18 October 2015

Kisah Lawak Kahwin

Assalamualaikum, 

Perkahwinan adalah penyatuan dua hati dan perkongsian suka duka. Kali ini saya akan kongsikan beberapa kisah lawak berkaitan kahwin. Kisah ini selalu terjadi di awal, pertengahan dan penghujung perkahwinan.

Kisah Lawak Kahwin

Kisah 1 : Dapat anak

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Tak sabar abang nak tengok anak kita nanti.."


Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buatkan susu untuk anak.."
Suami : "Abang mengantuk.. Ayang tolong buatkan la.."


Penghujung Perkahwinan
Isteri : "Cuba abang tegur perangai anak kita tu.."
Suami : "Eh.. Anak awakkan.. Mesti la ikut perangai maknya.."


Kisah 2 : Tolong isteri

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang tolong kemas rumah ye.."
Suami : "OK.. Demi ayang boleh saja."


Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang tolong kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelah yang buat.."


Penghujung Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang tolong kemas rumah ye.."
Suami : "Apa kata awak masak, awak kemas dan awak buat semuanya.. Saya nak keluar dengan maid baru kita.."


Kisah 3 : Pergi shopping

Awal Perkahwinan

Isteri : "Jom kita pergi shopping.."
Suami : "Jom.. Mesti ayang bosan duduk di rumah.."


Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat la.. Ayang pergi sendiri ya.. Drive la sendiri atau naik LRT ke, teksi ke.."


Penghujung Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Apa shopping moping


Kisah 4 : Isteri tak pandai masak

Awal Perkahwinan

Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "Takpe ayang, biar abang tolong masakkan.."


Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "Awak masak je apa-apa pun.."


Penghujung Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "Apa kata awak bakar je dapur tu.." 


Kisah 5 : Hari jadi isteri

Awal Perkahwinan

Isteri : "Abang nak bagi hadiah apa sempena hari jadi ayang?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan abang akan bagi.."


Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang nak bagi hadiah apa sempena hari jadi ayang?"
Suami : "Tiap-tiap tahun saya bagi awak hadiah.. Tak cukup lagi ke?"


Penghujung Perkahwinan
Isteri : "Abang nak bagi hadiah apa sempena hari jadi ayang?"
Suami : "Hadiah kompang nak tak?"


Entri ini sekadar suka-suka sahaja, jadi jangan ambil serius. Realitinya seharusnya suami isteri saling melengkapi antara satu sama lain dan bertoleransi bagi mengekalkan kebahagiaan rumahtangga yang dibina.

Diolah dari sumber ikahwin.com

Boleh juga membaca:

^_^

65 comments:

  1. Alamak hehehe...lawak tul lah Aiza..senyum juga after baca..

    ReplyDelete
  2. dapat idea dari mana Aiza hehehe

    ReplyDelete
  3. Kesian jg kan suami tengking isteri.. lawak hujung minggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kasihan.. Jangan contohi suami begitu..

      Delete
  4. Oke. Serious agak lawak. Hehehe.

    ReplyDelete
  5. Asam garam rumah tangga..
    Seharusnya makin tua makin sayang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya begitu fidah.. Semakin tua semakin erat kasih sayang..;)

      Delete
  6. Hehehaha..selagi boleh jangan jadikan tempoh atau jangka masa perkahwinan itu asbab..asbab untuk berubah..sewajarnya hubungan semakin akrab kerana lebih mengenali pasangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu PC.. Usia perkahwinan bukanlah alasan untuk kasih sayang berubah.. Semoga semakin lama semakin sayang.. ;)

      Delete
  7. begitulah asam garam rumah tangga aiza..tapi ada yg awal n akhir perkhwinan sentiasa bhgia mcm cikgu etuza n isterinya heh..heh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya begitulah kak paridah.. Cikgu etuza jadi contoh perkahwinan yang bahagia.. ;)

      Delete
  8. Macam tulah life kita ni..hehehhe..dah asam garam dalam berumahtangga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap orang yang berumahtangga pasti akan menempuhinya..

      Delete
  9. awal nya semua manis! tengah nya makin kurang dan hujung nya terus masam..asam garam rumah tangga melainkan masing2 tahu tanggunjgawab masing in shaa Allah kekah bahagia yg penting mesti ada sikap tolong menolong dan tolak ansur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat dengan komen JM.. Yang penting kena bertolak ansur, barulah kekal bahagia selamanya..

      Delete
  10. mula nya sayang, ayang dah lama2 mak ko bapak ko ehehehe

    ReplyDelete
  11. Sekadar gurauan, tapi still ada inputnya, kasihnya biar la hingga ke syurga .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doakan semoga kasih sayang kekal hingga ke syurga..

      Delete
  12. macam2 cerita eh Aiza jadi panduan jugak tu pd yg belum kawin hehe tpi itulah peekahwinan ada pahit manis tu lumrahlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lumrah perkahwinan begitulah.. Ada pahit dan manisnya..

      Delete
  13. Hahaha...Alhamdulillah, wan masih leh bertoleransi dalam hal-hal tersebut hingga sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah wan.. Aemoga wan dan isteri kekal bahagia hingga ke syurga..

      Delete
  14. Asam garam rumah tangga. Hikhik.

    ReplyDelete
  15. Utk lawak-lawak bolehlah Aiza:)
    Tapi hakikatnya yg biasa semakin lama semakin padu ikatan kasih dan sayangnya. Sakit sikit pun pasangan kita bagai mahu dikongsi sama.. Tunggulah waktu itu akan Aiza rasai juga kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk lawak sahaja entri ini.. Hehe.. InsyaAllah kak zakie, harap-harap dapatlah yang kekal bahagia.. ;)

      Delete
  16. terkadang ada benar terjadi ada suka usik ok je ada betul makan hati kalau pasangan suka buat deak atau berat tulang sapa yang tak hangin kan...

    perkahwinan tu terkadang boleh ubah sikap seseorang yang sebenar dari kita kenal masa cinta cintun kansss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang penting kena banyakkan bersabar dan bertoleransi kan suri..

      Sebelum dan selepas berkahwin pasti ada perbezaan sikap..

      Delete
  17. aiza pkbar sihat ke?

    maaf kalau lewat balas kunjugan..anak kecil ada susah sikit.
    tp suri cuna jejak entri yang lama..kalau ada termiss bg tahu ya

    take care

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sihat.. Harap suri pun sihat juga..

      Aiza faham.. Suri utamakan keluarga dan anak-anak terlebih dahulu..

      Terima kasih kerana suri sudi singgah blog aiza.. ;)

      Delete
  18. Awal, tengan, ujung perkawinan sifatnya jadi berubah ya Miz ... Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga tidak berubah sifatnya agar kekal bahagia perkahwinan..

      Delete
  19. mula2 dpt semuanya manis..bila dah lama2..ada je yang tak kena.. tulah lumrah kehidupan.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah lumrah perkahwinan.. Ada pahit dan manisnya.. ;)

      Delete
  20. hadiah kompang x pe lg jg madu udah ler hahahah

    ReplyDelete
  21. hehe...ada kebenaran juga tu
    awal kawin semua manis belaka ye =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia selamanya..

      Delete
  22. yang last sekali tu tak tahan tu; nak bagi hadiah kompang.tapi ada benarnya kisah ni.cuma IbuNoey bersyukur sebab dalam rumahtangga IbuNoey,tidak terjadi lagi hal macam kat atas.al-hamdulillah,suami banyak membantu dan bertoleransi dalam pelbagai hal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ibunoey.. semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia hingga ke jannah.. ;)

      Delete
    2. in shaa Allah.IbuNoey pun harap begitu juga.;)

      Delete
  23. moga rumahtangga sy nnt xmcm ni :') insyaALLAH

    tp nak keluar dgn maid baru???? melampau! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. doakan semoga rumahtangga yang akan dibina diberkati oleh Allah swt selalu dan kekal bahagia..

      memasng melampau tu didiey.. hehe..

      Delete
  24. Sally selalu sangat berharap lelaki dalam dunia ni bukan macam ni...kesian isteri-isteri diluar sana tu -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sally, kasihan isteri-isteri kalau dapat suami begini.. semoga semua lelaki membaca komen sally ini..

      Delete
  25. "Apa kata awak bakar je dapur tu"
    yang ni lawak..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama kahwin tapi tak tahu memasak itulah akibatnya.. hehe..

      Delete
  26. Dialog2 yang paling tidak mahu ianya menjadi realiti... Semoga kita semua kekal berbahagia sepanjang usia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah BM.. semoga perkahwinan yang dibina kekal bahagia sepanjang usia..

      Delete
  27. kawen tu sonok, nak jaga perkawenan tu yg x sonok ., huhu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke? semoga jaga elok-elok perkahwinan yang dibina..

      Delete
  28. Perlu da prsefahaman..tolak ansur..ni dri pglmn Lya yg da brkahwin hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu lya.. bertolak ansur tu paling penting kan.. kak aizadoakan semoga rumahtangga lya diberkati oleh Allah swt dan kekal bahagia hingga ke syurga..

      Delete
  29. Sama2 kita jaga ikatan perkahwinan agar kkl bahagia

    ReplyDelete
  30. tak berumah tangga lg.. huhu
    takut nk hadapi

    ReplyDelete
  31. adat kehidupan...
    tapi tak la gitu, aiza.
    gurauan semata-mata :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^