Assalamualaikum,
Kejadian ini berlaku pada minggu lepas. Pada hari itu saya meletakkan kereta jauh dari tempat kerja kerana saya kerja syif pagi (tempat kereta terhad dan hanya untuk staf syif petang yang pulang lewat malam). Pada petang itu tiba-tiba hujan turun mencurah-curah.
Hujan telah berhenti |
Tidak sampai sejam air longkang berhampiran tempat saya meletakkan kereta melimpah dan berlakulah banjir kilat. Ada staf dari bahagian lain memaklumkan beberapa buah kereta yang diletak di situ telah dinaiki air hingga memasuki ruang dalam kereta.
Sampai ke kereta setelah harungi air |
Di dalam hati saya berdoa agar kereta saya dalam keadaan baik. Syif saya tamat pada jam 4 petang dan ketika itu hujan sudah gerimis. Saya terus bergegas ke tempat meletak kereta. Syukur apabila melihat kereta saya hanya dinaiki air hingga paras tayar.
Hujan gerimis ketika perjalanan pulang |
Mungkin kerana saya meletakkan kereta di bahagian yang agak tinggi dan jauh dari longkang. Kasihan pada tuan kereta yang keretanya dimasuki air. Namun saya terpaksa mengharungi air di paras betis untuk mengambil kereta.
Nota: Hujan adalah rahmat dan bersyukur kerana adanya hujan.
^_^
Alhamdulillah. Mujur kereta Aiza tak apa2.
ReplyDeleteAlhamdulillah farrah.. ;)
DeleteAlhamdulillah ...
Deletela ni musim hujan n selalu berlaku bnjir kilat kala hujan lebat..mujur keta aiza x kenapa-napa...
ReplyDeleteItu la kak paridah.. Risau juga nak letak kereta masa cuaca tak menentu ni..
Deletekena berhati-hati pilih parking la kan ... bila musin hujan
DeleteNasib baik xjadi pape, skunk ni dah start musim banjir kn...
ReplyDeleteAlhamdulillah ok sebab air tak naik tinggi..
DeleteBersyukur atas setiap apa yg Allah kurniakan, termasuk juga hujan. :)
ReplyDeleteSetuju sangat.. ;)
DeleteMusim hujan sekarang ni. Agak menyusahkan pula..
ReplyDeleteTetap bersyukur dengan nikmat hujan..
DeleteSib baik kete Aiza tak masuk air.. Syukur Alhamdullilah.. Nanti parking kat tempat lain ea.. cuaca sekarang tak menentu..
ReplyDeleteAlhamdulillah air tak naik tinggi sangat kat tempat aiza parking tu.. Kereta yang dimasuki air tu kasihan dia..
Deletealahai...kesiannya sape yang ditimba musibah begitu
ReplyDeleteanggaplah ianya satu dugaan
sekarang musim hujan
tapi yang memburukkan keadaan, sistem pengaliran
sape harus dipersalahkan?
Ada benarnya sistem saliran tidak begitu baik.. Longkang sering tersumbat dan tidak mampu menampung air yang baik jika hujan turun lebat..
DeleteSalam n happy Monday. asib baik x masuk dlam kereta, skang ni petang aje kena hati2 hujan dan banjir kilat aje skang ni
ReplyDeleteAlhamdulillah kereta aiza selamat.. Betul tu KA, petang-petang mesti hujan..
Deletesyukur kereta tak apa2
ReplyDeleteAlhamdulillah anies..
Deletep/s tabung utk aiza ;-)
ReplyDeleteTerima kasih anies.. ;)
Deleteteruknya banjir. nasib baik kak aiza letak kereta kat tempat yg tinggi sikit. kalau tak, rosak nanti
ReplyDeleteItu la mazni.. Nasib baik tempat tu tinggi sikit..
Deletekat lembah klang mmg selalu hujan lebat dan banjir kilat.. kena selalu berjaga2.. take care ya kak aiza
ReplyDeleteBetul tu, kena berjaga-jaga selalu musim hujan ni.. InsyaAllah naniey, thanks..
Deletesekarang klau hujan lebat sikit confirm banjir kan..... apa2 sentiasalah kita berwaspada kan kak aiza... nasib kereta akak xmasuk air...
ReplyDeleteBetul tu ikhwan.. Kena berwaspada selalu dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.. Alhamdulillah kereta kak aiza ok..
Deletealhamdulillah ya Aiza selamat kereta Aiza tk kena banjir kalau tk terok jugak tu kan
ReplyDeleteAlhamdulillah kak noor..
Deletesyukur
ReplyDeleteAlhamdulillah..
Deletesampai masuk dalam kereta tuu yangg. Tapi macam akak cakap la, hujan tu rahmat :) So alhamdulillah, tak baik jugak kalau kita merungut kann :)
ReplyDeleteMemang kasihan orang yang air mssuk dalam keretanya tu..
DeleteBetul, walau apapun hujan adalah rahmat..
dugaan sungguh ya..alahai hujan..
ReplyDeleteSabar dengan dugaan ini suri..
DeleteSekarang ni cuaca mmg sangat-sangat tak menentu.
ReplyDeleteKena jaga-jaga,
Betul tu wan.. Kena berwaspada selalu dengan keadaan cuaca yang tidak menentu..
DeleteYg bernasib baik macam Aiza oklah kena yg air masuk dlm kereta kesiannya.
ReplyDeleteMungkin samalah dgn yg terjadi di JB ni Aiza. Sejak projek di Danga Bay tu bandar JB asyik dilanda banjir kilat. Hari itu sampai kat imigresen nak masuk S'pore tau.
Alhamdulillah aiza di antara mereka yang bernasib baik..
DeleteMungkin juga ada benarnya kak zakie.. di sini sedang giat membangunkan projek pembinaan MRT..
Take care ye kak Aiza, cuaca tak menentu sekarang baru sekejap nampak cerah beberapa jam pas tu hujan.
ReplyDeletethanks yana.. pagi tadi sudah hujan, hari ini letak kereta di tempat lain.. hehe..
DeleteSyukur juga kereta akak x da apa2..
ReplyDeleteAlhamdulillah lya.. syukur ok.. ;)
Deletealhamdulillah..... :)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. ;)
Deletealhamdulillah...Allah masih pelihara harta benda akak
ReplyDeleteAlhamdulillah sally. ;)
Deletealhamdulillah aiza.
ReplyDeletemusim hujan ni kena hati-hati dik.
kena peka sentiasa.
suspen bila baca tajuk dan tengok gambar pertama ... nasib baik kereta aiza tak apa-apa
ReplyDeletelagi satu ... nasib baik juga lah banjir kilat tu jernih. kalau keruh penuh sampah satu hal pula nak harung banjir tu
ReplyDeleteSekarang ni sukar nak jangka tempat-tempat banjir sebab banjir kilat boleh berlaku dimana2 sahaja.
ReplyDeleteAlhamdulillah...kereta Aiza selamat.
Alhamdullillah..kereta tak masuk air...kalu tidak, jenuh la kan nak repair sana sini
ReplyDeletealhamdulillah.. masih keadaan baik2.
ReplyDeleteMujur kereta tak nasuk air kan.kalau tak,terbang RM lagi.
ReplyDelete