14 November 2015

Cara Langgan Mobile Internet Maxis Bulanan

Assalamualaikum,

Jika dahulu saya menulis blog dan blogwalking menggunakan laptop. Namun kini saya terpaksa menggunakan smartphone memandangkan saya tidak mampu untuk membawa laptop bersama. Untuk internet, saya memilih prepaid Maxis.

Langgan Mobile Internet Maxis Bulanan


1. Taip *100# dan tekan kekunci dial.

2. Akan keluar paparan menu di bawah. Pilih Pas Internet.

3. Pilih Mobile Internet.

3. Terdapat pilihan untuk harian (1 hari), mingguan (7 hari) dan bulanan (30 hari). 

4. Pilih untuk 30 hari iaitu samaada:
  • RM20 untuk 500MB + 500MB;
  • RM30 untuk 1.5GB + 1.5GB; atau
  • RM48 untuk 3GB +3GB
Contohnya pilih 'RM30 untuk 1.5GB + 1.5GB'

5. Akan keluar paparan seperti di bawah. Pilih Teruskan

6. Keluar paparan seperti berikut:

7. Tunggu mesej dari Maxis. Setelah mendapat mesej pengesahan, anda boleh terus menggunakan internet. 

Nota: Internet masih boleh digunakan walaupun telah mencapai had kuota. Namun kelajuannya diperlahankan. 

 ^_^

42 comments:

  1. betul tu kak, still boleh guna bila habis kouta yang tu naknya, bagi yana ok je walau slow, hehehe still boleh on jadilaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu yana.. walau slow masih boleh whatsup dan blog.. cuma nak blogwalking agak terhad..

      Delete
  2. kiranya habis tempoh sebulan kalau nak lagi langgan semula eh....hurm ok gak cara ni...tp skrg guna Digi

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM kena guna unify ... barulah boleh blogwalking sakan hehe :)

      Delete
    2. macam tu la JM.. kena langgan semula setiap bulan bila dah habis tempoh..

      Delete
    3. betul tu zie has.. baru seronok blogwalking kalau internet laju macam unify..

      Delete
  3. robot ada pagi..BW x landar lah mcm ni huhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. perasan juga robot tu selalu keluar.. mengganggu proses blogwalking..

      Delete
  4. akak x guna maxis...thank sharing aiza

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga bermanfaat kepada yang menggunakan maxis..

      Delete
  5. begitu caranya ya...tq perkongsiannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga berguna kepada mereka yang menggunakan telco maxis..

      Delete
  6. asalam hebat entri Aiza ya..teruskan usaha ya

    ReplyDelete
  7. Assalam... rujukan yg baik. Bukan semua tau macam mana nak buat kan...

    Maaf, lama saya tak berblog... salam ceria selalu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam.. semoga boleh menjadi rujukan kepada pengguna maxis yang ingin melanggan mobile internet..

      tertanya-tanya juga ke mana menghilangnya khir.. salam ceria untuk khir juga.. ;)

      Delete
  8. Dulu pakai maxis tp syg nyer coverage xde bla blk kg...sedihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. balik kampung ... sila ketepikan segala gadget bagai yer hehe ;p

      Delete
    2. di sesetengah tempat memang terhad liputan untuk maxis.. kampung aiza pun sama juga anies..

      Delete
    3. seeloknya begitulah zie has, ketepikan gadget.. cuma ada masanya nak juga check emel berkaitan kerja dan memerlukan internet..

      Delete
  9. menarik juga plan internet maxis ni... sekarang saya guna DG kak Aiza... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat yang kak aiza guna ok la ikhwan.. digi pun ok juga kan?

      Delete
  10. Replies
    1. semoga bermanfaat untuk pengguna maxis yang ingin melanggan mobile internet.. ;)

      Delete
  11. PC guna Digi..tapi bila balik kampung melopong..in sya Allah nak tukar jugalah..terima kasih aiza..

    ReplyDelete
  12. good info tapi saya bukan pengguna maxis...maybe satu hari lagi bila guna dah ada info ini...

    ReplyDelete
  13. Abak pon gna maxis jgak kak.. tpi line maxis skarang makin plahan...

    ReplyDelete
  14. Mummy pakai maxis prepaid gakk.. tapi langgan Hot Ticket social je.. sbb most all the time mummy pakai wifi je...

    ReplyDelete
  15. agak murah tapi kawasan ampang mmg tak berbaloi guna maxis...terus betul..huhuhu...tapi tempat lain mgkn okay laa

    ReplyDelete
  16. Saya guna Digi RM30 1GB/BLN. Sekarang dpt 1GB+2GB tapi tak pernah habis kuota pun hehe

    ReplyDelete
  17. Lya pgguna digi..lbh kurang mcm ni juga la

    ReplyDelete
  18. Saya penah sekali guna Maxis. Tapi kat tempat saya line Maxis tak berapa nak okey laa pulak...

    ReplyDelete
  19. aida blogging lebih selesa dgn laptop.
    phone sesekali blogwalking boleh la. kalau terdesak.
    or boring dok depan tv.
    but prefer dgn laptop. pakai wifi tm la kat umah.

    ReplyDelete
  20. saya tak pandailah guna smartphone nak update blog
    mesti kena guna laptop juga
    idak memang tak akan berupdate blog =)

    ReplyDelete
  21. tak pernah buat tapi suatu hari nanti akan buat juga...

    aiza..aiza,,aiza

    boleh bagi no hp pada saya..nanti send dekat ruang contact bahagian cahayacinta boleh..

    saya nak whutup dengan aiza...

    ReplyDelete
  22. eiqa tak boleh bw guna handphone. Nanti geram, rasa tak cukup besar nak tengok blog orang.

    ReplyDelete
  23. habis sudah walaupun dah pusing dua round ;) ...

    ReplyDelete
  24. sejak guna bil dh tak susah hati.. tp bila hujung bulan masih boleh on9 walaupun data dh habis

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^