07 November 2015

Saya Belum Berkahwin

Assalamualaikum, 

Pada tahun ini saya mengunjungi Ekspo Buku Islam Antarabangsa di Putrajaya bersama mak dan adik saya. Kali ini saya pergi pada waktu petang selepas pulang dari kerja. Kekangan waktu kerja, kursus dan peperiksaan kebelakangan ini menghadkan masa saya untuk bersama mak dan adik saya. 


Ketika saya melalui ruang pameran buku kanak-kanak, seorang wanita menyapa saya. "Puan dah ada anak ke?" Soal wanita itu. "Anak? Saya kahwin pun belum lagi." Spontan sahaja saya menjawab. "Oh, maafkan saya." Balas wanita itu. Saya hanya tersenyum dan terus berlalu.

Saya ceritakan peristiwa itu kepada adik saya. "Agaknya kakak nampak tua." usik adik saya sambil ketawa. Saya tidak menyalahkan wanita itu kerana wanita seusia saya memang patut memiliki sekurang-kurangnya dua atau tiga orang anak. Tapi yang saya ada kini hanya anak tekak dan anak mata sahaja. 

Tidak banyak buku yang saya beli kerana kebanyakan buku sudah saya beli sebelum ini. Tawaran harga amat berpatutan seperti novel-novel terbitan Karangkraf dijual dengan harga serendah RM5.00 sebuah dan potongan harga buku sehingga 50% boleh didapati di pameran PTS. 

Saya suka membaca buku-buku motivasi terutamanya yang ditulis oleh Dr. HM Tuah, Ustaz Pahrol Juoi dan Datuk Kazim Elias. Buku-buku tulisan mereka amat mudah untuk saya fahami mesej yang ingin disampaikan. Perkongsian pelbagai pengalaman suka dan duka juga sangat menarik untuk dibaca. 

 ^_^

86 comments:

  1. bukan akak je yana pun pernah masa bawak adik pi baby fair! berhuhuhu jelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke.. Boleh pula mereka salah faham.. Hehe..

      Delete
  2. akak bukan nampak berusia tapi nowdays ramai yang kawin awal kan hihi .positive :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu.. Ramai yang kahwin awal sekarang ni.. ;)

      Delete
  3. saya juga mengira kalau mbk udah punya banyak anak nih tapi ternyata belum bersuami. hehee

    ReplyDelete
  4. Saya juga suka membaca. Nampaknya harga di situ amat berpatutan.
    Moga Allah akan mudahkan segala urusan Aiza..aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rambang mata tengok potongan harga..

      InsyaAllah fidah.. Terima kasih..

      Delete
  5. Biasa laa pertanyaan mcm tu aiza... anggap je msk telinga knn kuar telinga kiri ;)

    ReplyDelete
  6. murah juga buku2 di pameran buku tu ya boleh borong banyak2 n baca kala senggang...aiza jgn terasa hati ditegur bgitu..kdg gaya n perwatakan yg matang mengatasi usia wajah kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga memang murah kak paridah.. Sampai rambang mata memilihnya.. Aiza membeli ikut kemampuan dan mana buku yang perlu sahaja.. Mungkin betul kak paridah katakan, perwatakan aiza mungkin kelihatan matang seiring dengan peetambahan usia..

      Delete
  7. MG pun suka buku motivasi.
    Tp mmg jrang buku motivasi nk jual murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Susah nak dapat yang murah.. Jadi ambil peluang untuk membeli murah di ekspo buku begini..

      Delete
  8. Samaaa, anis pon suka baca buku. Hehee. Akak, takpe, Rezeki Allah ada pelbagai bentuk. Dan, jodoh tu salah satu daripada rezeki tu. Rezeki masing-masing Allah dah tetap dah. Mungkin rezeki tu belum kunjung tiba, tapi Allah gantikan ia dalam bentuk rezeki yang lain iaitu akak boleh spent time and bahagiakan ibu sementara dia masih ada. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat.. Rezeki kita dah ditentukan oleh Allah swt.. Mesti ada hikmahnya dan pasti Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya..

      Delete
  9. Tak apa aiza...in sya Allah satu masa nanti...amin...

    ReplyDelete
  10. hmm qila pun kak aiza hahahaha lagi teruk sbb gemuk so org ingat ngandung ke hahahahhahahaah ok sedih sikit senanya tapi nggak papa sih huhu.

    thnks for sharing kak aiza <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang selalu pandang pada luaran diri atau fizikal kita sahaja.. Apa-apa pun kata orang, yang penting kita happy.. ;)

      Delete
  11. putrajaya, jauh sangat. huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya di negeri lain pun ada juga ekspo buku sebegini.. Tapi aiza tak pasti bila tarikhnya..

      Delete
  12. rajin akak baca buku... saya klau bab buku mmg krik2 kak... satu buku tu sebulun belum tentu habis ditelaah... hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak aiza suka baca buku motivasi yang santai je.. Buku terlalu ilmiah kak aiza malas juga nak baca.. Hihi..

      Delete
    2. betul tu kak aiza, sometimes, yana tengok gaya penulisan kadang tak boleh masuk juga.

      Delete
  13. sian kanns.,

    salam weekend cik aiza tuu., ;p

    ReplyDelete
  14. hehehe, tetap terus semangat mbak walaupun belum ber family ya :) allah maha adil :) suatu saat pasti akan mendapat yang sesuai dengan mbak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. Terima kasih kerana mendoakan saya.. ;)

      Delete
  15. kalau pergi tempat buku murah2 ni alamaknya memang tak boleh keluar tangan kosong.. sbb tu better sy x gi.. kat bilik ni pun dah berlambak buku.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke.. Hehe.. Memang kak aiza pun rambang mata bila tengok harga murah..

      Delete
  16. Insha allah... Tak lama lagi la tu..

    ReplyDelete
  17. Biasa kena juga macam Aiza. Saya selalu tak sengih, geleng atau senyum je :)
    Dah lama tak berkunjung ke mana2 ekspo/ pesta buku,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar aje la kan.. Hehe.. ;)

      Sesekali berkunjung pasti ada buku yang akan dibeli kan..

      Delete
  18. In Shaa Allah... mga Allah crahkan rzeki, dpecaptkan..

    ReplyDelete
  19. Suka jugak baca buku Dr. HM Tuah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak aiza suka buku Dr. HM Tuah sebab motivasi secara santai.. Tak susah nak faham mesej yang disampaikan..

      Delete
  20. jodoh itu rahsia Allah..mungkin yg akan dtg tu paling terbaik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah.. terima kasih berikan kata semangat.. ;)

      Delete
  21. Asalam aiza..semoga sentiasa positif dan moga dimudahkan urusan ..Allah sebenarnya telah atur jodoh kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam cikgu etuza.. insyaAllah.. terima kasih.. ;)

      Delete
  22. Mungkin sebab akak matang. Hehe. :)

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum kak aiza. lama betul dah x ziarah blog akk. akk apa khabar? shat? heh. iqa penah kena skli. sedang iqa lalu dpan booth nak gi pesta buku tiba2 ada pompuan x kenal tanya iqa ank bape org. tahlah bagi iqa benda tu kurg adab. at least tanya dulu dah kawen ke blum. ni tetiba tanya anak. huu. sabar je la. jgn risau. In Sha Allah suatu hari nnt akk akan bertemu jodoh. bykkan berdoa. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam iqa.. terima kasih sudi singgah di blog kak aiza.. alhamdulillah kak aiza sihat..

      itu la, dia terus terjah tanya anak ada ke tak.. sabar aje la kan.. hehe..

      insyaAllah iqa, terima kasih kerana berikan kata semangat.. ;)

      Delete
  24. Takpe kak. Ramai yang mendoakan kat sini. In shaa Allah... :)

    Rajin ye baca buku hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah.. terima kasih adik.. ;)

      buku motivasi je kak aiza suka baca.. mungkin sebab diri kak aiza kurang motivasi kot.. hehe..

      Delete
  25. ahakss...same to me..pernah gak dapat soalan mcm tu sbb dah layak sebenarnya ada suami dan anak..so senyum je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar aje la kan JM.. tak tahu nak kata apa, senyum je la..

      Delete
  26. Belum ada rezeki kan aiza. InshaAllah,akan tiba pada masa dan saat yang paling cantik. Bersabarlah, moga di permudahkan untuk aiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kathy.. Terima kasih kerana memberikan kata-kata semangat.. ;)

      Delete
  27. miza penah baca kalau jodoh lambat sikit ni Allah nak bagi kita lebih masa dengan keluarga..betul kan kak aiza ^ ^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu miza.. Setiap apa yang Allah swt aturkan yang terbaik.. Pasti ada hikmahNya.. Mungkin hikmahNya kak aiza dapat menjaga mak yang sudah tua..

      Delete
  28. Asalamualaikum..terima kasih sudi kunjung umah akak..maaf tika bekunjung akak pi bercuti :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam.. Terima kasih kerana berkunjung di sini juga.. ;)

      Delete
  29. Sesungguhnya Allah itu maha adil. Pasti ada hikmah mengapa seseorang itu lewat atau cepat bertemu jodoh. Yg cepat utk mengelak dosa mungkin. Yg lambat mahu ditemukan dgn yg terbaik.. kakak percaya setiap manusia dijadikan ada pasangannya. Tak di dunia di akhirat kelak.

    Kakak pun suka membaca buku-buku motivasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat dengan komen kakak.. Setiap manusia telah dijadikan dengan pasangannya..

      Seronok membaca buku-buku motivasi.. ;)

      Delete
  30. moga hidup akak diberkati dan dipermudahkan jodoh. :)

    ReplyDelete
  31. mungkin bila tengok cara kita,orang akan judge bahawa kita dah kawen..hehehe...insya allah...Allah menentukan segala-galanya..mana tau tahun depan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga kak ida.. Cara aiza nampak matang kot, hehe.. InsyaAllah kak ida, hanya Allah swt yang tahu.. ;)

      Delete
  32. Bestnya pi Pesta Buku... Ala Aiza, kawan2 mummy ramai yg tak kawin lagi..relax je, cuma sekali sekala kena petir ngan mak pak masing2.. So dunt worii k...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok sangat tengok buku-buku.. Boleh jadi terapi juga tu.. Itu la mummy, balik kampung mesti saudara mara beetanya, sabar je la.. Hehe..

      Delete
  33. Kakak saya pun belum kahwin. Takpe la, jodoh tu Allah dah tentukan kan :) Kita hanya merancang ;)

    Saya tag awak di Giveaway ni ---> http://imahamdan.blogspot.com/2015/11/giveaway-duit-saku-bawal-aidijuma-by.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Allah penentu segalanya.. ;)

      Terima kasih tag..

      Delete
  34. Insyallah pasti ada jodoh akak bykkn besbr ya

    ReplyDelete
  35. eh apesal tetiba dia tanya dah anak ke? ... hairan dengan soalan yang tiba-tiba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la zie has.. Tiba-tiba terus tanya tanpa usul periksa.. Hehe..

      Delete
  36. atau mungkin dia promoter set buku kanak-kanak kot aiza ... tu pasal secara rambang jer dia tanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga kot.. Tugas dia kena cari pelanggan.. Tu rambang je..

      Delete
  37. eh chop ... kenapa kat gambar kucing tu tulis 40? takanlah aiza dah 40? gambar aiza nampak macam awal 30 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu gambar sekadar hiasan je.. Umur aiza masih awal 30.. Hehe.. ;)

      Delete
    2. hahaha suspen jer kan :p ... entah-entah kita sebaya tak ;)

      Delete
  38. Itu la cik akak.. Teeuskan berdoa dan berusaha..

    InsyaAllah.. Mesti jemput cik akak.. ;)

    ReplyDelete
  39. insyallah akan sampai seru kelak.amin ya Allah kau permudahkanlah jodoh sahabat mayu ku ini...cepat datang rezeki jodoh yang sesuai serasi dengannya dapat jaga hingga akhir hayat.amin

    ReplyDelete
  40. jodoh pertemuan kerja Allah.
    kita teruskan berdoa...

    aida pun suka bc buku motivasi gitu.
    best utk dibaca... novel aida x minat langsung!

    ReplyDelete
  41. insya allah aiza...semoga ALLAH pertemukan jodoh yang baik-baik buat aiza
    emm...saya dah lama tak ke pameran buku
    murah juga ye harga dia

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^