22 November 2015

Manfaat Sarapan Pagi

Assalamualaikum

Ramai orang yang menganggap  sarapan pagi adalah tidak penting. Mungkin ada yang memberi alasan tidak sempat bersarapan kerana perlu cepat ke tempat kerja atau terlalu sibuk memulakan tugasan pada waktu pagi. Sedangkan sarapan pagi memberi banyak manfaat kepada seseorang. 


Beberapa manfaat sarapan pagi adalah seperti berikut:

Sarapan pagi memberikan tenaga

Ketika sedang lapar badan akan rasa lemah dan tidak bertenaga. Sarapan pagi dengan sedikit makanan berkarbohidrat seperti roti memberikan tenaga. Namun jangan makan berlebihan kerana ia mungkin menyebabkan mengantuk dan malas. 


Sarapan pagi menghindarkan penyakit

Pengambilan sarapan pagi secara rutin dan teratur mampu mengawal kadar gula dalam darah sekaligus mengurangkan risiko terkena penyakit kencing manis. Masalah angin dalam badan juga boleh diatasi jika anda mengambil sarapan pagi. Angin akan menyebabkan kepala menjadi pening dan gastrik. 


Sarapan pagi mengawal berat badan

Pengambilan sarapan pagi mampu mencegah anda makan lebih banyak sepanjang hari. Perut yang kenyang mengurangkan keinginan anda makan banyak dan sekaligus dapat mengawal berat badan. 


Oleh itu, walau sesibuk mana pun anda, luangkan waktu untuk mengambil sarapan pagi seperti dua keping roti yang disapu nipis dengan mentega atau secawan oat. Jika tidak sempat bersarapan di rumah, pastikan anda mengambil sarapan di tempat kerja. 

^_^

58 comments:

  1. saya mmg kena ambil sarapan pagi kalau tak pening hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pening mungkin disebabkan oleh angin kerana perut kosong.. begitulah pentingnya sarapan pagi..

      Delete
    2. memang penting sarapan pagi ni kan :) ...

      Delete
  2. sejak kecil berkumpul bersarapan pagi dh jadi kebiasaan yg mesti dilakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus amalan begitu kak paridah.. semoga diteruskan pada generasi yang akan datang..

      Delete
    2. bagusnya dah dilatih dari kecil ... saya dulu kecil-kecil beli je pastu makan sambil jalan gi sekolah :p

      Delete
  3. sarapan pagi wajib ambik..kalau tak perut masuk angin

    ReplyDelete
  4. Dulu sy mmg abaikn sarapan but once da keje, sarapan mmg wajib utk sy. X lunch x pe janji x skip sarapan

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus macam tu anies.. semoga terus konsisten mengamalkannya..

      Delete
  5. baru terlepas sarapan pagi harini. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba biasakan diri untuk mengambil sarapan pagi pada setiap hari..

      Delete
  6. tidak sempat dirumah, saya biasa sarapan di kendaraan saat berangkat kerja. hhhmmm... menambah tenaga dan konsentrasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. gimana maksudnya sarapan diatas kendaraan mas ifrod, ga mungkin ga mungkin :)

      Delete
    2. memang benar.. sarapan pagi dapat menambah tenaga dan konsentrasi ketika melakukan kerja..

      Delete
    3. mungkin sarapan ketika drive atau menaiki public transport..

      Delete
  7. kalo telor 2 bijik boleeh? hehe2

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh saja wak.. yang penting berkhasiat dan dapat mengisi perut yang kosong..

      Delete
  8. Lya dari dulu memg ambik sarapan pagi tiap hari..paling ringan pun kekadg biskut cicah air

    ReplyDelete
  9. belum pernah tk bik sarapan pagi lgi kaalu tk mmg lemah lutut ni bila dh sarapan bari lah boleh buat keja lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. betapa pentingnya sarapan pagi untuk memberikan tenaga kepada kita..

      Delete
  10. benda benda yang memberikan manfaat yang banyakl iniah susah nak buat..saya kalau pagi pagi memang susah sikit nak makan..kadang tuh memang skip jer sekalikan dengan lunch..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, susah nak buat.. hehe.. tapi cuba amalkan secara konsisten, pasti akan jadi satu kebiasaan..

      Delete
  11. Sarapan pagi mmg sangat bnyk kebaikkan. Dulu sayapun suka skir srpan, akibatnya dapat gastrik yg teruk. Alhamdulillah.. skrg dah ok.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya mbak, saya kadang juga begitu mabak, tapi saya akan coba memperbaiki, ntah apa kalo pagi ga begitu tertarik sama sarapan :( hadeeuh

      Delete
    2. memang tak boleh skip sarapan pagi kepada penghidap gastrik.. Alhamdulillah gastrik fatin dah sembuh..

      Delete
    3. makan makanan yang saudara muhammad mukhlis suka.. pasti tidak akan skip sarapan pagi..

      Delete
  12. dalam banyak waktu makan..sarapanlah yang paling saya utama..

    ReplyDelete
  13. sangat banyak manfaat sarapan pagi, saya sendiri kurang sarapan pagi mbak, paling kalo bangun pagi minum segelas kopi sama satu snak seperti yang dijual diwarung, :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebaiknya amalkan sarapan pagi secara konsisten setiap hari..

      Delete
  14. Sarapan pagi ni memang meal paling penting kan sebenarnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu farrah.. pasti akan memberikan tenaga dan semangat selepas bersarapan..

      Delete
  15. Sememangnay tidak dinafikan begitu besar manfaatnya jika bersarapan..

    ReplyDelete
  16. Mummy makan pagi cover sampai malam..hahahaha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh mummy bertahan sampai malam ya?

      Delete
    2. yg ni aida x boleh!
      lunch aida biasa skip.
      dinner mesti nak pekena seround :)
      if not tgh mlm sakit perut masuk angin!

      Delete
  17. Salam n happy Monday. betul tu sebab tu orng kata kena sarapan macam raja !

    ReplyDelete
  18. Mestilah ambil sarapan..cuma kena tengok apa menu...selalunya family etuza sarapan tak makan nasi..tengahari baru makan berat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan yang tak berat pun sudah mencukupi.. Yang penting jangan skip..

      Delete
  19. nice sharing kak Aiza.. ramai org suka skip sarapan ni.. kononnya nak diet bagai... Tapi sebab nak ambik sarapan pagilah badan boleh jadi makin kembung kan.... pentingnya breakfast ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ikhwan.. Bila tak ambil sarapan pagi sebenarnya kita jadi lebih lapar dan biasanya akan makan banyak pada waktu tengahari..

      Delete
  20. Alhamdulillah, ambe tak penah miss lagi. Mesti kena amik sarapan. Baru bersemangat nak start keja. Hehehe...

    ReplyDelete
  21. sarapan pagi memang penting. dulu2 sy tak sarapan sebab bangun lewat, sekarang sejak kerja tak pernah skip sarapan. tapi memang ada beza. kalau tak sarapan badan rasa lemah, cepat penat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Semoga diteruskan amalan mengambil sarapan pagi.. Badan pasti lebih bertenaga..

      Delete
  22. Sally lebih prefer ambik sarapan daripada makan lunch...selalunya sally makan agak berat masa breakfast

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang penting ambil sarapan pagi kan..

      Delete
    2. sama la dgn aida, sally.
      akan makan breakfast yg berat skang ni.
      then lunch kekadang secawan milo / nescafe aje.

      Delete
  23. nice sharing aiza ... semoga bermanfaat buat semua :)

    ReplyDelete
  24. dulu single selalu skip breakfast ... sekarang tidak lagi ;)

    ReplyDelete
  25. Jangan skip sarapan... Banyak manfaat. Kan, Kak Aiza ^^

    ReplyDelete
  26. betol akak.. sejak dh kerja memang xpernah skip breakfast

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^