Assalamualaikum,
Peristiwa ini terjadi ketika saya sekeluarga pulang ke kampung melalui jalan lama (bukan lebuh raya). Kebiasaannya kami akan singgah di surau atau masjid berhampiran untuk menunaikan solat.
Saya memandu menyusuri jalan raya dan ternampak papan tanda menunjukkan masjid. Saya bercadang untuk berhenti solat di masjid berkenaan memandangkan jam sudah menghampiri 2.30 petang.
Namun yang menimbulkan persoalan apabila mendapati pintu pagar masjid dikunci dengan mangga. Kebetulan seorang pakcik melalui kawasan itu dan saya segera bertanya, "Assalamualaikum pakcik, kenapa dikunci pintu pagar masjid?".
"Waalaikummusalam, kat sini selalu berlaku kecurian tabung masjid. Sebab itu AJK masjid terpaksa mengunci pintu pagar setiap kali selesai menunaikan solat fardhu berjemaah," baru saya faham setelah pakcik itu menjelaskan.
Nampaknya kes kecurian di surau atau masjid semakin berleluasa sehingga sukar dibendung. Walaupun dipasang CCTV sekalipun, pencuri masih berani untuk mencuri atau melakukan jenayah.
*Nota: Jika pencuri berkenaan sedar Allah swt melihat apa yang dia lakukan, pasti dia tidak berani mencuri atau melakukan jenayah lain.
^_^
Kat tempat macam ni pun diorang mencuri kan..iskkk
ReplyDeleteItu la kak ida.. Memang berani mereka mencuri..
Deletemat gian ni kot ... gian nak beli barang dia duit tabung masjid pun nak curi :p
Deleterasanya mungkin juga kerja diaorang..
Deleteyela aiza masjid la ni terpaksa dikunci untuk mengelak berlaku kecurian wang tabung masjid...wang tabung masjid hanya dibuka sebulan sekali kot utk disimpan di bank...
ReplyDeleteDisebabkan pencuri ini susah orang lain nak singgah solat..
Deletebetul tu, memang banyak masjid-masjid kampung dikunci macam ni ... kita yang susah nak berhenti solat kan
Deletealamak ..ada juga berlaku macam gina ya kat sana..hehehe tak apa dalam hati sabar..Allah sayang orang sabar.
ReplyDeleteAda jg sekali lah Etuza buka pagar surau ..hummmkunci ..tak apa terus balik rumah ..baru dapat solat..peristiwa tu surau tepi jalan..niat nak soalt..tutup kunci ..malu lah nak masuk...kan ..ada kebaikan surau dikunci dalam logiknya
Kalau dah dikunci terpaksa bersolat kat tempat lain..
Deletedekat masjid pun dorang jadi nak mencuri...hmmm
ReplyDeleteItulah realitinya miza.. Di masjid pun boleh mencuri..
DeleteBetul..sesetengah surau dan masjid memasang rantai dan mangga pada pintu pagarnya..sedih sebenarnya buat jahat ditempat mulia..tempat umat Islam beribadah..
ReplyDeleteMemang sedih bila ada orang yang sanggup buat jahat di tempat mulia begitu..
DeleteTruk juga punya pncuri ..smpai tabung msjid pun nak d curi..kesuan plak org yg dtg nak singgah solat
ReplyDeleteItu la lya.. Kasihan pada orang yang nak singgah solat tak dapat masuk..
DeleteSedih kan. Kat masjid pun orang nak mencuri.
ReplyDeleteBetul tu fidah.. Sedih sebab sanggup diaorang mencuri di masjid..
DeleteKat tempat ibadah pun masih nk buat dosa.sedih tengok keadaan org sekarang ni.. :(
ReplyDeleteItu la mazni.. Tak tahu apa jadi dengan mereka.. Langsung tak fikir dosa..
Deletemasjid sepatutnya jadi tempat beribadah tp dah lain dah skrg ni. masjid jd tempat mencuri. hmmmm
ReplyDeleteDisebabkan mereka masjid jadi tak selamat dan terpaksa dikunci..
DeleteAduhai.... hitam betul hati pencuri tu
ReplyDeleteSemoga pencuri itu insaf dan bertaubat..
Deletekalau mau disuruh saja sekalian bawa masjidnya itu maling mizz..
ReplyDeleteterima kasih komen..
Deletesampai mcm tu sekali haaa... selalunya, lepas isyak yang ditutup... nak buat mcm mana kalau habit tangan panjang dorg tu xdpt dikawal.. terpaksalah kunci...
ReplyDeletemereka mencuri tak kira waktu.. asalkan ada peluang je..
DeleteManusia semakin hilang pertimbangan..
ReplyDeletebetul tu kathy.. sampai sanggup mencuri di tempat yang mulia begitu..
Deleteperlu hati2...
ReplyDeletebetul tu..
DeleteOrang sekarang tak tahu beza mana satu dosa dan pahala. Sampaikan tabung masjid pun dikebasnya. Semoga pencuri tu dibuka hatinya untuk bertaubat..
ReplyDeletedoakan semoga dibukakan hati mereka untuk segera bertaubat..
DeleteMcm2 pencuri ni kan. Kat masjid pun boleh mencuri lg. Huhu.
ReplyDeletemereka boleh mencuri di mana sahaja.. asalkan ada peluang mesti jadi..
DeleteMacam2 keranah pencuri ni.. Sebab mereka orang lain nak tunaikan kewajipan terpaksa ditangguhkan.. Kebanyakkan masjid mmg guna cara ni kak.. Kunci masjid bila selesai solat fardu..
ReplyDeletePersonally, saya rasa ini bukanlah cara terbaik untuk mengelak kecurian tabung masjid. Mungkin Ajk ni patut guna inisiatif lain. Mungkin diorg boleh buat tabung bergerak. Setiap kali selesai solat fardu ambil tabung tu simpan ditempat yg selamat. Ini pendapat sayalah kak aiza, kerana ianya menyukarkan org yg singgah nak solat kat situ...
betul tu ikhwan.. kewujudan pencuri ini memang menyukarkan orang lain untuk singgah solat di masjid kerana masjid dikunci..
Deletebagus juga pendapat ikhwan itu.. tapi rasanya tabung masjid akan dibuka sebulan sekali untuk disimpan di bank.. kalau nak buat tabung bergerak perlu seorang bendahari yang diberi amanah untuk menyimpan duit sebelum dimasukkan ke bank..
Biasanya sesebuah masjid tu dah ada organisasi mereka....mmg betul kena cari mereka yg betul2 amanah....
DeleteSemoga Allah memberikan hidayah kpd pencuri2 itu... bukan banyak pun tabung masjid tu... astagfirullah...
ReplyDeleteteruskan berdoa agar diberikan hidayah kepada mereka untuk berubah menjadi lebih baik..
Deletesekarang mmg unsecure dah, memacam, feel you kak aiza.
ReplyDeletenak buat macam nak dunia sekrang dah kalau mencuri tu kat mana mana tak takut dah.
kita doakan la moga moga berubahlah hendaknya
Semoga mereka berubah.. Amin..
Deletememang teruk sekarang ni.. tabung masjid pun selalu kena korek.. susah kat musafir nak masuk masjid skg ni
ReplyDeleteBetul tu.. Nak singgah solat pun susah bila masjid dah kena kunci..
DeleteSeandainya pencuri ini mengetahui siapa pemilik harta yang dicurinya dia akan mati mendadak.
ReplyDeleteYa Robb, berikan dia pencerahan dihatinya........ Aamiin..........
Semoga diberi pencerahan kepada mereka..
Deletesekarang ni,pencuri dah tak tahu maksud masjid,surau,cctv.yang dia tau maksud dapat barang je.desakan hidup sekarang,orang dah tak kenal erti dosa.
ReplyDeleteBetul itu.. Begitulah senario pencuri zaman sekarang..
Deletesemoga masa dorang dok redah rumah Allah tu, Allah turunkan hidayah pada mereka :')
ReplyDeleteBetul tu sally.. Doakan semoga diberikan hidayah kepada mereka..
DeleteHaritu ada gak skaly tengok video pemuda cuba nak curi tabung masjid. Nampak baik, tapi hm, tulah, nak katanya kesedaran masih tiada. :(
ReplyDeletePerwatakan seseorang ada masanya tidak menggamvirkan dirinya yang sebenar.. Jadi kena waspada selalu..
Deletemy pendapat la kan ... pencuri paling teruk adalah pencuri yang mencuri duit dari rumah orang yang susah dan curi duit dari tempat keagamaan macam kes curi duit di masjid ni la... geram jer kalau baca
ReplyDeleteMemang teruk mereka.. Langsung tak fikir dosa atau pahala..
Deletekannn ... pikir diri sendiri ajer diorang tu
Deleteish ish..sedih kalau ada kes mcm ni...kalau di kunci mcm tu bukan ke pencuri tu still boleh lepas pagar tu
ReplyDeleteBetul tu.. Kalau nak curi juga boleh je dia usaha panjat atau pecahkan pagar tu..
Deletekalu dulu org kaya jd sasaran laa ni x kira. janji ada benda yg nk dicuri dirembatnya...dosa pahala blkg fikir... nauzubillah
ReplyDeletebetul tu anies.. risau tengok orang yang tak fikir dosa atau pahala ni..
Deletetapi benda ni menyusahkan jemaah lain
ReplyDeletemacam kes aiza ni, kita nak tunaikan solat pun susah
betul tu yana.. disebabkan mereka orang lain tak dapat nak tunaikan kewajipan solat di surau atau masjid tu..
DeletePOSTINGAN KEREN B
ReplyDelete