12 October 2015

10 Jangan yang Perlu dihindari

Assalamualaikum, 

Sejak dari kecil lagi kebanyakan ibu bapa akan menyebut perkataan jangan apabila anaknya membuat sesuatu perkara yang tidak baik. Ini menunjukkan betapa besarnya kesan perkataan jangan bagi menidakkan sesuatu perkara atau perbuatan. 

Jangan

Namun dalam bebarapa hal, perkataan jangan harus dihindari seperti berikut:
  1. Jangan menunggu kaya untuk bersedekah, sebaliknya bersedekahlah dan pasti anda akan semakin kaya.
  2. Jangan menunggu bahagia untuk tersenyum, sebaliknya tersenyumlah dan pasti anda akan berasa bahagia. 
  3. Jangan menunggu contoh untuk anda bergerak mengikutinya, sebaliknya bergeraklah dan pasti anda akan menjadi contoh untuk diikuti. 
  4. Jangan menunggu kejayaan untuk bersyukur, sebaliknya bersyukurlah dan pasti akan bertambah kejayaan anda. 
  5. Jangan menunggu untuk dicintai, sebaliknya belajarlah untuk mencintai dan pasti anda akan dicintai. 
  6. Jangan menunggu kaya untuk hidup tenang, sebaliknya hiduplah tenang dan pasti rezeki serta kekayaan akan datang.
  7. Jangan menunggu untuk membiasakan diri melakukan sesuatu, sebaliknya biasakan diri untuk melakukannya dan pasti anda akan terbiasa. 
  8. Jangan menunggu orang mempedulikan diri kita, sebaliknya pedulikan orang terlebih dahulu dan pasti anda akan dipedulikan. 
  9. Jangan menunggu termotivasi untuk kita berubah, sebaliknya berubahlah dan pasti anda akan termotivasi. 
  10. Jangan menunggu ada kerja baru bekerja, sebaliknya bekerjalah dan barulah anda ada kerja. 
Kesimpulannya bertindaklah secara proaktif di dalam memulakan sesuatu perkara yang baik dan positif. Mulakan langkah perubahan tanpa mengharapkan orang lain. Oleh itu, hindari 10 jangan seperti di atas untuk terus maju ke hadapan. 

^_^

50 comments:

  1. satu lagi mbak, jangan menunggu komentar, berkomentarlah dulu baru mendapat komentar. hehee (becanda)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada benarnya kata-kata itu.. Hehe..

      Delete
    2. hahaha lawak ... thumbs up untuk 'jangan' yang ini :)

      Delete
  2. Morning kak :) insyaALLAH sama2 kita berubah

    ReplyDelete
  3. Jangan menunggu kejayaan untuk bersyukur. Sesungguhnya rezeki Allah itu melimpah ruah.
    Nice sharing Aiza :)

    ReplyDelete
  4. Nice sharing kak aiza. Yes kadang kita perlu jadi pencetus sesuatu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seharusnya begitu untuk terus maju ke hadapan..

      Delete
  5. JANGAN YG TIDAK PERLU DIJANGANKAN TU..TQ AIZA BERKONGSI TIPS YG MEMOTIVASIKAN DIRI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga bermanfaat untuk semua kak paridah.. ;)

      Delete
  6. 'Jangan' yg kelihatan biasa-biasa tapi perlu dijadikan renungan bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelihatan biasa, tapi pasti memberi impak besar..

      Delete
  7. suka sangat yang pertama tu.walaupun duit tak banyak mana,janganlah lupa bersedekah.in shaa Allah,ada rezeki lain yang Allah akan berikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan bersedekah pasti rezeki kita diberkati dan insyaAllah semakin bertambah..

      Delete
  8. dan yang paling penting, jangan dah susah baru nak ingat Allah :')

    ReplyDelete
  9. kene ubah perkataan kita..selalu sebut benda2 positif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika kita fikir positif insyaAllah tindakan kita juga positif..

      Delete
  10. Klau asyik kata jangan nnt smua kja pun x jdi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu lya.. Namun perlu juga lihat jangan yang bagaimana..

      Delete
  11. jangan dah terhantuk baru tersedar dari lamunan terhenti..he..he..

    Jumpa lagi dan salam singgah dari penulis blog Hero Borneo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah terhantuk mesti sakit tu.. Hehe..

      Terima kasih singgah dan tinggalkan komen..

      Delete
  12. In shaa Allah... akan sentiasa dijadikan peringatan dan panduan utk kehidupan yg diberkati. T kasih atas perkongsian Aiza.

    ReplyDelete
  13. Terbaik..elok buat dan buat kan Aiza..sebainya macam tu ..tak perlu kata asik jangan dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu cikgu.. Perkara baik dan positif mesti segera dilakukan tanpa alasan..

      Delete
  14. Dalam segenap perkara memerlukan effort mengikut kadar yang sewajarnya. Dari situlah akan muncul keberhasilan selepas itu. :)

    ReplyDelete
  15. jangan, jangan, jangan, jangan, jangan, jangan, jangan, jangan, jangan, jangan ... cukup 10 jangan :p

    ReplyDelete
  16. Apa yang penting, jangan berlengah...bertindak sekarang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Usah bertangguh dan memberi 10001 alasan..

      Delete
  17. banyak sungguh jangannya tu alahai...

    ReplyDelete
  18. terima kasih kongsi tips ni..ye...jgn sesekali 'jangan'

    ReplyDelete
  19. jangan tunggu lama2...nanti lama2 kita yang rugi. ye idok?
    nice info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Tak nak rugi usah banyak memberikan alasan..

      Delete
  20. nice sharing aiza
    antara contoh untuk terus kekal positif ni =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah yana.. semoga semua kekal positif.. ;)

      Delete

Terima kasih sudi komen.. ^_^