12 November 2015

Jaga Adab

Assalamualaikum, 

Kejadian ini berlaku ketika saya memandu ke tempat kerja pada pagi tadi. Saya memandu di lorong tengah dengan had laju 90km/jam. Tiba-tiba sebuah kereta dari lorong laju menukar ke lorong tengah tanpa memberikan isyarat. Mujurlah saya sempat membrek.


Kebetulan sebuah motosikal juga sedang berada di hadapan saya dan dia juga sempat mengelak. Namun motosikal itu terus mengekori kereta sambil penunggangnya menunjukkan isyarat lucah. Mungkin dia marah kerana motosikalnya telah dihimpit.

Kereta itu membelok ke susur jalan dan motosikal terus mengekorinya. Manakala saya memandu ke arah yang berlainan untuk terus ke tempat kerja saya. Saya tidak pasti apa yang berlaku kepada kedua-dua mereka selepas itu. Harap-harap tiada kejadian buruk yang terjadi. 

Apa yang saya perhatikan, terdapat segelintir pemandu yang tidak menghormati pengguna jalan raya lain. Selain membahayakan nyawa sendiri, mereka juga sebenarnya membahayakan nyawa orang lain. Kepada semua pemandu, berhemahlah ketika memandu.

Nota: Kata orang, jika ingin melihat sikap sebenar seseorang, lihat ketika dia sedang marah dan memandu. Mungkin ada benarnya. 

 ^_^

49 comments:

  1. lalu bagaimana keadaan mbak, baik-baik saja kan?
    semoga kita selalu menjadi orang yang bisa menjaga adab, kapan dan di manapun berada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur saya baik sahaja.. Benar, seharusnya kita menjaga adab walau di mana berada..

      Delete
  2. merbahaya sekali situasi yg dilalui...syukur alhamdulillah selamat perjalanan aiza hingga sampai ke tempat kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah selamat kak paridah.. Tapi penunggang motosikal tu tak tahu macam mana..

      Delete
  3. mukin pemandu tu marah dan bengang sbb cik mizza memandu di lane berbulan madu (lane tengah) sedangkan lane kiri kan ade utk kereta yg perlahan., hehe2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Had laju di situ memang 90km/jam.. Rasanya kereta itu dipandu melebihi 110km/jam.. Nak memotong pun kena ikut peraturan, bagi signal elok-elok.. Bukan main himpit orang begitu sahaja..

      Delete
  4. Btl tu kak byk ragam org blh tgk bila berada di jln raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena layan juga ragam mereka walau hati geram..

      Delete
  5. orang sekarang makin pelik sikap hormat dah makin pudar cuma ada kekasardan pandang sinis jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu suri.. Apabila sikap hormat dah makin pudar, kebiadapan menjadi perkara biasa..

      Delete
  6. rindu tak ke blog ini kalau ikut tiap hari mau sini..ada anak kecil masa ada cuba jejak kawan..kawan.thnks aizza dlm sibuk awk sudi gak ke blog saya.insyallah saya akan cuba usahakan utk dtg sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sebab sudi menjenguk blog aiza.. Aiza faham kesibukan suri melayan anak kecil.. Semoga segala urusan suri berjalan lancar..

      Delete
  7. hm betul la ayat last tu kak aiza.
    tengok perangai biadap tu bila dia memandu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la qila.. Sikap kita sebenarnya mencerminkan siapa diri kita..

      Delete
  8. bahaya tak berbau, kalau bukan sebab kita adalah sebab orang lain. banyakkan berdoa agar dilindungi Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Dalam berhati-hati pun boleh terkena juga.. Semoga dilindungi oleh Allah swt selalu..

      Delete
  9. betul..bahaya macam tu...bukan susahkan diri sendiri..orang lain juga terbabit sama..

    ReplyDelete
  10. Allah masih melindungi kita semua mbak, :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. Semiga dilindungi oleh Allah swt selalu..

      Delete
  11. ya Allah. nasib baik lah kak aiza tak apa apa. risaunyaa :(

    ReplyDelete
  12. cerita pasai adab ni kak aiza, yana pun kena juga, baru baru ni yana belajr kereta, belajar atas jalan raya . sampai kawasan sekolah kan memang slow, dah la kita ni baru blajr, pastu ada kereta potong sebelah kira, cikgu pun bunyikan hon, kalau time tu yana terketepikan kete tak ke kena kereta dia .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahaya tu yana, syukur yana selamat.. Kesal dengan sikap segelintir pemandu yang kurang adab begini..

      Delete
  13. pantang juga dgn org macam ni.. membahayakan pemandu lain

    ReplyDelete
  14. Memang macam tu la lumrahnya kan, kita dah bawa dengan cermat ada pula insan yang tak berapa nak jaga akhlak semasa memandu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Kena banyak bersabar dan berhati-hati dengan pemandu begini..

      Delete
  15. hal mcm ni mmg byk berlaku...penah sy tgk / jumpa org tgh jln trn kereta n tumbuk org... ish ish ish

    ReplyDelete
  16. Walaupun kita memandu berhati-hati tapi perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan pemandu lain sebab mereka bukan pemandu seperti kita... Doa dan tawakal itu penting sebelum mulakan sebarang pekerjaan.

    ReplyDelete
  17. kalau ada emandu beginilah...kita yg memandu dngan berhemah ni pun akan di timpa kecelakaan...adus!!!! kenapalah x memandu dan fikirkan keselamatan org l ain kan..ke dia 'pening'

    ReplyDelete
  18. berani plak penunggang motosikal tu follow..adusss

    ReplyDelete
  19. Malang mmg tak berbau kan... mmg risaulah klu berlaku perkara2 mcm ni...

    ReplyDelete
  20. mmg skit hati dgn pemandu yg pentingkan diri mcm ni... tak patut buat macam gitu.. Beri signal kat org lain kan..

    ReplyDelete
  21. memang geram kan ... memandu ikut suka hati dia jer

    ReplyDelete
  22. datang lagi ..entri ni ..semoga akan bertamabh rakyat Malaysia yang akan menjad=ga adab..inshaAllah

    ReplyDelete
  23. Memang bengang juga kalau orang bawak kereta tak reti bagi signal nih..

    ReplyDelete
  24. menjadi seorang yg beradab sopan...

    ReplyDelete
  25. Saya selalu ke sana sini guna moto.. Setakat nie belum lagi jumpa yang marah2 bagi isyarat pelik.
    Cuma tuu laa.. Tak bagi signal tuu dah macam benda biasa pulak --'

    ReplyDelete
  26. aida ni driving 160 km tiap hari gi balik keje, memang jumpa mcm2 pattern driver.
    aduhai.... mostly tak jaga adab!
    kereta kita yg kecik ni diorang mcm tak nampak aje, aiza.
    gerrrrrrammmm...

    ReplyDelete
  27. ish...ngerinya!
    betullah aiza sikap camni membahayakan orang

    p/s-penah juga dengar pasal tu. mungkin ada kebenaranya

    ReplyDelete
  28. Sempat lagii tuu orang naik motor tu. Alhamdulillah tak de sapa2x yang cedera. Akak pun selamat.

    ReplyDelete
  29. selalu juga jd mcm tu.. tambah2 kalau yg keluar simpang main tak perlahankan kenderaan

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^