13 November 2013

Dilarang Merokok

Assalamualaikum,

Ini kisah kedua mengenai 'dilarang merokok'. Sebelum ini aku pernah menceritakan kisah seorang pak cik merokok di Sate Kajang Hj. Samuri. Kejadian kali ini berlaku ketika aku sedang menunggu ERL di Bandar Tasik Selatan.

Dilarang Merokok
Dilarang Merokok (Gambar hiasan) - Google
Cuaca pada petang itu agak panas dan kering. Tiba-tiba datang seorang lelaki berdiri di sebelah aku. Kelihatan di celah jarinya dikepit sebatang rokok yang masih berasap. Sedangkan di sebelahnya terpampang papan tanda 'No Smoking' (dilarang merokok).

"Di sini tempat awam dilarang merokok. Di situ ada papan tanda dilarang merokok." selamba adik aku bersuara. Dia buat muka tak bersalah dan terus berlalu pergi. Mungkin dia baru perasan kewujudan papan tanda tu. 

Persoalannya kenapa susah untuk menghormati orang yang tidak merokok di sekeliling anda? Tak semua orang selesa dengan bau asap rokok. Ketahuilah banyak bahan kimia berbahaya di dalam sebatang rokok. Dilarang merokok untuk kesejahteraan diri anda juga. 

ERL = Express Rail Link

*Nota: Mohon maaf jika entri ini telah mengguris perasaan perokok. Semoga anda berhentilah merokok demi kesejahteraan diri anda dan orang tersayang di sekeliling anda. 

^_^

73 comments:

  1. btl tu cik sis...kekadang diorang main suka hati ja merokok tempat2 macam tu.tak ada rasa kesopanan ni

    ReplyDelete
  2. sebenarnye kan kak aiza yg hidu asap rokok tuh lg bahaya tau..

    ReplyDelete
  3. btul tu.. kadang2 benciiiiii sgt ada pakcik merokok dalam lift.. nk tegur nanti dikatanya kuranga ajar.. stress!

    ReplyDelete
  4. Perokok itu juga ingin membunuh kita yang tak berdosa.

    ReplyDelete
  5. Jujur saya sangat benci dengan namanya ''merokok'' engga ada manfaatnya. Hanya biar keren di depan wanita saja hehe

    ReplyDelete
  6. Setuju nih di larang merokok, karena gak baik juga buat kesehatan

    ReplyDelete
  7. akak tak suka orang merokok di kedai makan...rasa tak bernafas

    ReplyDelete
  8. itula..asap dia merbahaya utk orang sekeliling..

    ReplyDelete
  9. jenis xmakan saman ni payah la kak . buat penat kita dok tegoq

    ReplyDelete
  10. kekadang ada yg nampak tpi saja buattak tahu larangan merokok tu kan
    Salam perkenalan dari ida
    jemput singgah blgo ida
    umielman.blogspot.com
    dah follow blog ni no962

    ReplyDelete
  11. Tak semua perokok begitu...tspi perokok perlulah prihatin, kalau nak mati cepat pun jgnlah libatkan orang lain...

    ReplyDelete
  12. I don't hate smokers. I just don't like their smoking habit. Mengganggu. Tambahan lagi untuk orang2 yg ada asthma macam saya

    ReplyDelete
  13. Dah ada tanda amaran dilarang merokok pun masih nak merokok... pelik lah dorang ni takde sivik betul. Ida juga pernah berjumpa dgn org yg merokok di dalam lif... sampai ida sesak nafas...

    ReplyDelete
  14. bagus adik aiza sound mamat tu...biar dia reti sikitkan...

    ReplyDelete
  15. jenis perokok yang sebegini memang tak makan saman. kita perlu tegur dengan keras baharu faham. walau saya seorang perokok tegar tetapi masih melihat keliling dahulu terutama jika ada ibu mengandung di sebelah.

    ReplyDelete
  16. dia buat-buat tak faham tanda baca tu, tandanya dia tak menghormati org sekeliling.

    ReplyDelete
  17. Betul tu sis.. Merokok membahayakan kesihatan kita..

    ReplyDelete
  18. gua pun isap rokok tp..gua tak ada la isap sesuaka hati dekat mana2 tempat..kalau kawasan mmg dah dilarang isap rokok mmg gua tak buat la

    ReplyDelete
  19. tabiat merokok adalah masalah sikap..jika sikap tidak boleh ubah payah nak ubah tabiat merokok

    ReplyDelete
  20. @BM

    masalahnya...kesan orang yang dekat dengan perokok yang sedang merokok lebih bahaya berbanding perokok

    ReplyDelete
  21. Merokok tu tak salah kalau kena pada tempatnya. Meracun diri dengan asap sorang-sorang tu, rasanya orang tak kisah sangat. Bila melibatkan orang lain ni, surely orang akan tak suka.

    ReplyDelete
  22. Terkadang yang menjadi minat dan kebiasaan itu susah untuk di hindari,sebab karena terbiasa atau hoby kurang jelas saja

    ReplyDelete
  23. susah nak ckp lah orng2 yg x reti bahasa & x reti hormat org lain ni !

    ReplyDelete
  24. Teruk la.. Tak ada manfaat lansung,mudarat semata-mata.... Kembali kepada hati... kalau orang merokok tapi hatinya suci mungkin dia sembunyi2..hahahahaha.. tapi hukumnya tetap menghampiri haram dan ada fatwa mengatkan haram..Nauzubillahi minzalik..

    ReplyDelete
  25. susahnya nak kasi org berhenti merokok kak..hehehe :D

    ReplyDelete
  26. Am tak merokok tapi kene faham benda yang dah jadi habit ni memang susah gila nak berhenti. Pernah tak kalau kita menghadap buku dalam sejam jadi tepu? Kalau lepas tepu tu hisap rokok otak terus rasa segar balik sbb tu ada orang yang study smpai 7 jam tapi hisap rokok tak berhenti.

    Dan memang sifat manusia suka buat benda dekat tempat yang dilarang, Kat tempat dilarang merokok la orang merokok, sama dengan tempat jangan buang sampah - kat situ la sampah berlambak.

    ReplyDelete
  27. pengalaman sy kelmarin naik bas awam. pemandu dan kwn dia mrokok..memang sy tak tahan bau asap tu jd sy tutup hidung tnda bg amaran supaya bhenti. pastu ada lagi pnumpang naik..isap rokok kat blakang..memang sesak nafas la.sy suruh je spupu sy bukak tingkap luas2. bagi yg perokok, tolonglah faham, kalau nak merokok pun bertimbang rasa la sket kpd org skliling. pilih tmpat yg x myusahkan org lain.hmmmm

    ReplyDelete
  28. takde guris pun kak..sebenarnya itu semua terletak pada kesedaran sivik seseorang..walaupun sy perokok tapi sy pelik dengan perokok yang takde sivik macam ini..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  29. wah dia pergi berlalu saja tanpa merasa bersalah ya, dia baru tau ada papan itu mungkin ya kak dan tidak sadar. tapi walaupun begitu tentunya harus tetap menghormati orang yang tidak merokok

    ReplyDelete
  30. Dah 4 tahun aku bhenti merokok, syukur iman tetap kukuh seperti mula2 bhenti dulu..

    ReplyDelete
  31. kadang-kadang diorang tak fikirkan perasaan orang lain mungkin sebab dah terbiasa. Bila rasa nak merokok je diorang merokok.

    ReplyDelete
  32. Asap merokok ni lebih merbahayakan org yg x merokok dari mereka yg merokok.. itu yg menambahkan masalah tu.. :)

    ReplyDelete
  33. merokok kat kedai mkan paling ayu benci. sangat mengganggu pernafasan kita.

    ReplyDelete
  34. dengan tampang tak bersalah tak hiraukan "No SMoking" heheh.. :D

    ReplyDelete
  35. salam cik aiza..

    tu la..sstgh org mmg cmtu..
    haihh..xtau la pe sedap sgt mrokok tu..yaya xsuke giler..dahla busuk..eeii..geram jgk

    ReplyDelete
  36. Sy biasa ngan bau rokok, sbb byk kawan2 merokok... yg tak bestnya bau rokok dok melekat kat baju... fuhhh..

    ReplyDelete
  37. Dulu pun, lepas SPM, saya pernah tegur 2 orang lelaki merokok dalam bas. 2-2 tu kawan sesama mereka. 2-2 tak puas hati dan nak ajak saya bertengkar (dan mungkin bergaduh). Cepat-cepat saya baca surah Yasin dan Juz Amma kuat-kuat. Terus 2-2 tu diam. Tapi masa mereka turun di Cahaya Suria, mereka tenung saya dengan tajam. Saya buat tak tahu je. haha :D

    ReplyDelete
  38. Ramai yang macam nikan Aiza..lansung tak bersalah..Yang kesiannya orang yang berada disekeliling dia..kesan hidu asap rokok tu sama aje bahaya dia..

    ReplyDelete
  39. Tak ramai yang berani tegur macam tu bila ada orang yg merokok di tempat awam.. hehe..

    ReplyDelete
  40. Seharusnya, merek bersyukur krn sudh diingatkan.

    Utk berhenti memang sdh terlambat, tp bukankah terlambat itu masih lebih baik drpada tdk sama sekali? ^_^

    ReplyDelete
  41. Btul2..hormati org lain..dan patuhi larangan jgn merokok.tak semua org suka dgn asap rokok :)

    ReplyDelete
  42. bapak bunda, suami dan anak2 tak hisap rokok...takder sebiji pun ashtray kat umah...tapi adik2 lelaki dan ipar2 pulak yg hisap,,satu keje nak buang abu rokok diorang bila datang kerumah...asap, jangan cakaplah...

    ReplyDelete
  43. Itulah. Tak tahu macam mana nak selesaikan masalah ni.

    ReplyDelete
  44. susah nak stop perkara yg dah jadi habit. Lagi2 kalau dah 10 - 20 thn dah diamalkan.

    ReplyDelete
  45. Dah tak tau apa nak komen la pasal perokok nie.. ditegur boleh jadi gaduh.. tak tegur kita yang tersiksa.. :]

    ReplyDelete
  46. Fiza pun tak fhm ngn org yg merokok nie.. mmg dia anggap merokok nie perkara remeh, pdhl membahayakan kesihatan.. org sekeliling pun turut dpt kesannya

    ReplyDelete
  47. ramai yg tahu itu bahaya.. ramai yg tahu itu haram.. tapi ramai yg buat jugak..

    ReplyDelete
  48. merokok dapat merusak kesehatan kita.
    segera berhenti merokok.

    ReplyDelete
  49. Adhie merokok...tapi memang agak2 jugaklah nak merokok kalau kat public.....yang tak paham bahasa Dilarang Merokok tu tak taulah

    Adhie singgah sini

    ReplyDelete
  50. bagus tu...speak out for your health!

    ReplyDelete
  51. Sebenarnya sih lebih baik tak merokok, Tapi jikalau mau merokok haruslah pada tempatnya...
    This blog free smoking tak?

    ReplyDelete
  52. Huhu.. mmg geram dgn perokok.. kt tmpt awam mcm pdg permainan knk2mpun isap gak...ndh tu hembus asap tu sesuka hati.. mmg ptt la org mrh kn...

    ReplyDelete
  53. wah . berani nyee adik kak aiza tuu >.<

    ReplyDelete
  54. ekekeke... saya seorang perokok tapi dah 7 bulan stop... masa merokok dulu, saya akan cari port2 yg jauh dari org sbb saya hormat org yg x merokok.. klu susah nak cari port, saya x merokok smp ler dlm kereta baru berasap...ekekekeke.

    Jemput ler baca pengalaman saya berhenti merokok kat link bawah ni..

    http://www.vitamin4kesihatan.com/vitamin-e-shaklee-boleh-membantu-berhenti-merokok-betul-ker/

    ReplyDelete
  55. orang yang menghidu asap rokok lagi bahaya

    ReplyDelete
  56. Sangat menarik dan bagus-bagus batunya :)

    ReplyDelete
  57. Walaupun ada tanda amaran tapi ada juga segelitir yg tak pedulikannya.

    ReplyDelete
  58. mereka tahu bahaya itu,tapi tak dapat buang tabiat merokok..ingatlah keluarga tersayang..

    ReplyDelete
  59. Rasanya kena tukar ayat kot. Bukan Dilarang Merokok, tapi Terima kasih kerana tidak merokok di sini.

    Lagi larang lagi menjadi-jadi.

    ReplyDelete
  60. tu la kak.. kdg2 dorg merokok kat bawah sign dilarang merokok tu.. semua org pandang. buat tak tau plak tu..

    ReplyDelete
  61. terbaik lah adik akak.. memang patut begitu pun. hehe

    ReplyDelete
  62. ramai yang ambil remeh, kadang-kadang tahu tapi buat-buat tak tahu --'

    ReplyDelete
  63. benda yang tak elok jangan buat cuba buat yang baik sahaja

    ReplyDelete
  64. ini adalah salah satu cara tak sayang duit

    ReplyDelete
  65. tak suka pi kedai makan masa makan atau lepas makan terbau asap rokok.sakait jiwa.rasa nak tarik mult orang tu.kasi sedau sikit

    ReplyDelete
  66. meh sini nk kasi tips berenti isap rokok.. jdlah isteri penyayang dgn tak jemu kempen kat suami anda ttg bahaya rokok. jgn sokong. boikot dgn serius. . bg dia mkn coklat lps mkn..selalunya mulut perokok rasa tak kurang selesa jika tak mengunyah sesuatu lps mkn. biasakan dgn disiplin...lain2 blh email sy jika nk dapatkn tips.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^