Assalamualaikum,
Perjalanan Masih Jauh |
Langit tidak selalu cerah, adakalanya mendung dan adakalanya sang suria memancar terang. Begitu jualah kehidupan manusia, tidak selalu gembira dan adakalanya diselubungi kesedihan. Lumrah kehidupan sememangnya begitu.
Jika hari ini kita tergelincir, segeralah bangkit semula kerana terjatuh itu pengalaman biasa yang mematangkan diri kita supaya lebih berhati-hati di masa akan datang. Sesungguhnya jalan untuk menuju kejayaan itu terlalu sukar, jauh dan penuh berliku, perlu melalui pelbagai rintangan. Jika bersabar, pasti kemanisan di akhirnya.
Aku yakin, setiap yang ditentukan oleh Allah SWT pasti ada hikmah disebaliknya. Kita mengeluh diberikan pokok yang berduri, padahal kita tidak sedar lama-kelamaan ianya akan tumbuh menjadi bunga-bunga yang cantik dan harum. Kesabaran elemen yang paling penting di dalam meniti kehidupan ini.
Oleh itu, usah berputus asa jika gagal dalam kehidupan. Allah SWT Maha Adil terhadap hamba-Nya. Putus asa membuatkan diri kita binasa kerana terpaksa menanggung derita tekanan perasaan. Percayalah pada Rukun Iman yang ke-6 iaitu Percaya pada Qada' dan Qadar. Sentiasa tingkatkan usaha, ubah strategi, selalu berdoa dan akhirnya bertawakal. InsyaAllah kejayaan pasti menjadi milik kita.
yakin dgn jnji Allah... kita usaha dengan bersungguh2 berserta redha pasti peroleh kejayaan..insyaAllah..
ReplyDeleteAllah Maha Pengasih
ReplyDeleterahmat Allah Sentiasa Ada...ruginya berputus asa
ReplyDelete