26 November 2013

Atasi Kemurungan

Assalamualaikum, 

Pada setiap hari kita tidak terlepas dari masalah. Terlalu memikirkan mengenai masalah akan membuatkan jiwa tertekan dan akhirnya mengakibatkan kemurungan. Oleh itu kita harus atasi kemurungan itu. Sebelum ini telah dibincangkan cara hilangkan kesedihan di hati

Atasi Kemurungan
Atasi Kemurungan (Gambar hiasan) - Facebook
Beberapa cara seperti berikut mungkin dapat atasi kemurungan:

1. Bersenam dan pemakanan seimbang
Ketika bersenam hormon serotonin dan testosteron yang menstabilkan perasaan akan dirembeskan. Pengambilan pemakanan yang seimbang mengikut piramid makanan dapat membantu mengawal emosi serta memulihkan perasaan kecewa. 

2. Berkongsi dengan orang lain 
Usah malu untuk meluahkan kepada orang yang dipercayai seperti ahli keluarga, pasangan (suami/isteri), rakan sekerja atau kawan baik. Atau boleh terus berjumpa perunding psikologi (psikiatri) bagi membantu mengetahui punca masalah serta mengurangkan masalah itu. Apabila telah meluahkan pasti bebanan emosi akan semakin berkurang. 

3. Berfikiran positif
Dengan berfikiran positif pasti dapat mengelakkan diri kita dari memikirkan perkara yang menyedihkan. Semua orang mempunyai masalah masing-masing. Apabila kita merasakan diri kita malang, sebenarnya ada insan lain yang lebih malang berbanding kita. 

4. Mengisi masa lapang dengan motivasi
Isi masa terluang dengan membaca bahan motivasi atau menonton ceramah motivasi. Pasti ada nasihat bagaimana untuk menangani kemurungan serta menghadapi kekecewaan yang dicadangkan. 

5. Menjaga hubungan dengan Allah SWT
Jika menjaga hubungan dengan Allah SWT, insya-Allah hati kita akan sentiasa berasa tenang dan positif. Amalkan membaca ayat suci al-Quran dan menunaikan solat sunat. Pasti syaitan pun takut untuk dekat dengan kita. 

6. Memelihara haiwan 
Haiwan peliharaan seperti kucing mempunyai perhubungan unik dengan tuannya. Perhubungan baik ini akan membantu kita menghadapi perasaan negatif dan mengelakkan kemurungan. 

Oleh itu, pelbagai kaedah boleh dilakukan untuk atasi kemurungan di dalam diri kita atau orang yang kita sayangi. Setiap manusia tidak akan terlepas dari masalah dan kesedihan. Berusahalah menjadi lebih baik dari semalam. 

 ^_^

54 comments:

  1. Thanks 4 sharing akak..bagus tips dia..bukan apa kemurungan nie kalau dibiarkan takut keadaan bertambah parah pulak..

    ReplyDelete
  2. wah nice tips kak aiza..tb pn klu rase cmtuh biase mmg ade kucing so kucing laa segala2 nyee ;)

    ReplyDelete
  3. thanks for suggestion..haha
    bella agak stress this lately

    ReplyDelete
  4. semua org terdedah untuk jd pemurung kan...kena pandai2 la cari jalan untuk atasi apa2 masalah. Jgn lupa kembali pada DIa. InshaAllah jiwa tenang & positif. Thnks for sharing MA

    ReplyDelete
  5. tips yang sangat berguna :)
    terima kasih kongsi kak, kadang2 ika pun alami juga kemurungan ni~

    ReplyDelete
  6. setuju sekali kak...
    yang paling utama tentunya harus selalu mengingat Allah dan berfikir positif ya....
    semoga kita bisa selalu menghindar dari kemurungan ini ya...
    ceria setiap saat hehe

    ReplyDelete
  7. In Shaa Allah sis..minta2 dijauhkan dari kemurungan.klik2 churp2 yg kluar :)

    ReplyDelete
  8. Boleh sakit jiwa kalau tak dapat atasinya. Mungkin boleh dengar muzik yang ceria atau pilihan terakhir mungkin, dengan tidur.

    ReplyDelete
  9. positive thinking is the best way mis :)

    ReplyDelete
  10. nice sharing kak hihi isi tabung :)

    ReplyDelete
  11. Ida klu ada masalah suka cerita dgn org yg boleh ida percaya pastu ida akan menangis...baru lega rasanya.

    ReplyDelete
  12. kemurungan mesti diatasi n dirawati sebelum parah yg membawa padah...

    ReplyDelete
  13. kallu zura stress zura suka lepak kat balkoni umh..biar angin bertiup kena muka zura.. trus rs segar sikit kepala otak..

    ReplyDelete
  14. Terima kasih di atas perkongsian tips yang amat berguna sebab kadang-kadang diri ini dikuasai rasa murung juga :)

    ReplyDelete
  15. menjaga hubungan dengan Allah itu sy setuju sgt.. dan kedua memelihara haiwan itu sy sendiri ada pengalaman.. suka tgk gelagat mereka :D hahahahaa..

    ReplyDelete
  16. azza tak murung tp stress skrg ney hihihi

    ReplyDelete
  17. sepertinya susah untuk langsung melakukan seperti itu maybe perlu waktu :)

    ReplyDelete
  18. dengan kehidupan yang terlalu stress..memang ramai yang akan hadapi masalah kemurungan dan kalau tak diatasi boleh memudaratkan kehidupan kan

    ReplyDelete
  19. Selalu kemurungan ni, nak hindarkannya perlukan sokongan dari orang sekeliling. Jika dibiarkan, boleh membawa mudarat murung ni.

    ReplyDelete
  20. alhamdulilah cari ini juga acik lakukan.. dulu acik pernah kena kemurungan

    ReplyDelete
  21. salam perkongsian yg menarik..
    betul yg berkongsi dg org lain.. memang kena amalkan.. tu cara paling mudah utk kurangkan beban yg ditanggung :)

    ReplyDelete
  22. Cari juga kesibukan baik dunia nyata ataupun dunia maya bisa juga mengurangi kemurungan itu..

    ReplyDelete
  23. salam aiza..thanks for sharing...stress melampau pun mengakibatkan kemurungan kan...

    ReplyDelete
  24. perkongsian yang baik kak aiza.. terima kasih.. :)

    ReplyDelete
  25. ada2 murung tu dtg tiba2..rasa nak marah pun ada bila murung ni kan akak...Btw tq for sharing this tips...:)

    ReplyDelete
  26. murung saya tengah murung tapi lebih pada penat dan letih sahaja huhu.

    badan tak cukup rehat.tadi saya ke sini pagi tadi tunggu juga nuff cpuv aik tarak menari , ni ptg saya tinggalkan komen terus.tabung hurp utk kamu 3x jangan sedih nti malam siggah lagi

    ReplyDelete
  27. Bila baca tips macam boleh buat tapi masa murung tu dah lupa Aiza...

    ReplyDelete
  28. Setuju ngan kak zakie... baca macam mudah jer.. hehehe... tapi masa bila kena tu.. dok ingat aper dah.. hik3x.. :D

    ReplyDelete
  29. Kemurungan yang berpanjangan boleh membawa kepada penyakit mental

    ReplyDelete
  30. nice sharing kak..tip no 1 tu nak try..hehe

    ReplyDelete
  31. tips yg bagus. thanks fir sharing. saya suka tips yg number 6 tu. hehe ^_^

    ReplyDelete
  32. terima kasih sebab sudi kongsi... kalau sedih, pulang lah pada Allah.. perbaiki lah diri dengan manusia dan Allah.. btw,, terima kasih sekali lagi sebab sudi kongsi

    ReplyDelete
  33. saya ok skit rasa tegang sakit kepala kurang heee tapi rahat santai jer..

    alh heee..churp lagi gaya kuak lentik jemari 3x churp untuk kamu

    ReplyDelete
  34. Saya setuju sekali...
    terutama harus selalu mengingat Allah dan mengisi dengan kegiatan yang baik - baik
    dan selalu semangat... lupakan sejenak yang membuat pikiran murung

    ReplyDelete
  35. masalah kemurungan tidak boleh dibiar melarat. tip yang cukup baik

    ReplyDelete
  36. nice share..
    kalau pha is, start moto, jalan2..

    ReplyDelete
  37. Kadang2 Bknnya tak mahu bercerita. Tapi bila diluahkan mslh tu, yg mndengar plak seakan taknak memahami. Malah kena sound balik. Then how?...

    ReplyDelete
  38. mungkin apa yang saya buat takde dalam list akak tapi klu sy depressed kekadang sy suka dengar music..sy rasa bila sy dengar music its help utk distract masalah tu kejap..tapi itu tindakan sementara jer laa..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  39. betul2,kalau kita ada masalah share dengan orang lain rasa lega sangat :)

    ReplyDelete
  40. Alhamdulillah,akak x pernah lg rasa kemurungan

    ReplyDelete
  41. Ya, yang pastinya kita harus tahu mengawalnya agar tidak menjejaskan diri sendiri. Selalulah berdoa kepada Allah SWT.

    ReplyDelete
  42. nice sharing kak. ada masa memang kita akan stress.tp harap xsampai kemurungan..

    ReplyDelete
  43. Berkumpul dan bercanda dengan teman memang sangat cocok untuk mengatasi hati yang sedang murung dan gelisah ya mizz :)

    ReplyDelete
  44. My habitkan..bila ada maslah kita very rarely share dengan orang...last-last sedar-sedar masalah habis macm tu aje..one thing kalau kita terlalu banyak fikir pasal maslah tu memang akan menjadi lebih parah..so kena take it easy...

    ReplyDelete
  45. kalau deeya , deeya akan fokus kat yang no.5 dulu . biasanyaa mesti ada slack part tuu . btw , deeya setuju smeua tips ni :D

    ReplyDelete
  46. Hehe. Yang bersenam tu macam susah sikit nak buat.

    ReplyDelete
  47. memelihara haiwan pun boleh atasi kemurungan...?

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^