15 October 2015

Turunkan Berat Badan dengan Serat

Assalamualaikum,

Serat adalah nutrien yang murah dan mudah didapati dari sumber buah-buahan, sayur-sayuran dan beberapa jenis bijirin. Tahukah anda, serat dapat membantu melawaskan proses pencernaan dan mengelakkan sembelit?


Kepada anda yang ingin menurunkan berat badan juga boleh mengambil makanan berserat kerana ia memberi rasa kenyang yang lebih lama dan sekaligus mengurangkan keinginan anda untuk makan dengan lebih banyak.

Beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan serat adalah seperti limau, epal, pisang, pear, lobak merah, brokoli, prun dan kekacang. Serat juga boleh didapati dalam bijirin seperti oat, gandum, jagung dan roti.

Oleh itu, amalkan pengambilan serat yang mencukupi bagi melancarkan sistem pencernaan. Jadikan amalan makan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai rutin anda. Apabila sistem penghadaman baik, pasti tubuh menjadi sihat dan sekaligus langsing.

^_^

61 comments:

  1. Bestkann kalo dapat makan makanan2 yg seimbang mcm ni hari2..tp mummy tak bole. Nak jugak makan coklat... huaaa mengembanglahh jawabnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala makan coklat tu tak mengapa.. Cuma mesti juga makan makanan segar seperti buah dan sayur..

      Delete
  2. sekarang ni tak berdiet,tapi tetap kena ambil makanan berserat ni jugak untuk kesihatan kan aiza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ida masih menyusukan baby lagi kan? Kena makan makanan seimbang dan mencukupi..

      Delete
  3. Betul tu... Kuruskan badan bukan perlu berlapar semata-mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk berdiet makanlah makanan cepat kenyang dan mudah dicerna seperti serat ini..

      Delete
  4. Nice sharing akak.. memang nk diet nie..=D

    ReplyDelete
  5. Tapi kalau dah masuk aje usia 40an kan Aiza macam susah tau nak kuruskan badan walau makan buah berserat/sayur banyak. Tak sama masa matabolism diusia muda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah juga aiza mendengar mengenai metabolisma tu kak zakie.. Apa yang penting makan mengikut piramid makanan dan jangan makan secara berlebihan..

      Delete
  6. ambil makanan berserat yg mengenyangkan jd xperlu mkn banyak..pasti bdn cantik slim tu aiza.

    ReplyDelete
  7. Kena kuat iltizam dan itiqomah juga perlu nak kuruskan badan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu cikgu etuza.. Yang penting istiqamah untuk kurus.

      Delete
  8. Berat badan saya pun dah bertambah, tapi nak makan serat je macam tak mampu pula hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tambahkan serat dalam makanan seharian.. contohnya boleh ambil oat untuk sarapan pagi.. tengahari boleh makan nasi dan lauk yang lain.. jadikan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai kudapan..

      Delete
  9. Alice dari 2 tahun yg lalu lagi nak amalkan makan cam ni,, sampai sekarang x juga amalkan., ahaha,, ni semua salah MAKANAN RINGAN.. tapi tak pa , bila azam berdiet betul2 dah kuat,, nak rujuk balik kat post ni. hehe

    ReplyDelete
  10. Pisang tinggi kandungan serat..")

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. pisang kaya dengan serat dan potasium..

      Delete
  11. sy ni x konsisten. kejap mkn buah...pastu tggl kan...then smbg blk... alahaiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga terus istiqamah dengan amalan makan buah-buahan..

      Delete
  12. terima kasih atas perkongsian.. buah buahan kalau dah jadi jus, still serat tu ada lagi kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. seeloknya makan buah segar untuk mendapatkan kandungan serat yang tinggi..

      Delete
  13. Saya pun sedang berusaha turunkan berat badan sikit.. Sejak kerja ni berat makin naik.. Entah sebab bahagia ataupun stress.. Haha.. Terima kasih atas perkongsian kak aiza.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. fatin wawa kerja sekarang stress ke? semoga berjaya untuk mengurangkan berat badan..

      Delete
  14. thanks for the sharing, memang bagus ni

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. bagus jadikan sayur-sayuran sebagai menu utama lya..

      Delete
  16. Nice post Miz,
    salam ziarah dan Happy Blogging

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih dan semoga entri ini bermanfaat..

      Delete
  17. memang amalkan makan buah-buah dan sayuran ... tapi diri ni baka gemuk, susahnya nak turunkan berat :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah boleh zie has.. Mulakan perlahan-lahan dan konsisten.. ;)

      Delete
  18. p/s: misi melancarkan serangan 'bommm' di blog aiza ... thanks sebab rajin komen kat my blog :)

    ReplyDelete
  19. Pengambilan serat ni elok utk diet harian tetapi perlu disertakan dengan pengambilan air masak yang cukup. Baru betul2 berkesan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Apa-apa pun kena minum air masak secukupnya, sekurang-kurangnya 3liter setiap hari..

      Delete
  20. nice info kak.. Pisang tu saya suka... Memang banyak bagi energy... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus makan pisang.. Semoga bermanfaat entri ini.. ;)

      Delete
  21. JM mmg ada masalah pencernaan...sah kurang mkn SERAT ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyakkan pengambilan makanan berserat dan air masak sekurang-kurangnya 3liter sehari..

      Delete
    2. 3 liter ke Aiza..huhuh..hanya mampu 1 liter je sehari itupun kerap ke tandas

      Delete
    3. menurut pembacaan aiza, kuantiti air masak yang perlu diminum setiap hari berdasarkan berat badan.. 1kg berat badan sama dengan 30ml air masak..

      Delete
  22. saya suka makan kalau dapat makan rezeki kata saya.nak skrg susukan badan pada anak aduh makan dan air kosong perlukan tubuh saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tengah menyusukan bayi memang kena makan makanan berkhasiat secukupnya suri..

      Delete
  23. sungguh ke aiza? nak buat jugalah
    cam makin membesar pula lately =)

    ReplyDelete
  24. aida ni pun da naik kot berat badan, aiza.
    tak boleh tinggal nasi !!!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^