08 October 2015

Petua Elak Ikan Goreng Melekat pada Kuali

Assalamualaikum, 

Ikan goreng adalah menu yang ringkas dan cepat disediakan. Namun ada masanya ikan yang digoreng akan melekat pada kuali dan akhirnya menjadi hancur apabila dibalikkan.

Elak Ikan Melekat Pada Kuali

Pada kali ini saya akan kongsikan beberapa petua mengelak ikan yang digoreng melekat pada kuali seperti berikut:

Kuali bersih elak ikan melekat pada kuali

Pastikan kuali yang digunakan untuk menggoreng ikan dibasuh bersih. Jika terdapat sisa masakan pada kuali, ia akan hangit apabila kuali dipanaskan dan seterusnya menyebabkan ikan melekat padanya. 


Minyak panas elak ikan melekat pada kuali

Pastikan minyak masak benar-benar panas sebelum ikan digoreng. Ikan mudah melekat pada kuali yang minyak tidak cukup panas. 


Asam keping elak ikan melekat pada kuali

Panaskan minyak masak dan masukkan dua keping asam keping ke dalamnya. Apabila minyak cukup panas, goreng ikan seperti biasa. Asam keping boleh dikeluarkan atau dibiarkan sahaja. 


Garam elak ikan melekat pada kuali

Ketika memanaskan minyak masak di dalam kuali, taburkan sedikit garam halus. Setelah minyak benar-benar panas, goreng ikan seperti biasa. 


Hampas kelapa elak ikan melekat pada kuali

Kuali baru mungkin juga menyebabkan ikan goreng melekat. Sebelum kuali digunakan, goreng sedikit hampas kelapa sehingga kekuningan. Kemudian basuh kuali sehingga bersih dan bolehlah menggoreng ikan seperti biasa. 


Diharap perkongsian ini dapat menyelesaikan masalah ikan digoreng melekat pada kuali. Jika anda ada petua mengelak ikan goreng melekat di kuali yang lain boleh kongsikan di sini. 

^_^

70 comments:

  1. kalau nak menggoreng,akak letak bwang putih je aiza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas perkongsian petua itu kak ida..

      Delete
  2. BAGUS TIPS YG DIKNGSI AIZA TU...TKSH.

    ReplyDelete
  3. terima kasih..boleh praktikkan ni..kalau goreng ikan lekat..adoi sedih..angkat2 tinggal tulang je..

    ReplyDelete
  4. Memang menyusahkan kalau ikan melekat di kuali. Kesian tangan orang rumah kena minyak panas.

    ReplyDelete
  5. Kathy selalu guna petua 1,2 & 4..

    ReplyDelete
  6. Mak saya selalu letak asam keping time rajin la... huhu

    ReplyDelete
  7. cahayacinta
    hampas kelapa baru tahu heeee...

    garam tak tahu pula slu guna garam utk turunkan minyak masak kotor ke bawah..namoak bersih heeee

    thnks aiza..

    amboi dalam kata bz up juga entri eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat mencuba suri.. terima kasih berkongsi pengalaman juga..

      cuba juga up entri.. hehe..

      Delete
  8. Tak jadi masam ker makanan yang digoreng tu kalau letak asam? Hahaha...tak penah try lagi. Yang lain, Alhamdulillah...ada yang penah cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat yang aiza pernah cuba tak masam pun wan.. sebab letak 2 keping je asam keping tu..

      Delete
  9. Ada satu tips lagi Mizz Aiza, goreng ikan dengan bekas jeruk peras (Asam Peras)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sharing petua ini..

      Delete
    2. jeruk asam peras tu apa yer? ... hehe first time dengar :)

      Delete
    3. First time dengar juga sebenarnya.. Hehe..

      Delete
  10. terima kasih berkongsi pengalaman..

    ReplyDelete
  11. Petua yg biasa kakak buat letak asam gelugor/keping tu Aiza.
    Petua ni dari kakak kecik-kecik lagi tau arwah mak kakak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiza pun selalu guna petua itu kakak.. Terima kasih kongsi pengalaman..

      Delete
  12. Assalam Mizz Aiza..terima kasih follow blog JM..im follow u back #1299

    ReplyDelete
  13. aha..petua garam dan asam jawa tu pernah dengar..sbb biasanya bila minyak dah panas JM akan letak sedikit garam supaya minyak tu x percik kena tangan dan juga ikan x melekat di kuali..nice tip ni Aiza :-)

    ReplyDelete
  14. Bagus petua Mizz ni..
    Boleh tambah petua lagi.. Selalunya akak letak asam keping tu je..

    Akak follow #1300 .. jemputlah ke blog kecik akak ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat menciba petua ini kak..

      Terima kasih sudi singgah dan follow blog aiza..

      Delete
  15. yang asam keping dan hampas kelapa tu ... baru tahu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum cuba lagi ni ... sebab my kuali non stick, main goreng ajer :)

      Delete
  16. Selalunya pastikan kuali bersih aje. Rupa-rupanya ada banyak petua lain.
    Thanks Aiza :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastikan kuali bersih tu sebelum ikan digoreng.. Petua yang lain pula untuk ikan yang dah melekat pada kuali.. Selamat mencuba petua lain.. ;)

      Delete
  17. perkongsian yg menarik kak Aiza.... :D walaupun saya takut nak goreng ikan.. hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga bermanfaat untuk dicuba petua ini..

      Boleh kak aiza tahu kenapa ikhwan takut nak goreng ikan?

      Delete
  18. petua yang sangat bagus nie..boleh la cuba nanti..

    Jumpa lagi dan salam singgah dari penulis blog Hero Borneo

    ReplyDelete
  19. Ada yg baru tau. Thnks kak aiza. Hehe

    ReplyDelete
  20. Thnks Kak infonya, nnt Lya try..slalu memg melekat bila goreng ikan

    ReplyDelete
  21. sy biasanya tunggu minyak betul2 panas. btw, ni tips berguna utk anak2 dara sekalian. kalau pegi rumah bakal mertua, goreng ikan hancur, mmg kena reject lah jawabnya. hihihi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu didiey.. Kena belajar kalau tak nak kena reject..

      Delete
  22. nak try yg asam keping la pasni.. kekadang kan, tgk jenis kuali jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat mencuba zizie.. betul juga tu, ada sesetengah kuali tu memang cepat melekat..

      Delete
  23. Bagus tips ni... klu goreng ikan melekat di kuali, masakan pun jadi tak sedap dah... hancur ikan tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila ikan digoreng dah hancur mesti tak sedap nak makan..

      Delete
  24. wah,ada petua lain untuk goreng ikan tak melekat rupanya.selama ni,IbuNoey tau yang asam keping dengan minyak cukup panas je.lepas ni boleh try yang garam tu la kalau asam keping tak ada.tak suka kalau ikan melekat kat kuali masa goreng tu.nanti nak basuh kuali,susah sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lagi petua untuk elak ikan melekat ketika digoreng.. Selamat mencuba petua ini ibunoey..

      Delete
  25. boleh cuba letak bawang putih jugak...atau goreng asam jawa dengan sedikit minyak...lepas tu baru keluarkan dan letak minyak utk goreng ikan plak...

    ReplyDelete
  26. terima kasih atas tips ni, memang boleh membantu elak melekat

    ReplyDelete
  27. Thanks kak! Hehe slu anis masak xnak bg lekat letak asam keping tu heheh. tapi utk sesetengah kuali yg mmg xmelekat tu okay la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak aiza pun selalu amalkan guna asam keping tu juga..

      Delete
  28. Thx kak za share petua ni.. yg ruby tahu cuma...minyak kena panas & kuali kena bersih..

    Garam,asam keping..ilmu baru ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga ruby dapat mencuba petua yang lain juga..

      Delete
  29. paling mudah panaskan myk betul2... insya allah x kn melekat. nk goreng seterusnya pun kena pns kn myk betul2 jgn smpi terbakar udah lerr ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih berkongsi pengalaman anies.. memang kena pastikan minyak betul-betul panas untuk elak ikan melekat ketika digoreng..

      Delete
  30. yang no 1 dan 2 tu biasa dengar
    hak lelain tu tak pernah. anyway nice sharing aiza

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga perkongsian ini bermanfaat untuk dicuba.. ;)

      Delete

Terima kasih sudi komen.. ^_^