)

    ReplyDelete
  40. Inilah yang sering saya temui sewaktu menaiki Komuter.

    ReplyDelete
  41. sy salah seorang manusia yg agak pantang dgn org2 yg xde kesedaran sivik..

    sy jenis selamba je mintak sesapa alihkan barang mereka agar sy boleh duduk..

    sepatutnya semua org kene rajin menegur dgn cara yg pnuh hemah..

    barulah mereka2 ni malu sendiri & insyaAllah tidak mementingkan diri sendiri lagi sbb malu kene tegur depan org.

    ReplyDelete
  42. kt shopping mall pun mcm tu jugak..

    ReplyDelete
  43. susah kalau hidup dengan org yg pentingkan diri sendiri ni..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^