24 October 2015

Luruskan Rambut Secara Tradisional

Assalamualaikum, 

Kini terdapat pelbagai teknologi moden untuk meluruskan rambut. Namun kekerapan meluruskan rambut boleh menyebabkan rambut rosak akibat penggunaan bahan kimia. Apa kata sesekali cuba gunakan kaedah tradisional untuk meluruskan rambut.

Luruskan Rambut Secara Tradisional

Kini anda tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar dan tidak lagi bimbang dengan bahan kimia berbahaya untuk mendapatkan rambut yang lurus. Cuba gunakan kaedah tradisional seperti berikut:

Luruskan rambut dengan telur

Campur dua biji telur dengan sedikit tepung gandum. Gaul sebati sehingga menjadi pes. Lembapkan rambut anda dengan sedikit air dan sapukan pes tadi di seluruh rambut sehingga rata. 


Sikat rambut menjadi lurus dan biarkan pes kering di rambut selama lebih kurang 30 minit. Akhirnya bilas rambut dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu. 


Luruskan rambut dengan santan kelapa

Perah pati santan daripada sebiji kelapa. Campurkan pati santan ini dengan sedikit perahan air limau nipis. Simpan campuran di dalam peti sejuk sehingga ia bertukar menjadi krim pekat. 


Sapukan krim santan pekat ini di kulit kepala dan seluruh rambut. Biarkan selama lebih kurang satu jam. Akhirnya bilas dengan air bersih. Lakukan tiga kali seminggu. 


Semoga perkongsian tips meluruskan rambut secara tradisional ini boleh dicuba sendiri di rumah. Lakukan secara konsisten dan pasti akan melihat perubahannya. Jika anda ada cara tradisional yang lain untuk luruskan rambut bolehlah kongsikan di sini. 

^_^

81 comments:

  1. ada yg berminat berambut lurus n ada yg suka rambut ketak2 r kerinting...nampaknya boleh buat pilihan dgn tips yg diberi aiza tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga mereka yang ingin rambut lurus tanpa bahan kimia boleh mencuba petua ini kak paridah..

      Delete
  2. waduh saya punya rambut bergelombang mba dari lahir lagi hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. rambut bergelombang pun pastinya cantik juga..

      Delete
  3. bagus tips ni, tak payah guna rejoice dah. huhu. tapi kalau amek santan mak kat dupur kena marah la jawab nya :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta izin kat mak.. hehe.. semoga bermanfaat untuk dicuba.. ;)

      Delete
  4. salam Aiza, kalau ramai yg rajin buat sendiri dirumah mmg kedai rambut tutup ni nnt, itulah skrg ni rajin dgn tidak ja kan tpi traditional ni lebih slmt rambut tklah rosak sngt boleh try ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak noor.. kalau buat di kedai tu mungkin lebih cepat hasilnya berbanding buat sendiri di rumah.. tapi bahan tradisional begini insyaAllah lebih terjamin kerana tidak menggunakan bahan kimia..

      Delete
  5. Alice dulu macam2 kaedah alice nak gunakan untuk luruskan rambut sampai guna lidah buaya lagi.. semuanya tak jadi.. last2 bila dah semakin meningkat dewasa.. auto rambut tu jadi ikal mayang.. cantik lah pla.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik rambut ikal mayang.. bagi kak aiza, lurus atau kerinting tak penting, yang penting rambut tak rosak dan tiada masalah seperti kelemumur atau kering..

      Delete
  6. I suka rambut yg ikal sedikit bahagian hujung.. nice tip, maybe boleh cuba kalau gatal2 nak lurus...hehe

    ReplyDelete
  7. Bagus tu boleh buat sendiri....guna cara ni lebih selamat takde bahan chemical kan.

    Tq aiza follow blog akak,akak follow kembali

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, insyaAllah selamat kerana tidak menggunakan bahan kimia..

      Delete
  8. luruskan rambut dgn telur? wow.. tak berani pula nk cuba hehe

    ReplyDelete
  9. Owh..lebih selamat dan lebih yakin halal dan sucinya sebab guna bahan semulajadi..

    ReplyDelete
  10. Lebaih baik guna cara semula jadikan Aiza..terima kasih tips boleh cerita dengan orang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cikgu.. semoga bermanfaat untuk dicuba..

      Delete
  11. fuhhh... dgn telur pun boleh lurus rambut... petua yg baik ni kak... dengan santan tu pernah juga dengar... :D selamat berhujung minggu kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la ikhwan.. telur pun boleh guna untuk luruskan rambut.. tapi guna petua tradisional ni kena amalkan secara konsisten untuk dapatkan hasilnya.. selamat berhujung minggu ikhwan.. ;)

      Delete
  12. Blh try ni..rmbut Lya x da la lurus sgt..kot brkesan kan

    ReplyDelete
  13. Yang kedua tu saya pernah cuba. Memang berkesan lah :)

    ReplyDelete
  14. Maklumat yang berguna . Boleh guna untuk luruskan rambut nanti .

    ReplyDelete
  15. berguna juga petua ni. xde la rosak rambut sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna bahan semulajadi insyaAllah tak membahayakan rambut..

      Delete
  16. senang jer petuanya....bahan pun mudah nak dapat kan...

    ReplyDelete
  17. Replies
    1. memang menjimatkan miza.. bahan-bahan pun senang dapat kat dapur je.. hehe..

      Delete
  18. Terima kasih atas perkongsiannya. Lepas ni bolehlah cuba kaedah santan kelapa tu. ;)

    ReplyDelete
  19. Petua guna santan tu pernah la dgr before ni. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. petua orang lama ni aisya.. ianya telah pun dipraktikkan turun temuran sejak zaman dahulu lagi..

      Delete
  20. skrg ni ramai yg pegi salon je utk luruskan rambut walaupun blh merosakkan rambut

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin mereka rasa yang tu cara mudah dan cepat.. kalau buat sendiri di rumah ambil masa panjang..

      Delete
  21. pakai telur..1st time mummy dengaq... nanti leh try .. :D

    ReplyDelete
  22. ooo telur pun boleh buat luruskan rambut ye?
    baru tahu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh yana.. tapi guna petua tradisional macam ni kena amalkan secara konsisten untuk dapatkan hasilnya..

      Delete
  23. Mcmana pula kalau memang dah rambut tu keriting semula jadi kan. Mesti jenuh nak luruskan..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan putus asa.. mesti boleh walaupun ambil masa.. hehe..

      Delete
  24. tips yg bagus ni..baru tau telur dan tepung boleh luruskan rambut

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga bermanfaat untuk dicuba.. guna petua tradisional macam ni kena amalkan secara konsisten untuk dapatkan hasilnya..

      Delete
  25. Info yang bermanfaat Mizz, meluruskan rambut dengan cara tradisional.

    ReplyDelete
  26. Tips, ini bagus buat meluruskan rambut... sangat membantu bagi yang punya rambut kriting yang ingin punya rambut lurus ...

    ReplyDelete
  27. Alamak jadi ke....adik Wa gi kedai buat rebonding hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cuba la dulu Wa.. guna petua tradisional macam ni kena bersabar.. buat sekali dua mungkin tak nampak hasilnya.. kena amalkan secara konsisten untuk dapatkan hasilnya..

      Delete
  28. cantik rambut lurus gituuu., huhu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yang cakap rambut kerinting pun cantik.. hehe..

      Delete
  29. Wah..rambut lurus dan lembut..
    Pakai jari aje :D

    ReplyDelete
  30. Meluruskan rambut dengan cara tradisional jauh lebih aman dari pada yang instan. Terimakasih Tipsnya ya

    ReplyDelete
  31. dulu masa bujang,suka sangat nak luruskan rambut.sebab free hair kan.sekarang dah bertudung,tak fikir dah nak luruskan rambut sebab nanti bergulung gak.lagipun dulu masa bujang.bolehlah biarkan rambut tanpa diikat.sekarang ni dah ada anak kecik,kena ikat selalu la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakai tudung memang rambut akan bergulung juga kan.. bagi aiza lurus atau kerinting tak penting, yang penting pastikan rambut sentiasa sihat..

      Delete
  32. Macam2 petua. Tinggal rajin ngan tak jer ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. petua orang zaman dulu-dulu.. kalau rajin boleh buat sendiri..

      Delete
    2. betul tu fiza.
      byk petua.
      rajin ker? :) ha ha ha...

      Delete
  33. rambut dah lurus tapi nak jadika ikal mayang pulak. Ada petua tak? hihi

    ReplyDelete
  34. baru tahu ada teknik lurus rambut secara tradisional :) ...

    ReplyDelete
  35. xpernah try pun akak ehehe sebab pakai tudung. janji rambut bersih dh cukup

    ReplyDelete
  36. Ada juga rupanya petua luruskan rambut secara tradisional...
    Tak perlu nak rebonding bagai... Murah dan natural!

    ReplyDelete
  37. xbusuk ke rambut lumur dgn telur?

    ReplyDelete
  38. but. kalau da kerinting tu, kerinting jugak.
    dlm gen da ada sifat kerinting tu :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^