Assalamualaikum,
Sebelum ini saya akan memandu ke tempat kerja dengan membuka tingkap kereta kerana saya suka udara segar dari luar kereta. Namun sejak jerebu yang kembali melanda sekitar Kuala Lumpur, saya terpaksa membuka penghawa dingin kereta.
Jerebu menjejaskan kesihatan saya |
Jerebu pada kali ini bukan sahaja menghadkan jarak penglihatan, malahan ia juga menyebabkan tekak berasa perit dan mata menjadi pedih. Setiap hari saya akan menghabiskan sehingga 3 liter air bagi melegakan rasa perit tekak.
Walaupun kerja saya banyak berada di dalam bangunan, ada masanya saya juga perlu bertugas di luar. Mahu atau tidak saya terpaksa berhadapan dengan cuaca jerebu hanya dengan memakai surgical mask. Padahnya kesihatan saya terjejas akibat cuaca jerebu yang ekstrem ini.

Ketika masih kecil dahulu saya pernah menghidap asma. Penyakit ini semakin pulih apabila saya meningkat dewasa. Namun baru-baru ini asma kembali menyerang setelah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semakin meningkat.
^_^