Assalamualaikum,
“Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota. Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota, ketahuilah itulah hati.”
Setiap manusia memiliki seketul daging itu. Di dalamnya tersimpan perasaan yang sukar dimengerti. Disebabkan itu juga, ramai yang terpedaya dengan pujuk rayu syaitan dan rela menjadi hamba serta menurut kemahuannya tanpa berfikir dengan waras.
Hati adalah pusat bermulanya semua perasaan manusia. Sama ada perasaan kasih sayang, kebencian, dendam, ketenangan dan kepuasan. Elok atau buruk tingkah laku seseorang individu itu bergantung kepada ketulusan hatinya.
Begitu sukar untuk memelihara sekeping hati yang suci. Kerana hati ramai yang tersungkur dan rebah menjadi hamba dunia. Apabila diri dipuji, hati menjadi riak dan angkuh kerana merasakan diri yang terhebat sehingga lupa bersyukur di atas nikmat yang telah dipinjamlan oleh Allah SWT.
Penyakit hati yang berleluasa mampu menggugat keimanan dan melunturkan ketakwaan. Ukhwah yang terjalin akan terlerai hanya kerana terpedaya dengan bisikan hati yang sentiasa dihasut oleh syaitan laknatullah. Usah biarkan hati terus rosak dan busuk. Oleh itu, bersihkan hati dengan madah dan zikir kepada Allah SWT.
hati-hati dalam menjaga hati.. melalui hati byk penyakit dalaman dan luaran
ReplyDeleteKata Imam Ghazali, luaran mencerminkan dalaman...kalau dalaman cantik, luaran juga jadi baik
ReplyDelete