18 September 2015

Kejadian di Lebuhraya Persekutuan

Assalamualaikum, 

Kejadian ini berlaku pada minggu lepas ketika saya pulang dari tempat kerja. Pada hari itu ketua meminta saya bekerja lebih masa sehingga jam 10.00 malam. Setelah tamat kerja, saya memandu pulang ke rumah seperti biasa melalui Lebuhraya Persekutuan. 

Kejadian di Lebuhraya Persekutuan
Kejadian di Lebuhraya Persekutuan
Kebiasaannya keadaan jalanraya pada waktu itu lengang kerana kurang kereta. Saya memandu pada kelajuan 80-90km/jam. Tiba-tiba saya dikejutkan oleh bunyi dentuman kuat. Mungkin disebabkan tayar kereta saya terlanggar sesuatu. 

Saya mula mengesyaki sesuatu, namun masih meneruskan pemanduan dengan had laju yang sama. Pada waktu itu kereta menjadi tidak stabil. Lebih kurang 1 km dari tempat kejadian saya nekad untuk merberhentikan kereta di bahu jalan yang ada lampu jalan. 

Saya tidak berani turun dari kereta kerana takut. Saya membuka cermin kereta dan mendongakkan kepala untuk melihat keadaan luar kereta. Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati tayar belakang kereta pecah. Mungkin disebabkan saya memaksa kereta terus bergerak semasa tayar pancit sebelum itu. 

Tiba-tiba sebuah motosikal berhenti betul-betul di depan kereta saya. Seorang lelaki India menawarkan bantuan, tapi saya takut untuk membuka pintu dan keluar dari kereta. Saya memberi alasan saya tunggu suami saya datang (padahal saya tipu dia saja). 

Terus saya menghubungi abang ipar saya. Ketika itu saya hanya teringat doa nabi Nuh dan membacanya berulang-kali. Akhirnya lelaki India itu meninggalkan saya dan lebih kurang sejam kemudian abang ipar saya tiba untuk membantu. Abang ipar saya telah menukar tayar ganti yang memang berada di bonet kereta. 

Alhamdulillah kerana Allah SWT telah melindungi saya dari bahaya. Ini adalah kali kedua tayar kereta saya pancit setelah kali pertama berlaku ketika saya bekerja di Putrajaya dahulu. Boleh baca kisah berkenaan dalam entri ini

Nota: 
  • Pastikan kredit sentiasa mencukupi dan bateri telefon sentiasa penuh sebelum keluar memandu seorang diri. 
  • Jangan sesekali membuka pintu kereta jika bertemu dengan orang yang mencurigakan. 
  • Pastikan tangan bersedia untuk menekan hon kereta jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. 
  • Banyakkan berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kemudahan. Banyakkan membaca doa nabi Nuh, "La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin,".     
  • Belajar dan buat latihan mengenai cara menukar tayar kereta. Mungkin berguna jika berlaku kecemasan.        

 ^_^

68 comments:

  1. alhamdulillah..nasib baik takde pape..akak pun takut jugak kalau malam2 or siang pun kalau terjadi macam aiza ni...nasib baik abg ipar cept sampai kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak ida.. kena bersedia dengan kemungkinan yang berlaku..

      Delete
    2. memang menakutkan ... kalau sorang2 malam2

      Delete
  2. aduhai, bahayanya....nauzubillah.mjr awk xde pape

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya takut juga masa tu.. syukur takde apa-apa terjadi..

      Delete
  3. Alhamdulillah, semuanya baik2 aja. Mujur tiada apa yg buruk berlaku pd Aiza.

    ReplyDelete
  4. Allahu..alhamdulillah semuanya selamat.

    ReplyDelete
  5. Syukur Alhamdulillah, selamat. Betul tindakan Aiza.
    Bahaya tayar pecah sudah tentu tetapi bahaya manusia sukar dijangka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. betul tu BM, bahaya manusia sukar dijangka..

      Delete
  6. Syukurlah tak ada yg buruk terjadi.
    Malam-malam dekat lebuhraya lagi memanglah takut
    Masa tunggu tu entah berapa ribu kali agaknya doa Aiza baca kan..mesti rasa alahai lambatnya abg sampai kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la kak zakie.. masa tu memang berdegup kencang jantung aiza.. dekat 10 minit juga lelaki india tu tunggu kat depan kereta aiza..

      Delete
  7. Syukur juga akak x d apa2 kan..klau Lya memg x brani kluar mlm2 lgi2 sorg diri..tpi klau da emergency apa blh buatkn..btl tu Kak org ppuan ni kna bljr cara buka psg tayar

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah akak tak apa-apa.. masa ambil lesen belajar memandu dulu ada mereka ajar cara menukar tayar kereta, lama tak buat dah lupa.. hehe..

      Delete
  8. Syukur juga akak x d apa2 kan..klau Lya memg x brani kluar mlm2 lgi2 sorg diri..tpi klau da emergency apa blh buatkn..btl tu Kak org ppuan ni kna bljr cara buka psg tayar

    ReplyDelete
  9. syukur alhamdulillah aiza selamat drpd sebarang musibah yg xdiingini...mmg risau bila hadapi situasi bgitu sorang diri di mlm hari...biasanya yg terburu-buru nk menolong kita tu dgn niat sebaliknya...mesti hati2 sentiasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. kena berwaspada dengan orang yang tidak dikenali..

      Delete
  10. ee..takutnya! kalau saya tak tahulah nak buat apa aiza
    dah saya ni mudah kehabisan kredit
    mau menangis tak berlagu dibuatnya
    apapun alhamdulillah, tiada perkara yang tak diingini berlaku

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pastikan kredit sentiasa ada sebelum keluar seorang diri.. bahaya jika berlaku sesuatu yang tak diingini..

      Delete
  11. Hati-hati kak lain kali...alhamdulillah takde perkara buruk yang berlaku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah sally.. alhamdulillah akak ok..

      Delete
    2. Lepas ni kalau nak keluar malam ke...cari kawan la kak...skrg ni bahaya

      Delete
    3. kak aiza pergi balik kerja nak tak nak terpaksa drive balik seorang-seorang.. huhu..

      Delete
  12. Bahaya tu Kak Aiza... Alhamdulillah xde ap2 yg berlaku...

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah...syukurlah Aiza tak apa2...kalau bunda di tempat Aiza tak tau bunda jadi cam mana...

    Tiba2 teringat kan anak2 prrempuan Bunda yang selalu jugak balek keje lewat2 malam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah bunda.. banyakkan berdoa untuk anak-anak bunda agar dilindungi oleh Allah swt selalu..

      Delete
  14. noted... Alhamdulillah sis all is well.. kne slalu be ware n be ready kan sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. betul tu, kena berwaspada dan bersedia selalu..

      Delete
  15. saspen lah cerita begini..nasib baik tak de apa-apa dan abang ipar mizz cepat sampai..

    Jumpa lagi dan salam singgah dari penulis blog Hero Borneo

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur tidak berlaku apa-apa dan abang ipar aiza cepat sampai..

      Delete
  16. salam cahayacinta..
    apa khbar ya..

    risau kalau bukan kereta moto risau juga ho..ho...

    ps:
    lama orang tu sepi hee ingat kita jer yang diam sekejap hgeee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam suri.. aiza khabar baik.. tak kira motosikal atau kereta kena berwaspada selalu..

      Delete
  17. Bahayanya..kalo saya time mlm2 x brani nak keluar rumah.nasib baik dpt kerja pun 8~5 saja....mata pun memang dh rabun..x nampak nk drive mlm
    apapun tips yg brrguna dr miss aiza

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksa juga bekerja balik malam walau hati tak rela..

      Delete
  18. Memang takut kalau drive bersendirian di malam hari, apalagi mengalami kes tayar pancit ni, syukur alhamdulillah Sis Mizz Aiza selamat.

    ReplyDelete
  19. Langkah yang tepat, kata jer tengah tunggu abang datang. Takut kita pula yang jadi mangsa.
    <a href="http://www.ringantangan.com/blog>ringantangan</a>

    ReplyDelete
  20. Takut jugak bila baca cerita ni. Banyak orang berniat tidak baik sekarang. Moga menjadi panduan pada yang lain.
    Alhamdulillah..Aiza selamat.

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah nasib akak selamat yer..
    Maybe tayar tu dh lama kot tak ditukar..
    Cuba try brand toyo..

    Fuh lama juga sy diam dr dunia blogger nie.. Haha..

    Lama juga tak singgah sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah selamat.. tayar tu memang lama juga tak ditukar, hehe..

      akak pun dah lama menyepi.. ni baru mula balik..

      Delete
  22. Alllhamdullilah nasib baik tak da jadi apa-apa. Bila kita berseorang hanya Allah swt sahaja tempat kita mengadu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillh.. hanya pada Allah swt yang dapat menolong kita..

      Delete
  23. menakutkan, memang betul tindakan aiza ... pernah juga jadi kereta rosak camni, tapi time jalan sesak-sesak, so berani la keluar :)

    ReplyDelete
  24. takut jugak miza dengar..sebab sorang2 kan..lepas tu lewat dah tu..alhamdulillah akak tak pape :)

    ReplyDelete
  25. nasib baik akak x apa2.. dunia skrg, bahaya.. susah nk percayakan org..

    ReplyDelete
  26. alhamdulillah xda apa2 yg buruk berlaku kt akak.

    ReplyDelete
  27. ya Allah kak aiza .. takut nyaaa... nasib baik lah xda apa2 kan...

    ReplyDelete
  28. fuh,memang keadaan mencemaskan kalau kereta bermasalah masa driving malam-malam kan.kalau IbuNoey kat tempat aiza pun IbuNoey takkan keluar sebab kita tak tahu niat orang.mungkin betul dia nak tolong tapi kita kena waspada juga.kalau waktu siang atau kenderaan banyak masa tu,tak apalah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu IbuNoey.. kita kena berwaspada selalu terutamanya bila jumpa orang yang tak dikenali dan pada waktu malam..

      Delete
  29. Syukurlah tiada apa yg lebih memburukkan berlaku.. mmg risau klu terjadi mcm ni malam2 terutama berlaku kpd seorang wanita mcm Aiza ni. Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua. T kasih atas perkongsian dan peringatan ini ye.

    ReplyDelete
  30. sy mmg ngeri kalu2 kes mcm ni... sbb tu kalau boleh sy mengelak drive waktu mlm lbh2 lg kt kawasan yg agak sunyi

    alhamdulillah, x ada apa2 berlaku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiza memang tak dapat elak sekarang ni sejak kerja syif.. Huhu..

      Alhamdulillah aiza ok..

      Delete

Terima kasih sudi komen.. ^_^