15 November 2015

Kisah Lawak Belajar Bahasa Inggeris

Assalamualaikum,

Belajar Bahasa Inggeris adalah sesuatu yang menyeronokkan. Kisah lawak yang saya kongsikan pada kali ini hanyalah sekadar suka-suka sahaja dan tiada kena-mengena dengan insan yang hidup atau telah meninggal dunia.


Kisah 1: Guru Bahasa Inggeris

Cikgu Nina mengajar Bahasa Inggeris bagi Tahun 1 di sebuah sekolah. Pada suatu hari dia telah memberi tugasan kepada murid-murid iaitu setiap orang perlu mencari 3 perkataan dalam Bahasa Inggeris. 


Ketika perjalanan pulang, Salman salah seorang murid ternampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan menjerit antara satu sama lain. Dia terdengar lelaki itu menjerit "Shut up you!!!". Apabila tiba di rumah dia bertanya kepada ayahnya, "Shut up you itu Bahasa Inggeris ke ayah?" Ayahnya menjawab, "Ya". 'Dah dapat satu perkataan', kata Salman di dalam hati. 


Selepas mandi dan makan, Salman menonton televisyen cerita Superman. Ketika Superman mahu terbang, dia menyebut "Superman!!!". Salman bertanya lagi kepada ayahnya, "Superman itu Bahasa Inggeris ke ayah?" Ayahnya menjawab, "Ya". 'Nampaknya aku dah dapat dua perkataan,' kata Salman di dalam hati. 


Selepas menonton televisyen, Salman pergi ke perpustakaan. Dia ternampak seorang lelaki dan perempuan sedang bertengkar kerana berebut sebuah buku. Perempuan itu berkata "Ladies first". Setelah pulang ke rumah, dia bertanya lagi kepada ayahnya dan ayahnya memberitahu itu juga Bahasa Inggeris. 


Maka Salman berasa lega kerana telah berjaya mencari 3 perkataan Bahasa Inggeris pada hari itu. Pada hari yang berikutnya adalah kelas Bahasa Inggeris Cikgu Nina. Tiba giliran Cikgu Nina menyoal Salman. 


Cikgu Nina : Salman, did you get the words?
Salman : Yes, teacher.
Cikgu Nina : Good, what is your first word?
Salman : Shut up you !!!
Cikgu Nina : What did you say? Are you mad? Who do you think you are?
Salman : Superman !!!
Cikgu Nina : Get out from this class!
Salman : Ladies First..


Kisah 2: Balik dari Luar Negara

Samad baru menamatkan pelajarannya di luar negara dan telah pulang ke Malaysia. Dia telah diuji oleh ayahnya yang tidak tahu berbahasa Inggeris.


Ayah : Samad, apa sebutan buku dalam Bahasa Inggeris?
Samad : De buk (merujuk kepada the book)
Ayah : Kalau pen?
Samad : De pen (merujuk kepada the pen)


Jadi ayahnya membuat kesimpulan bahawa setiap perkataan Bahasa Melayu hanya perlu di tambah 'de' dan perkataan dipendekkan depannya saja (setelah dia mendengar 'de buk' dan 'de pen').

Ketika di tempat kerjanya, si ayah ingin menunjukkan kehebatannya berbahasa inggeris kepada rakan sekerjanya juga yang tidak tahu berbahasa Inggeris.


Ayah : Aku sudah boleh berbahasa Inggeris. Rupanya Bahasa Inggeris sangat mudah dipelajari.
Rakan sekerja : Betul ke?
Ayah : Betul la.
Rakan sekerja : Kalau begitu macam mana nak sebut kambing makan rumput, kuda lari lari dalam bahasa inggeris?
Ayah : Oh, senang saja.
Rakan sekerja : Apa dia?
Ayah : De kam mak rum, de kud lar lar.


Diolah dari sumber ceritalawakje.blogspot.com dan lawakinternet.blogspot.my

Boleh juga membaca:


^_^

62 comments:

  1. Assalammualaikum... mizzaiza,

    best pulak cerita lawak bahasa inggeris nie... hahaha.

    mselim3

    pls: sorry dah lama mselim3 tak visit sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam mselim.. semoga terhibur dengan kisah ini..

      terima kasih kerana sudi singgah di blog aiza.. ;)

      Delete
  2. bagus ya Aiza rajin belajar bahasa antarabangsa ni..good job

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang wajib belajar bahasa antarabangsa ini cikgu..

      Delete
  3. macam macam hahah, yan pon lintang pukang jugak BI ni,

    ReplyDelete
  4. hhaha memang lawak...singgah sini dari arzmoha.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga terhibur.. Terima kasih sudi singgah.. ;)

      Delete
  5. hahaa..tak boleh belah betul cerita kedua tu :P

    ReplyDelete
  6. Pagi2 dah gelak besar baca entri ni :)

    ReplyDelete
  7. Adehh klau la dpt Ank murid mcm tu blh stress hhaha

    ReplyDelete
  8. Hahaha terbaik laa cita nie... Kesian laa dapat anak murid cemtuuu XD

    ReplyDelete
  9. ha ha ha ha :)
    lawak no 1 tu menarik perhatian aida...
    memang geram ler cikgu dia ha ha ha :)

    ReplyDelete
  10. Itulah pentingnya english education. Hehehehe.

    ReplyDelete
  11. hahahaha...yang last tu paling win
    adusss...oh my english! =)

    ReplyDelete
  12. kalau tak senyum payah juga itu heee...

    ReplyDelete
  13. Hahaa... really the funny funny lah... :D :D

    ReplyDelete
  14. kalau tensen tensen boleh longgarkan urat stress baca ni...terbaik

    ReplyDelete
  15. hahahahahahahaa!!!!!!! lawak lah. adoilaaa

    ReplyDelete
  16. hahaha tersengih sengih time baca ni aiza ... memang lawak :)

    ReplyDelete
  17. yang kisah satu tu ... murid tu memang nak kena penampo eh rotan hehe :p

    ReplyDelete
  18. De kam mak rum, de kud lar lar ... hadoi lah :p

    ReplyDelete
  19. pandai akak cari lawak mcm ni.. suka baca :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^