Assalamualaikum,
Buah-buahan kaya dengan vitamin dan serat yang baik untuk kesihatan. Amalan makan buah-buahan mampu untuk mendapatkan tubuh yang langsing. Sebelum ini saya pernah kongsikan mengenai turunkan berat badan dengan serat di dalam entri lalu.
Buah-buahan ini boleh dimakan terus selepas dipotong atau dikisar menjadi jus. Beberapa jenis buah yang sesuai untuk melangsingkan badan adalah seperti berikut:
Langsing dengan buah pisang
Pisang adalah mengenyangkan dan mudah dicerna. Makan pisang sebelum makan makanan lain mampu membuatkan perut berasa kenyang dengan cepat.
Langsing dengan buah nanas
Nanas kaya dengan vitamin C dan beberapa enzim yang baik untuk pencernaan. Selain dimakan mentah, nanas juga boleh dibuat jus dengan cara mengisar isi nanas dengan sedikit air dan madu.
Langsing dengan buah betik
Betik mengandungi vitamin dan enzim yang baik untuk sistem pencernaan. Kandungan kalori yang rendah dalam buah betik pasti tidak akan mengganggu diet anda.
Langsing dengan buah epal hijau
Epal hijau baik untuk anda yang ingin kekal langsing. Ianya juga bermanfaat untuk melancarkan penghadaman. Minum epal hijau yang dikisar bersama saleri bagi membuang toksin.
Langsing dengan buah avokado
Avokado mengandungi lemak tidak tepu yang berupaya mengurangkan rasa lapar. Perut anda pasti akan berasa kenyang dalam jangka masa lama setelah makan avokado.
Selain dari buah-buahan di atas, anda boleh makan buah-buahan lain seperti anggur, limau, strawberi dan tembikai. Kandungan kalori di dalam buah-buahan adalah rendah dan amat sesuai dimakan oleh anda yang sedang berdiet dan ingin kekal langsing.
p.s: Saya kembali bekerja setelah hampir seminggu bekursus. InsyaAllah saya akan mula membalas kunjungan anda.
^_^
Saya suka nanas dan epal hijau.
ReplyDeleteTapi kalau nak berdiet, dugaan makan nasi tu memang besar :D
Sedap nanas dan epal hijau.. Dugaan itu memang sentiasa ada.. Kena betul-betul nekad, insyaAllah boleh..
Deletesuka nenas dan epal hijau juga ... nasi lagi la suka, tu pasal susah nak langsing ;p
Deletesaya makan pisang dan epal hijau je.
ReplyDeletebetik tak suka
avocado tak pernah makan
Semua buah kaya dengan vitamin dan serat yang baik untuk melangsingkan badan..
Deletebanyak buah2an yg boleh melangsing tubuh tu..pilihan yg boleh ditukar ganti kalau jemu...
ReplyDeleteBetul tu kak paridah.. Tak ada la jemu makan buah yang sama sahaja setiap hari..
DeleteAsalam Aiza, selalu makan betik dan pisang..Ada Etuza klik hal ayam berkokok di laman Aiza. TQ ya
ReplyDeleteAssalam cikgu.. Bagus makan buah-buahan.. Terima kasih klik entri aiza berkaitan ayam berkokok tu.. ;)
Deletewah saya udah langsing mbak, kayaknya kalau terlalu banyak makan buah bisa gak punya daging nih. hehee
ReplyDeleteMakan buah juga untuk sihat kerana di dalam buah terdapat nutrient seperti vitamin yang bagus untuk kesihatan..
DeleteSemua buah di atas PC suka makan...hantu buah ni...kecuali buah nanas..boleh makan tapi dalam kuantiti yang sedikit je..
ReplyDeleteBagus suka makan buah-buahan.. PC tak suka nanas ya?
Deletesaya suka makan pisang, betik dgn epal hijau je :D
ReplyDeleteBagus mazni suka makan buah-buahan.. ;)
DeleteNice sharing..
ReplyDeleteSemoga bermanfaat untuk semua..
DeleteKak Aiza, bagi la tips nak gemuk pula sebab sy dah mmg over langsing T_T
ReplyDeleteYe ke? Kena kerap makan la kalau nak gemuk..
Deletesuka epal dan avokado..
ReplyDeleteSedap buah epal dan avocado itu kan..
Deletesemua nak langsing mcm erra fazira kann ;p
ReplyDeleteBetul tu wak.. Langsing dan cantik macam erra fazira.. Hehe.. ;)
Deletenice sharing kak Aiza... best makan buah2 ni banyak khasiat kan.. :D
ReplyDeleteBetul tu ikhwan.. Banyak khasiatnya.. ;)
Deletemakan buah pun boleh lansing kan sis...
ReplyDeleteakak suka buah pisang & epal :)
InsyaAllah boleh kak.. Tapi kena konsisten mengamalkannya..
Deletekn selalu mkn epal hijau ni ;-)
ReplyDeleteCubalah amalkannya anies.. ;)
Deleteklu sy plak suka pisang dgn betik dua tu mmg fav. tp prnh jgk la dgr pisang ni bole bg kite cpt kenyang, so tkdelah mkn bnyk sngt. hee anyway thx 4 sharing :)
ReplyDeletebetul tu.. pisang membuatkan perut kita berasa cepat kenyang.. selamat mencuba petua ini.. ;)
DeleteTak suka makan epal. :(
ReplyDeletesebab masam ya kathy? hehe..
DeleteBuah tembikai tak termasuk dalam senarai pula...huhu sebab tembikai buah kegemaranku!
ReplyDeletebuah tembikai termasuk buah-buahan lain yang juga mengandungi vitamin dan serat..
DeleteSalam aiza. Lama menghilang. Kak dapat trace aiza dari blog BM.
ReplyDeleteBuah epal sentiasa dlm stok. Bkn sbb nak langsing aiza, pengubat kepala pusing
salam kak anim.. aiza sudah lama tidak menulis blog.. baru bermula kembali pada bulan september.. terima kasih kerana kak anim masih mengingati aiza..
Deletebaru aiza tahu buah epal boleh mengubati pening kepala.. terima kasih di atas perkongsian ini kak anim..
Saya suka betik, pisang & nanas. Avocado suka buat jus :)
ReplyDeletesemua buah-buahan ini sedap dan sesuai dibuat jus.. ;)
DeleteLya gemar minum jus karot N avocado..sdp sgt
ReplyDeletebagus minum jus buah-buahan begitu lya.. memang sedapkan.. ;)
Deleteternyata untuk melangsingkan banyak juga buah yang bisa kita konsumsi ya mbak, saya lebih suka dengan pisang mbak, heheh :)
ReplyDeletebuah pisang memang enak dimakan begitu sahaja.. ;)
Deletehehehe, saya suka mbak :)
Deleterupanya kedondong ni banyak khasiat ya aiza..tq infor ya
ReplyDeletebuah kedondong pun boleh juga dimakan..
DeleteAzwar suka makan pisang dengan epal hijau ;)
ReplyDeletekedua-dua buah ini memang sedap kan.. ;)
DeleteWa'alaikumsalam.
ReplyDeleteMakan buah sangat baik buat kesehatan dan bagus buat yang sedang berdiet
memang benar.. ia bagus untuk yang sedang berdiet..
DeleteThanks kak aiza sharing this. Huhu. Nak kurus jugaaa hahaha. Tapi dalam masa nak makan banyak boleh tak ehehe
ReplyDeletesemoga bermanfaat untuk diamalkan.. tapi anies memang dah kurus kan.. hehe..
DeleteThanks share.. Selama nie makan jer. Taktau lak boleh buat untuk langsingkan badan. Hehehe
ReplyDeleteselamat mengamalkannya.. ;)
Deletekalau hari2 gantikan nasi dengan buah mesti cepat kurus tapi...x mkn nasi sehari rasa nk pitam huhuh
ReplyDeletenasi kena makan juga JM.. tapi hadkan kuantitinya.. jangan sampai JM pitam pula nanti, hehe..
Deletesedapnya buah!!! yummy!
ReplyDeletememang sedap kan.. ;)
DeleteMummy suka buah pisang dan betik... Dapat makan perghh nikmat! Kalo ahli sukan memang digalakkan makan pisang..sbb mengenyangkan dan pemberi tenaga. Yummy!
ReplyDeletebagus tu mummy suka makan buah.. betul tu, pisang memberi tenaga..
Deletesuka semua buah dalam list tu ... kecuali avokado :)
ReplyDeleteavocado tak sedap ya zie has?
Deletedulu pernah makan nenas, epal hijau dan oren banyak-banyak ... tapi memang dasar bam bam tak langsing juga hehe :p
ReplyDeletesekurang-kurangnya badan jadi sihat lepas makan buah-buahan tu kan.. hehe.. selain makan buah, kena jaga pemakanan, minum air kosong 3 liter sehari dan bersenam.. insyaAllah berhasil..
Deleteterigin nak beli buah tu pastu kisar dan terus minum airnya mana tahu lagi cepat langsing heee
ReplyDeletepisang antara snek wajib ada kat umah aida.
ReplyDeletewah, boleh langsing ekk?
tapi, nape x langsing langsing ni.
selalu aje makan pisang :) ha ha ha...
pisang boleh buat langsing ye
ReplyDeleteselalu juga makan pisang
nak kena makan lagi banyak kot
makan buah memang kegemaran saya. tapi tak suka dengan epal hijau, hihi
ReplyDelete