Assalamualaikum,
Saya tertarik untuk menulis mengenai tajuk ini apabila saban hari melalui kawasan berkenaan ketika menghantar adik saya pergi bekerja. Pasti saya akan melihat situasi yang sama. Di susur masuk ke tempat kerja adik saya terdapat jalan sehala yang agak sempit.
Namun ada penunggang motosikal yang berani mempertaruhkan nyawa melawan arus untuk keluar melalui susur masuk itu. Sedangkan ketika itu kenderaan seperti kereta dan bas silih-berganti masuk ke situ. Setiap kali melihat motosikal melawan arus pasti jantung saya akan berdegup kencang.
Sebelum ini sudah berlaku kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di tempat berkenaan. Penunggang motosikal (suami dan isteri) telah meninggal dunia ketika bertembung dengan sebuah kereta. Ngeri sungguh kemalangan itu kerana kesan darah masih kelihatan di atas jalan raya selepas beberapa hari kemalangan itu berlaku.
Persoalannya, kenapa sanggup mereka mempertaruhkan nyawa semata-mata ingin cepat? Tidakkah mereka terfikir perbuatan mereka mengundang bahaya? Bukan sahaja bahaya kepada mereka, tetapi juga pemandu lain yang mungkin tidak sempat mengelak.
^_^
mungkin sebab kalau kena pusing, jauh sangat kot kak? entahla, nak cepat dan terlampau yakin dengan diri pun ye jugak
ReplyDeleteNak pusing memang jauh.. Tapi pelik juga kenapa mereka sanggup membahayakan nyawa..
Deletearea situ tak ada jejantas untuk motor ke? ermm :) ...
DeleteTakde jejantas pun kat situ..
Deletepatut la ... masing-masing nak cepat tak pikir bahaya
Deletetindakan yg mengundang bahaya tu walau nk cepat..xboleh terlalu berani mempertaruhkan nyawa..
ReplyDeleteBetul tu kak paridah.. Tak berbaloi mereka mempertaruhkan nyawa hanya kerana nak cepat..
DeleteAllah..jalan pintas yang membinasakan ni..
ReplyDeleteUsah mengikuti cara merbahaya seperti itu..
DeleteBila dah selalu dilakukan mereka tak merasa ianya satu kesilapan Aiza. Mereka juga beranggapan kereta yg lalu di situ tahu ada motor jln songsang. Tapi mereka tak terfikir cara itu salah dan boleh mengundang padah.
ReplyDeleteMungkin juga mereka berfikir seperti yang kak zakie katakan.. Sekali buat mungkin tiada perkara buruk berlaku.. Namun mungkin satu masa akan berlaku kemalangan akibat kecuaian mereka..
DeleteJarak nak buat uturn jauh, semua nak kejar masa, masa tu tak fikir dah.
ReplyDeletelepas tu baru fikir. moga Allah lindungi semua
bahaya jika mereka berfikir begitu..
DeleteTulah orang kata... selagi tak kena kat diri sendiri, selagi tulah rasa tak merbahaya... malang tak berbaukan.. kalau dah terkena, menyesal tak berguna dah hhmmm...
ReplyDeletememang benar malang tak berbau.. jangan sampai menyesal di kemudian hari..
DeleteRealitinya begitu ... Manusia akhir zaman.
ReplyDeletesemoga kita tidak begitu..
DeleteAsalam..harap sempena tahun baru maal hijrah ..ubah lah cara memandu motor..sedih dengan kemalangan jiwa membabitkan motosikal dan penunggangnya...moga ramai membaca artikal aiza ni..
ReplyDeleteassalam cikgu.. semoga mereka berfikir panjang..
DeleteAssalamualaikum kak. Lamanya tak lawat sini. Maaf ye kak. Akak apa khabar? Sihat? Anis sihat alhamdulillah, harap akak pon sihat la yaa! Rindu akak. :)
ReplyDeleteWaalaikummussalam anies.. terima kasih anies sudi singgah sini.. alhamdulillah kak aiza sihat.. rindu anies juga.. ;)
Deletebetul tuh..saya pon selalu jgk nampak bila nak pergi and balik keja..tempat kerja saya area kl dkt station lrt..setiap hari ade jer moto yang melawan arus..kita yang jalan kaki nih pon risau.
ReplyDeletemereka bukan sahaja membahayakan diri sendiri, tetapi pengguna jalanraya yang lain juga termasuk pejalan kaki..
Deletesaya teringat pada satu maksud ayat dalam al quran (maaf tak hafal lagi)..jangan campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan
ReplyDeleteLawatan mesra dari penulis blog mrhanafi
tindakan mereka pasti menuju ke arah kebinasaan..
Deleteterma kasih singgah di sini..
memang ramai penunggang motosikal yang suka jalan pintas macam ni ... kita yang drive kereta lak yang cuak takut terlanggar diorang kan
ReplyDeleteBetul tu zie has.. Kita yang kena jaga supaya tak terlanggar mereka pulak..
Deletekwn sy dri tahiland ckp dia tkt nk drive kt malaysia..sbb pemandu kat malaysia semua mcm 'berani mati'
ReplyDeleteIstilah berani mati memang ada benarnya.. Sampai sanggup bunuh diri dengan cara tu..
DeleteMereka ni tak beringat sebelum kena. Tak fikir kalau apa2 berlaku, bukan mereka je yang susah, orang lain pun mungkin kena sama :)
ReplyDeleteBetul tu.. Tindakan mereka bukan hanya membahayakan nyawa sendiri, tetapi pengguna jalanraya yang lain juga..
Deletesy pun pernah terjumpa beberapa penunggang motor yg suka melawan arus. diorang kena tahu yang benda tu sangat berbahaya bukan je utk nyawa diorang malah utk pengguna jalan raya yang lain
ReplyDeleteBetul tu didiey.. Harap-harap mereka yang melakukannya insaf..
Deletemereka yang pentingkan kepuasan tanpa fikir nyawa itu berharga akan buat perkara macam ini
ReplyDeleteItu la suri.. Mereka hanya pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain..
DeleteIsshhkkk...sangat merbahaya.
ReplyDeleteCubalah sayang nyawa tu..
Itulah tindakan orang yang tak sayangkan nyawa sendiri..
Deletenaik motosikal melintang arus? aduss mmg cari nahas lah
ReplyDeleteYe JM.. Boleh pula diaorang melintang arus.. Sangat bahaya..
Deleteasalam datang lagi..semoga yang ada motor ni selalu berhati2 ya
ReplyDeleteAssalam cikgu.. Ya.. Semoga mereka semua berhati-hati..
Deletex tau nk kata... rs nyer mcm da habit pemandu2 kt malaysia ni bla berada ts jln raya...
ReplyDeletebetul tu anies.. seeloknya mereka ubah sikap..
DeleteLya rela lgi pusing jauh dri nyawa melayang..hope da kesedaran
ReplyDeletekak aiza pun sama macam lya juga.. selain dari bahayakan nyawa sendiri, fikirkan juga bahaya nyawa pengguna jalanraya yang lain..
DeleteDah lama wan tak naik motosikal.
ReplyDeleteMemang sangat merisaukan.
Kalau kita jaga-jaga pun risau orang lain bedal kita.
betul tu wan.. kita dah berhati-hati, tapi disebabkan orang lain mungkin terkena juga..
Deletedekat kawsan saya ni pun ada juga
ReplyDeletekadang tak paham...banyak ah kes kemalangan maut
kalau jalan jem aje...tau dah ada kemalangan
diorang macam tak serik hanya kerana jalan tu paling dekat
seeloknya mereka berfikir jauh.. fikirkan akibat yang berlaku jika mereka melanggar undang-undang.. bahaya bukan hanya kepada diri mereka sendiri, tetapi kepada pengguna jalanraya yang lain juga..
Delete