Assalamualaikum,
Pada suatu hari seorang pengembara telah melewati sebuah perkampungan terpencil dan dia berasa sangat haus. Tiba-tiba pengembara itu terlihat sebuah rumah dan segera mengetuk pintunya. "Tok.. Tok.. Tok.." Pintu dibuka dan keluar seorang anak kecil.
"Pakcik sedang mengembara dan terasa haus. Boleh pakcik minta segelas air kosong?" Ketika itu anak kecil bersendirian di rumah. Anak kecil segera masuk ke dapur dan mengambil air yang diminta. Dia teringat pesan ibunya supaya memberikan yang terbaik kepada tetamu. Dia ternampak di atas meja terdapat segelas susu.
Lantas dia mengambil susu itu dan memberikannya kepada pengembara. "Terima kasih anak. Saya hanya inginkan segelas air kosong untuk menghilangkan dahaga. Tapi kamu telah memberikan kepada saya segelas susu,". Anak kecil itu tersenyum dan membalas," Ibu saya berpesan supaya memberikan yang terbaik kepada tetamu,".

Tahun berganti tahun, anak kecil itu telah pun membesar menjadi seorang remaja. Tiba-tiba dia diserang oleh penyakit kanser usus dan dimasukkan ke hospital. Doktor meminta supaya remaja itu menjalani pembedahan. Setelah pembedahan selamat dilakukan, doktor menyerahkan bil rawatan dan pembedahan kepada ibu remaja itu.
Alangkah terkejutnya ibu remaja itu apabila melihat kos rawatan dan pembedahan anaknya. Ibu remaja itu meneliti satu-persatu sehingga tiba pada jumlah besar yang perlu dibayar iaitu sebanyak RM40,000.00. Namun yang paling mengejutkan apabila melihat pada bahagian bawah bil.
'Kos rawatan telah dibayar dengan segelas susu'. Itulah ayat yang tertera di atas bil itu. Rupa-rupanya doktor yang membedah remaja berkenaan adalah pengembara yang pernah singgah di rumah remaja itu pada suatu ketika dahulu. Begitulah buat baik pasti akan dibalas baik akhirnya.

p.s: Kisah ini dikongsikan oleh salah seorang penceramah ketika saya menghadiri Kursus Transformasi Minda (PTM). Maafkan saya kerana tidak dapat blogwalking ke blog anda buat masa ini kerana saya masih sedang bekursus.
^_^