14 October 2015

Salam Maal Hijrah 1437

Assalamualaikum,

Hijrah Rasulullah saw dan para sahabat dari kota Mekah ke kota Madinah merupakan pembinaan langkah baru bagi menghadapi cabaran yang mendatang. Umat Islam terdahulu telah berjihad secara habis-habisan dan mereka berjaya meletakkan Islam di tempat yang mulia. 

Salam Maal Hijrah

Hijrah pada masa kini meliputi pelbagai aspek seperti menuntut ilmu, berdakwah, berjihad, mencari nafkah dan pelbagai lagi. Kini tiba giliran kita untuk memberi sumbangan kepada agama Islam agar ianya terus berkembang dan dihormati. 

Untuk terus maju, umat Islam tidak boleh berpeluk tubuh dan hanya berserah nasib kepada takdir semata-mata. Mereka harus memiliki kekuatan spiritual, fizikal, moral dan daya cipta. Umat Islam wajib menuntut ilmu bagi memajukan diri mereka sendiri. 

Setiap umat Islam harus menghayati semangat jihad iaitu bersungguh-sungguh dan sanggup berkorban demi mencapai cita-cita. Mereka juga perlu memperkukuhkan kekuatan akidah, fizikal dan material diri masing-masing bagi melahirkan umat Islam yang soleh dan seimbang. 

Oleh itu, jika umat Islam terdahulu boleh melangkah maju, mengapa kita tidak boleh. Sesungguhnya Maal Hijrah merupakan satu permulaan yang sesuai untuk kita terus melangkah maju ke hadapan. Salam Maal Hijrah saya ucapkan kepada semua. 

 ^_^

63 comments:

  1. Salam Maal Hijrah kak,
    Moga 1437 lebih baik dari sebelumnya,
    mulakan perubahan hari ni, kerana cuma hari ini punya:)

    ReplyDelete
  2. Salam Maal Hijrah Aiza.
    Moga tahun ini lebih suksess. Aamiin.

    ReplyDelete
  3. SALAM MAAL HIJRAH AIZA...BERSAMA BERHIJRAH KKEARAH DESTINASI SEBENAR..

    ReplyDelete
  4. semoga sama-sama kita berhijrah kearah yang lebih baik :) ...

    ReplyDelete
  5. salam maal hijrah kak...semoga thaun baru memberi perubahan yg baru kpd diri kita, InsyaAllah..:)

    ReplyDelete
  6. Salam Maah Hijrah 1437 Aiza..hijrah kita kerana Allah..mulakan langkah pertama..lillahitaala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam maal hijrah PC. . betul tu, berhijrahlah kerana Allah swt..

      Delete
  7. salam maal hijrah kak aiza :) berhijrah itu susah tetapi istiqamah itu lebih payah! moga ukhuwah kita berterusan di tahun baru ni ye kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam maal hijrah didiey.. Memang sukar untuk istiwamah dengan hijrah yang dilakukan.. Banyakkan berdoa agar sentiasa berada di jalan yang lurus dan diredhai oleh Allah swt.

      Delete
  8. Salam Maal Hijrah....
    Semoga kita lebih baik dari semalam...lebih baik dari segala segi yang positif...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam maal hijrah bunda.. InsyaAllah, berusaha menjadi lebih baik..

      Delete
  9. tahun baru islam unutk kita jadi lebih baik lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah suri.. Niat baik untuk menjadi baik.. semoga dipermudahkan oleh Allah swt..

      Delete
  10. Salam maal hijrah kak. Taqabbalallahu minna waminkum. :)

    ReplyDelete
  11. Salam Maal Hijrah Aiza...semoga lebih success this year eh

    ReplyDelete
  12. Wa'alaikumussalam, WR WB
    Selamat tahun baru hijriah 1437H.
    Insya Allah kita semua diberikan kemudahan. Aamiin Ya Robb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. Semoga dipermudahkan segala urusan dan perancangan..

      Delete
  13. Salam maal hijrah..semoga kedatangan tahun baru kita sentiasa ingat bahawa ajal semakin mendekat..usia semakin pendek..betul tak?

    Jumpa lagi dan salam singgah dari penulis blog Hero Borneo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam maal hijrah.. Betul itu.. Bersama kita bermuhasabah diri dan berubah menjadi lebih baik kerana usia kita hanya singkat..

      Delete
  14. Salam maal hijrah kak aiza. :-)

    ReplyDelete
  15. Salam Maal Hijrah Aiza.. Moga tahun ini lebih baik dari tahun2 yg lepas..Amin

    ReplyDelete
  16. Selamat Tahun Baru Hijrah...
    semoga kita bisa lebih baik lagi kedepannya, hijrah menjadi sesuatu yg lebih baik, aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru hijrah.. InsyaAllah.. Amin..

      Delete
  17. Salam Maal Hijrah Aiza... semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya dgn keberkataan dan kejayaan yg berterusan... aamiin... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam maal hijrah khir.. InsyaAllah.. Semoga hidup diberkati oleh Allah swt selalu.. Amin..

      Delete
  18. Salam Awal Muharram...
    Semoga tahun ini segalanya lebih baik. InsyaAllah

    ReplyDelete
  19. Salam Maal Hijrah akak.. semoga tahun nie lebih baik pada tahun sebelumnya..=D

    ReplyDelete
  20. Salam maal hijrah ya Aiza..terima kasih..ingatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam maal hijrah cikgu.. Ingatan untuk diri aiza juga..

      Delete
  21. Semoga bulan hijrah ini membawa bersama kebaikan dan kemenangan untuk seluruh umat Islam. Amiin

    ReplyDelete
  22. kullu 'amin wa antum bi khair...salam hijrah 1437

    ReplyDelete
  23. Salam maal hijrah Kak, lewat plak wish

    ReplyDelete
  24. Asalam semoga aiza dan keluarga sihat dan gembira ..terjah petang hari sabtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam cikgu.. insyaAllah dan terima kasih kerana mendoakan aiza sekeluarga..

      Delete

Terima kasih sudi komen.. ^_^